1 September 2016

Merdeka Chill out

Semalam cuti merdeka, so macam biasa girlfriend aku si Arlya akan roger-roger untuk keluar berjimba. Bila dah deal set date time sume. Planning proceed la. Kebetulan teacher azriel dah tamat contract, so sebagai tanda terima kasih selama menjaga Azriel, Aku plan belanja diorang makan, kami ke IOI macam biasa lah.. Tapi jujur aku cakap frustrated betul masa sampai sana, cari parking dekat sejam, dah dapat parking, cari kedai nak makan semua queue ok. Gilerlah.. pack manusia tak tau mana datang. Boleh dikatakan semalam lah lepak time paling tak best. Sebab die punya crowd macam giler. Berlaga bahu tau. Stress aku... xsuka xsuka xsuka!! Tak syiok dan memang kena plan next outing untuk cover balik. Kesian teacher nurul dan teacher Azlin. Takpe nanti boleh jumpa dan lepak lagi kan teacher. Balik je terus aku kena serang sakit kepala tahap dewa. Telan panadol pun tak jalan. Muntah -muntah aku dibuat bila ingatkan balik crowd kat IOI Putrajaya tu... huhu.. 

Ini je gambar kenangan yang sempat disnap sepanjang lepak time tu.



Teacher Nurul dan Teacher Azlin. suci je muka teacher ni kan?



p/s: trima kasih teacher untuk selama jaga azriel. Mesti Azriel akan rindu korang. Pagi tadi bangun-bangun terus tanya Teacher mane? Maybe takes time lah untuk dia biasakan dengan teacher baru nanti. Doa akak moga korang berdua berjaya dalam apa jua yang diceburi, dirahmati dan murah rezeki. Aamiin..


0 comments:

Cuba Klik tengok apa jadi!