14 October 2016

Hemtam sebab tak puas hati. Semoga kau cepat kaya dan pemes.



Korang penah kena hentam tak? Ada tak manusia yang kurang senang atau tak suka melihat kejayaan kau? Hurm.. itulah lumrah manusia. Selagi mana jiwa dan hati tak bersih dan tak senag melihat keyaan orang selagi itulah dia akan menganggu kehidupan kita seharian. 


Bagi aku, gelarkan mereka-mereka ini LANGAU. Kaki stalk dan menyibuk. Bukan apa satu hari tu aku ada masa satu contest tu. Alhamdulillah terpilih sebagai pemenang. Tapi nak dijadikan cerita like si LAUGAU ni dengar kata sampai 2K lebih tapi dia tak menang. Untuk meluahkan rasa tak puas hati veliau. Di hentamnya penaja contest. Kesian plak aku rase. Dia tak puas hati dengan aku, tapi dihentamnya penaja. Kata-kata kesat dan menghina juga di post kat instagram, protest tunjuk rasa tak puas hati. Adoiyai dik...

Meh aku nak bagitau. Ko penah dengar tak untuk sabut timbul kalau untung batu tengelam. Rezeki dik, rezeki. Aku pun tak sangka plak boleh terpilih sebagai pemenang, Masa join that contest tak terpikir pun nak jadi pemenang. Memula niat aku , nak promot produk yang founder baru kuakan. and to be frank that founder sangat bijak dan kenal dengan produk dan customer diorang. Aku dulu adalah pengguna tetap produk diorang dan walaupun aku dah stop consume produk terdahulu dari diorang the result still maintain sampai sekarang. Alhamdulillah takda plak side effectnya. Sama jugak lah dengan new produk yang diorang keluarkan ni. Baru cuba amalkan penggunaan seminggu dan result dia memang awesome!!. Kalau dah sampai jerawat nak naik menanah pun tak jadi itu dah kira Magik ko! kao mampu. Dan apa review yang aku buat adalah berdasarkan pengalaman aku sendiri.Takda istilah bodek atau sesaja nak pancing undi dik oii.

Tapi takpelah awak pun dah calarkan maruah aku. Dan aku rasa kalau sebab duit kemenangan itu sampai maruah orang dicanang. Yang takleh belah muka awak punya lah cantik suci murni berhijab lagi. Tapi mulut kau dik macam puaka. Setiap orang ada cara tersendiri utk convince people to like and shared anything yang diorang suka. Dan semua tu datang dari effort masing-masing dan bukan secara pakse. Rela hati nak like or share or repost port other page account. Tapi sebab mulut puaka kau dik, trima kasih, bertambah orang yang singgah page akak. Kira kau dah menambahkan rezeki si founder juga. Kira takda teruk mana kepuakaan mulut kau. Cuma kan... aku nak bagitahu sebelum berniat nak mencanag maruah orang make sure kau pun perfect dik. Buat ape-ape pun kalau hati tak ikhlas dan paling penting menganiaya orang rezeki yang kalau dapat walau sebesar gunung pun tak berkat. Ini mak ayah aku yang cakap tau. Tak taulah orang lain cakap camne plak.

So bagi menjernihkan keadaan dan memuaskan rase ketidakpuasan dilubuk hati paling dalam tu. Aku takkan amik duit kemenangan tu. Bukan ape. aku berpegang pada satu prinsip dimana, rezeki sesukar mana pun cara untuk dapat kan ia, tetap jugak akan sampai pada kita InsyAllah. Tapi kalau bukan rezeki kita dik, nasi yang dah nak masuk mulut pun boleh tertumpah, sebab ape!? sebab bukan rezeki kita. So jangan isau aku dah message penaja untuk bagi duit kemenangan kat kau. Harapan aku semoga kau cepat kaya pemes paling penting semoga kau dirahmati dan dimurahkan rezeki. Aamiin..

2 comments:

.::: Princess MOMOY :::. said...

Hmmm... Bila baca rasa mcm 'ada jugak org mcm tu' .
Ayooo... Dear Comel, tabahlah. Tapi dari post ni Comel bukan sebarang org. Mental fizikal kuat. X heran pun Dgn manusia spesis gitu. Tapi SMP ending rasa nak terkejut sbb Comel boleh msg sponsor tu bgth x nak & lebih rela BG kat minah tu. Ya Allah mulianya hari Comel. Uhuk.. Tabik spring kat Comel.

wong meimot said...

Princess Momoy- Bukan sebab hati mulia ke apa sayang, masalahnya bila dimalukan macam tu, ibarat macam kita bayar lak penaja untuk buat kita menang. Itulah dahla seharian cml meeting back to back xtau kesahnya, so tertiba penaja inform yang ada xpuas hati bagai siap ada screenshot. So untuk xmelanjutkan salahpaham baik cml facing depan2 supaya si komplen puas hati. Nak bagi dia puas hati bagilah die duit tu. Lagipun bila cml baca balik like die mmg 2K lebih... memang patut dia menang. Takpe banyak lagi contest dan banyak lagi rezeki utk cml in future kan. Positif aura suda.. hihi

Cuba Klik tengok apa jadi!