10 November 2016

Happy belated Birthday @juliana.jan @hairry721115 n Boss Salihin.

Jumaat lepas, Kami ada buat jamuan makan-makan atau dalam kata lain, luncheon dengan Unit Investment yang diketuai oleh En Azman (VP) Investment. Tujuan majlis makan makan ni adalah untuk meraikan majlis sambutan hari lahir CIO kami. Pn Juliana. Sebenarnya DOB die esoknya tapi kami dah set up advance celebration, kira kalah husband dia sebab kami yang buat dulu kejutan kat dia. Makan makan berlansung Restoran Asif kat Bukit bintang. Macam biasa CIO kitaorang memang sukakan cheese semestinya kat asif boleh dapat EXTRA cheese.

Kejutan ni juga dibantu oleh bidadari Investment Si Oni Hamizah dan Azu. Kerja keras kot nak buat semua ni, Nampak simple tapi effort yang diorang tunjukkan dan masa yang dia orang spend bagi memastikan majlis tersebut menjadi kejutan buat CIO. (Kami dapat tau yang CIO ni jenis yang boleh baca boleh hidu kalau orang plan nak buat surprise kat die.) So treat kali ni memang lebih berhati hati to ensure yang dia tak boleh tahu pun yang kami nak buat surprise kat die.
So Oni ke KLCC untuk collect cake yang kami tempeh kat Bisou Bake Shop. Kami berkumpul kat belakang Restoran Asif untuk pastikan bila Juliana Sampai kami boleh jerit “Surprise!!!”


Atas tu video yang aku compile dalam satu moment, siap background lagu bagai.











Dalam banyak-banyak hidangan ni aku terlupa ambil gambar nasi kambing. Hahaah... mungkin sebab aku tak makan kambing dan tak kesah kalau terlupa snap gambar pun. Yang sekarang depan mata pun dah mengiurkan.





 Kecerian birthday girl dan birthday boy. Ecehceh.. Boss aku en Salihin tu excited pulak, walhal our guest of honor is Juliana Jan. Hahaha... 


Lepas kekeyangan kami melayan Boomerang dan kesudahan acara penutup adalah dengan Selfie dengan semua birthday boy dan birthday girl. Aku pun confuse sape punya birthday sebenarya sebab semuanya beria makan dan beria bergambar. Excited, nak rase girang macam ni zaman kanak-kanak mampu lah. Sekarang dan berumur, bila sambut dengan kemeriahan yang sederhana tapi bersama rakan pejabat buat semua orang jadi ceria.


En Jijul dan En Abu memang "WIN" sebab makan bertambah tak ingat. Sedap sangat kot. Aku makan roti naan cheese 3 kerat dah muak rase nak bluekkk dah.. muak kott.


Borak-borak lagi dan sambung makan, dan borak sampai lebam akhirnya ..


wiefie satu kali. Failed lah mamat Asif ni, orang suruh dia snap gambar kami satu team, Bantai dia lebihkan space kearah aku. nampak tak macam mana bahu en Abu kena crop. Kejam tahu tak? En Azmzn cakap mamat Asif tu nampak lebihan ruang kat belah aku, sebab tu gambar jadi lebih ke arah aku. Sabar jela.



Betulkan posisi dan mintak mamat Asif sorang lagi yang ambilkan. See kan balance tu.. coii tangan tak bedung kot mamat yang pertama tu.


Ok Boss Fadzil ni, madang tutup mata bila bergambar. Aku pun tak paham samada mata dia yang kecik atau memang dia alah flash gambar. Hahahah..


skandal aka girlfriend merangkap cikgu investment aku. Boss kecik Oni.


Taadaa,.. with BirthdayGirl CIO paling sempoi semesta Juliana Jan


Reporting Boss dan juga Birthdayboy. En Salihin


Ok Boss hairry yang tak habis-habis nak selfie dengan aku. Bagus dia ni, macam abah-abah sikit.. hahah so nampak kematangan seorang bapa di situ bila mengajar tentang investment.


Ini Eizzar, dia pangkat Boss jugak, tapi antara yang paling sengal dan kelakar. Panggil nama je takda nak panggil Boss. Nampak je muka ala ala simchan, tapi garang woii.. Kau try buat silap, sekebun dia carut kau. hahah.. Tapi dia adalah yang sempoi dan senang bawak borak. budak hah Alah yewww..

Yang lain aku tak sempat nak masukkan gambar cukuplah sebagai catitan ringkas dalam blog ni. Lately busy sampai tak tak sedar seminggu berlalu macam tu saja. Apa-apa pun.. ucapan aku.. Macam dalam IG aku

Rasenya belom terlambat kot untuk katakan yang aku sayang dorang semua. Juge Happy belated Birthday @juliana.jan @hairry721115 n Boss Salihin. Semoga kamu diberikan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki. Amiin.. Korang memang BEST!!

0 comments:

Cuba Klik tengok apa jadi!