17 September 2016

Rendang Ayam tanpa Kerisik dari SDTKC



1st time buat rendang tanpa kerisik ni. Itupun cari kat resepi Google. Baru aku tahu yang rendang tanpa kerisik ni berasal dari Kelantan. Memandangkan 1st time cuba, tak tau apa rasa, sehinggalah ia siap dihidang dan aku sendiri merasanya. Nak dijadikan cerita, rezeki langkah kanan orang tua datang rumah dan diorang merasa. Absolutely dapat pujian.. hihi tak taulah samada puji amik hati atau ape, sebab diorang makan nasi bertambah. hihi.. (sedap lah kot) sebab aku pun rasa aku masak sedap kihkih.


Ni resepinya cara aku masak rendang, (rendang ni lagi di perangat dan dipanaskan sampai kering atas dapur, lagi sedap nak makan yer dak?)



BAHAN-BAHAN

1 ekor ayam (lebih kurang 1½ kg)
15 biji bawang merah kecik atau 5 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
15 biji cili api
2 helai daun kunyit diracik cam bunga rampai.(samada untuk hiasan atau nak masukkan sekali dalam adunan)
4 helai daun limau purut
3 batang serai
2 kotak santan segera (ini je yang aku dapat cari)
garam
sedikit gula
2 keping asam keeping.


Penyediaan :

Potong ayam ikut nak brapa bahagian pun. Kisar semua bahan tumis kecuali serai, daun limau purut dan daun kunyit. Tumis sampai garing. Masukkan serai yang telah diketuk-ketukBila dah naik minyak dan nampak tumisan tadi kekuningan baru masukkan ayam. Gaul sampai sebati dengan rempah. Masak guna api sederhana sehingga ayam tu kecut. Kemudian masukkan santan, daun limau purut, garam sedikit gula dan asam keping. Masak lagi sehingga kuah sebati dan pekat membaluti ayam. Samada nak rending tu Nampak berkuah atau kering sedikit boleh di adjust masa atas api dapur tadi ok.






Rasa dah puas hati dan cukup rasa semuanya boleh lah angkat dan hidang. (^^)V Senang bukan.

0 comments:

Cuba Klik tengok apa jadi!