24 November 2016

BLVD House a Holistic Dining Experience.










Nama venue pun dah kedengaran macam high end punya port. Semestinya bagi yang belum pernah kesini, akan teragak dan tak yakin nak masuk. BLVD House ni adalah tempat yang fancy casual dining restaurant yang bertempat bersebelahan menara Naza. Jika melihat kepada dekorasi pintu masuk dan hiasan dalaman restoran tersebut anda akan berasa berada disatu tempat yang ekslusif dan bertaraf tinggi. Jangan takut, kadang kala dekorasi yang dihasilkan adalah bagi memenuhi kehendak dan tema kepada menu yang dipersembahkan. Aku berkesempatan mencuba sendiri menu di BLVD House bersama sahabat kuat makan Oni.

Dikesempatan ini, menu yang menarik minat untuk kami cuba adalah ;



Sepatutnya masa dihidangkan ayam golek moden ni, kena layur guna api. Tapi kami difahamkan, kaedah yang digunakan untuk pembakaran adalah menggunakan cecair alkohol. Nasib aku dan Oni berhijab, so kami dapat concern dari waitress yang prihatin. Thank you awak. Service awak pun sangat bagus dan sangat friendly.


Bean-Can Roasted Free-Range Chicken (RM60++). Boleh makan untuk 4 orang. Sepatutnya ayam di dibakar live depan mata sebelum dihidang bersama grill bean gravy.


Yang pasti bagi pertama kali merasa menu ni, akan berasa tidak mengecewakan, sebab memang taste of this chicken sangat juicy dan marinate spice memang terasa hingga kedalam isi ayam. Kami bagi 4****. Kenapa tak bagi 5 sebab Oni cakap ayam tu saiz kecil sangat.But the taste is so good.!


Carbonara Fettucine (RM40). Boleh lah kalau nak makan share berdua, tak tipu memang sedap, source yang menonjol bila digandingkan dengan cendawan..perghhh sedapnya.. lepas satu suap , nak lagi dan lagi.


Mexicana Chic Sausage Pizza (RM35). Hidangan ni besar dan sesuai untuk 4 orang makan juga. Taste of pizza juga tidak mengecewakan sebab kerap pizza yang ranggup diselang dengan gigitan inti atas pizza menjadikan gabungan bahan diatasnya serasi bersama.



Dessert : Oozing Ovalmaltine Beignet (RM25). Boleh dikatakan donut moden yang ditaburi serbuk cinnamon yang ada inti chocolate dicicah dengan salt caramel ice cream. Setiap bite yang masuk mulut sangat menyamankan. (Makan tutup mata dan berangan macam tengah kemam gula gula kapas atas eyeonmalaysia) hahah... Sedap sangat aih.

Selesai sudah sesi makan-makan tiba masa berselfie,wiefie, photog mohtog.. di depan pintu masuk BLVD House sebagai kenangan. Kalau nak datang lagi nanti, mungkin untuk majlis yang istimewa lah. Agak agak dah tak tahu nak guna lebihan duit boleh lah datang makan kat sini hari-hari.




Oni ni yang aku suka tentang dia, adalah sangat sporting dan kaki selfie kalah aku. Mungkin disebabkan keserasian kimia antara kami, menjadikan segala aktiviti kami menjadi seronok. Thanks Oni.

Jom layan Youtube Channel aku bersama Oni merakamkan detik kami menikmati juadah.





Berminat untuk ketahui lebih lanjut



BLVD House,

NAZA Tower, Platinum Park,
No. 9, Persiaran KLCC,
50088 Kuala Lumpur, Malaysia,

Waze: “BLVD House”


Hours: Mon-Thu: 12:00 pm – 11:00 pm
Fri-Sat: 12:00 pm – 1:00 am
Sun: 12:00 pm – 11:00 pm

Contact: + 603-2630 9999

0 comments:

Cuba Klik tengok apa jadi!