13 September 2016

The Bursa Bull Charge "The Marketplace Runs For Others" good start well achievement.

Pencapaian terbaik setakat bulan dan tahun ni selepas kurang dari setahun aku menjalani pembedahan lutut ACL Surgery . Akhirnya lutut aku beroperasi dengan baik dan alhamdulillah sikit pun takda rasa sakit atau sebarang masalah setakat ni. Alhamdulillah. Terima kasih doktor!!!!


Pencapaian yang aku maksudkan adalah menyertai larian sejauh 2.5km lari berganti (5KM). Tu pun sebab CFO dah pilih dari list yang register sebelum ni. Layankan saja.. First time ni nak join lari-lari ni. Bukan niat nak berlumba setakat lari lenggang kankung di tepian polis trafik oklah. Kata organiser janji habiskan router 2.5kmx2trip tu kitaorang dah layak dapat medal. Untuk hadiah yang lain tu memang takda lah nak aimed. Bukan nak menang pun. Orang kata sambil beriadah sambil networking dan sambil sihat dan macam-macam sambil lagi lah.

So larian ni diajur oleh Bursa Malaysia. Last year diorang dah buat, so this year aku ada kesempatan join. Pertama kali join dan itu adalah pengalaman termanis aku dapat. OMG manis lah sangat. Muka semput dan exhausted kot. Tapi buat-buat senyum kerang sebab ramai media yang duk snap gambar. Kira senyum dalam terdesak. Tapi pengalaman terindah. Yela kalau ikutkan last aku join sukan lari-lari ni masa tingkatan 2 kot. Rentas desa dari Sekolah Men Tmn Saraya Ampang sampailah keliling di ikuti taman mega putra dan tman tasik. tah apa taman lagilah.. hahahha,,

So bagi aku ini adalah permulaan yang sangat bagus dan aku suka serta bersyukur sebab Allah masih bagi peluang bergerak dan aku tidak merasa sebarang kecederaan selepas menjalani operation. Sekali lagi thank you tuan Doktor. Malas nak karang banyak cukup lah sekadar gambar menceritakan segala detik kejadian masa tu.




Gambar 1st ni masa mula-mula sampai. Kira muka semngat dan happy lah sangat masa ni.. Die punya crowd pack giler... lemas aku, dengan music dan macam-macam gelagak pasukan, masing-masing dengan team cheer masing-masing.


Razak, Am, Hisyam dan aku satu-satunya wakil pompuan yang xbrapa nak pompuan ni.


selagi sempat selfie wiefie sungguh-sungguh kami time tu


Yang penting partner lari aku si Hisyam ni memang kaki selfie, kalah aku,mane die park mesti die akan took his photo kat mana je die berdiri, dan aku mampu tumpang sekaki.




Berbaloi penat lelah kami, finally.. the medal in our hand.. Bravo to us!!!!


Biarlah no yang keberapa puluh or ratus yang penting kami berjaya tamatkan larian kami. 5km tu. Tak semua mampu habiskan tau, sebab during the run literally ramai yang pancit, cramped dan tersadai tepi jalan tau. Kesian aku tengok. But we all manage to finished our routers. lucky we all.. 


My 1st achievement ever "run medal" kalau lah boleh jual, mau gak jual, berat kot medal ni. 


Posing bajet-bajet macho sebelum start lari ni. Kat LRT Ampang Park. (aku duk ngase mesti mamat yang duk lalu lalang dan kakak-kakak kat situ cakap aku poyo) hahahah lantak lah nilah kenangan aku. ada aku kesahkan korang.

0 comments:

Cuba Klik tengok apa jadi!