22 November 2016

Berjubah untuk pertama kali

Pertama kali berjubah, selama hayat tak pernah. Gara-gara tengok trend sekarang, bila berjubah nampak sangat cantik. Orang lainlah bukan aku , maksudkan diri sendiri. kang akan ada yang judge aku, poyo or masuk bakul angkat sendiri. Tapi betul lah pengalaman pakai jubah untuk kali pertama tak boleh lupa. Mungkin bagi kebanyakkan yang dah biasa berjubah akan kata biasa je, takda feel lah. Tapi pada aku. Memang malu tutup muka, sebab rasa macam lain sangat. 


Tapi jujur cakap, selesa sangat, sejuk dan rasa outstanding kot. Jalan lah macam mana laju, tetap kau nampak sopan. gitu. Jubah ni mak yang pilih dan belikan. Aku suka dan nampak cantik masa fitting tu. Tapi bila pakai pergi office orang pandang semacam.. hahaha yale..yale kata dorang. Terus bercakap dalam hati, 1st and last pakai all black camni.

Ada sorang officemate aku, chinese girl siap sound, kenapa you pakai macam ni? takut i nampak macam hantu. OMG!!!aku sekali rasa scary..

cite banyak pun tak guna, meh lah layan gambar yang sempat aku mintak tolong dak Onie snap kan.


Nampak muslimah betul aku, mau taknya semua tahu lah the real me, tiba-tiba datang on Monday kerja berpakaian macam ni. Terbeliak juga mata dorang tengok aku, macam orang baru balik Umrah. kihkih..


Hanya mengenakan eccessories je, Sepatutnya aku kena pakai tusung tone lain baru ada nampak contra. Ini tak, mendatar selari je.


Dah memang kena plak si Onie ni mengidam makanan Arab, Layan lah menu Arab kat Ampang Park.





0 comments:

Cuba Klik tengok apa jadi!