30 September 2016

Oni Tong Gas yang cute.





Last month ada budak baru masuk, join team investment CIP500. Tapi dia masuk division evaluation skali ngan En Fazil. Nama Nor Hazwani Sabudin. Panggil Oni. Memula masuk, dia tegur aku, ceria budak ni. Paling aku suka suara die, Dah macam Salem Iklim. Serak basah kauw.. Pahtu die ni jenis clumsy, tapi jangan pandang sebelah mata die ni banyak ilmu dan banyak pengalaman. Kalah aku, Umur jauh muda dari aku, Opis lama die dulu pun bukan sebarangan Compaany, Apapun tahniah Oni dan selamat datang ke Cradle.


CIP500 Investment Team (DM&IM)


Sebelum ni aku takdalah rapat ngan dia, tau jela aku ni, nak kata kawan pompuan tak ramai, dahtu kat opis lak aku ni macam Ms dinding/work station. Jarang nak bergaul mesra ngan orang melainkan orang yang mula tegur. bercakap pun benda yang ada kaintan ngn aku jela. Hurm.. bosannya. Tapi bila Oni ni masuk kira aku jadi happy lah bukan senang nak ada kawan pompuan yang ada kepala gila dan tak kisah macam aku ni. Yela kalau yang ada pun semua sangat melayu terakhir. Oni ni lain, Bold,Clumsy, Funny, huruhara(kadang-kadang) open minded, borak apa sahaja topik semua die layan dan boleh get in dalam apa jua situasi, Lagipun dari apa yang Oni selalu bagitahu pun suami dia sangat memahami dia dan Oni ni, dalam setiap perbualan dia mesti ada citer pasal asben dia. Nampak sweet betul, baju ada kaler code. dasat cinta korang!!!



Bagus tentang dia ni, Dia jenis yang suka bertanya dan tak pernah nak pilih orang berkawan, padahal dia pangkat jauh tinggi dari aku, dia plak jenis yang mengkaji sesuatu benda. berani mencuba paling aku suka tentang dia, confident level dia. Fuuuhhh.. salute. Berani melontarkan kata-kata dan pendapat, and she with BOLD attitude. Attitude dia bukan dibuat-buat okey, itu memang character dia. Memang kadang gang lepak aku gelak tengok dia, kelamkabut tapi comey. hahahah Oni-Oni. 

Image result for tong gas
Ada kisah pasal dia dan laki die, sampai satu tahap nak je aku bagi nama kat dia Oni Tong Gas. Kisah bermula bila dia tak abis-abis cerita pasal tong gas, sebab tong gas kat umah dah kehabisan gas, deal sana sini sampai melibatkan abah die untuk dapatkan contact tong gas. Gila tak. Kantoi juga bila aku ke workstation dia, tengah bukak Google pasal supplier tong gas, adoiiyaiii apelah Oni ni. Akhirnya satu hari aku diberitahu kes tong gas die akhirnya settled. Sekali 2 tong die beli. Hahahahah,,



Cerita terbaru dia update aku kisah rak buku lak. Kira dealing ngan asben die beli paku skru sebab nak hang rak tu, Beli rak tu kat ikea katanya tapi paku takda. So kena lah dua orang ni pegi hardware beli paku. Finally semalam dia tunjuk gambar rak dia dah siap gantung. "Cantik"!!!



On Monday aritu die belanja aku makan, alahai minah sorang ni, baik betul hati. Last friday die bawak pegi opis lame die keje, nak pegi amik payslip katanya, Dari mula sampai kat lobby tu sampailah ke dalam lift dan opis die, semua orang tegur dan kenal dia, makna kata dia ni semua orang sayang dan semua orang suka, kira orang favorite ni. Dato'2 tegur die macam buddy2 je. Hebat ko dik. Pe pepun harapan aku semoga dia menjadi buddy perempuan yang close dengan aku. Tau jela aku ni, jenis kepala gila sikit, kalau wanita melayu terakhir memang slalunya tak leh belah ngn selamba aku ni. Tapi setakat ni Oni the one yang memang ada sedikit sebanyak character aku. Hahah 




Ok jangan tak tau, die juga kaki selfie ok, kalah aku.. dia lagi Win. 


Ni masa luncheon treat by Cik Oni Tong Gas


Ni masa dinner gather2 kat secret recipe


Ni masa nak rasmi keta baru en jijul, ko tengok dak Oni tu, Sempoiii memang i like orang giler-giler macam dia, baru gang nak lepak.. Cute lah ko dik.. hahahhah

Sekarang die dah join gang lepak aku, kira skang aku dahda gang sejantina lah kalau tak, aku sorang jela acah-acah pompuan sebab yang lain laki pangkat abah2.. nak gila sangat takle jugak, abah2 ni kang sound lak hahah





 

   

0 comments:

Cuba Klik tengok apa jadi!