11 November 2016

Magic Inter Agency Badminton Tournament


Scandal aka Partner in Crime



Assalamualaikum.. pembuka hari yang ceria dan mendamaikan, semoga hari mendatang akan bertambah baik dan baik lagi.


Kali ini nak share tentang aktiviti hari minggu lepas. Sabtu bersamaan 5 November 2016; Dewan Badminton Bangi. Pertama kali setelah sekian lama tak sertai sebarang pertandingan badminton, akhirnya dan selepas 11 bulan menjalani tempoh pemulihan dari pembedahan ACL. Magic Inter Agency Badminton Tournament adalah permulaan yang baik selepas 4 tahun berhenti dari bersukan. Tak sangka masih ada tenaga aku untuk beriadah. Ia satu kepuasan sebab Badminton adalah sukan kegemaran aku selepas Taekwondo. 

Format permainan ikut Sudirman Cup (11-11 point). 5 team perlu dihantar :-

1-Men's Single
2-Men's Double
3-Women's Double
4-Mix Double
5-Men's Double

Aturan format dan strategi permainan disusun atur oleh Kapten kumpulan Acik dan dibantu oleh C. Divison En Salihin.

Senarai nama permain

  1. Salihin
  2. Edree
  3. Haffiz
  4. Azizul 
  5. Fadzil
  6. Ilham
  7. Razak
  8. Comel
  9. Sabby
  10. Suriana
  11. Maisarah 


Muka ceria dan semangat masing masing during ceremony session.




Posing tak sudah, pantang orang angkat phone trus kaku menandakan "siap sedia untuk disnapkan"gambar hahah



Kalah menang belakang cerita, ang penting gaya kena Win yer.

Acara bermula dari Jam 9pagi dan berakhir jam 6.30 petang, Alhamdulillah Cradle berjaya mendapat tempat ketiga, walau kerap kami terkandas kerana salah strategi. Appreciate sangat sebab ada Kapten Acik yang banyak bantu kitaorang, dan dia juga lah yang tolong collect team point.

So malas nak sembang banyak dan karang catitan kelaut meh aku share gambar-gambar sepanjang detik acara berlansung.



Jadi gambar kat bawah ni semua menunjukkan keadaan sebenar actual scene yang mana Team aku hanya menang gaya dan kaki makan, tapi still made it happen to be at 3rd place. Curlass kau Jah!!! Cradle POWER!!!!


Makan ..makan dan makan lagi












Korang nampak tak? sangat Cradle sepanjang game berlansung kami dan sekutunya makan sebanyak mungkin. Alasan makan banyak sebab "kami semua perlukan tenaga untuk menentang pasukan lawan"gittew..


Our Star of the day State Player kata mekeme...


Dan kami menang Yeaaahhhhhh!!!!







0 comments:

Cuba Klik tengok apa jadi!