27 August 2016

MYIDESIA MALAYSIA’S NO.1 MUSLIMAH BASIC WEAR

Semalam 26 Ogos 2016, berlansungnya majlis gilang gemilang “Aisha Wong Launches New Boutique Collaboration With MyiDESIA” bertempat di Taman Dagang Ampang. Nama Aisha Wong tidak asing lagi dalam masyarakat kita kini dimana beliau adalah one of the top local pioneers dalam industri fesyen yang mana ia dikenali melalui rangkaian aksesori  dan juga koleksi hijab terkini yang bersesuai bagi kaum wanita di zaman yang serba moden kini. Aisha Wong sentiasa menumpukan kepada kehendak pelanggan dimana idea terhasil berlandaskan trend dan gaya masa kini sehingga mencetuskan fenomena bagi wanita di Malaysia. Koleksi aksessori dari Aisha Wong sentiasa mendapat tempat dikalangan pelanggan,dimana koleksi aksessorinya sentiasa menjadi pilihan para celebriti dan menjadi ikutan fesyen gaya terkini. Aisha Wong Accessorries bukan sahaja menerima pelanggan dari Malaysia sahaja. Malahan  Aisha Wong Accessorries telah mendapat tempat di luar negara termasuk Singapore,Brunei dan juga Thailand. Nyata dia memang bijak mencetus trend aksesori dengan menjadikan selebriti Hollywood sebagai rujukan bagi melengkapkan produk di bawah label Accessories by Aisha Wong.
Tidak menyangka ia menjadi dan permintaan terhadap aksesori tersebut juga di luar jangkaan.“Aksesori yang mendapat permintaan hangat seperti rantai hiasan kepala dan badan, selain gelang, rantai leher dan yang sedang hangat sekarang cincin midi (dipakai di pertengahan jari).
“Rangkaian koleksi aksesori keluaran Aisha Wong Couture sememangnya menarik kerana memiliki sentuhan yang cukup terperinci. Aisha berkata, ideanya dalam menghasilkan koleksi tersebut lebih berpegang kepada elemen asli yang dicantumkan dengan konsep urban dan terkini. “Koleksi dihasilkan mempunyai konsep tersendiri dan pelbagai. Menerusinya saya tampilkan elemen budaya Arab, Bollywood dan urban. Kesemuanya dihasilkan dengan menggunakan material bermutu tinggi termasuk aloi, rantaian serta batu-batuan seperti permata dan rhine. “Koleksi ini juga turut tampil dalam pelbagai warna yang menjadi pilihan ramai pada masa kini. Antaranya, emas, hijau klasik, turqoise, kuning dan banyak lagi. “Kebanyakan pelanggan saya adalah mereka yang bertudung. Aksesori ini memang tampak cantik dan selesa apabila digayakan bersama pelbagai jenis tudung. Bagi yang tidak memakai tudung, mereka juga akan kelihatan lebih bergaya dengan aksesori ini apabila hadir ke majlis-majlis tertentu,” jelasnya. Selain aksesori kepala, Aisha Wong Couture juga punya koleksi rantai cantik dan memukau. Nur Aishah memberitahu, bagi koleksi tersebut, perayaan dan klasik dipilih menjadi konsep asas penghasilannya. “Setiap rantai ada keunikan tersendiri. Setiapnya juga dihasilkan dengan menggunakan aloi, kristal, permata dan batu zircone. Dengan adanya gabungan semua material tersebut, koleksi rantai keluaran kami kelihatan lebih menonjol, menarik dan mempesonakan”. Petikan daripada :Utusan Malaysia

Lihat saja ketelitian dan keunikkan accesorries ni, Bagi aku sendiri seorang yang mengemari fesyen dalam masa yang sama suka akan perhiasan membuatkan rambang mata bila melihat koleksi-koleksi ni. 


Tengah aimed yang mana bakal dibawa pulang. (kalau ikukan semuanya aku suka, nak-nak koleksi bracelet yang bertali halus menjadi trend terkini) 


Aisha Wong juga mempunyai koleksi pakaian untuk pelbagai acara yang sesuai dipakai santai atau kepejabat.









Penerangan terperinci tentang koleksi terbaru beliau..


Aisha berkata, ideanya dalam menghasilkan koleksi tersebut lebih berpegang kepada elemen asli yang dicantumkan dengan konsep urban dan terkini. “Koleksi dihasilkan mempunyai konsep tersendiri dan pelbagai. Menerusinya saya tampilkan elemen budaya Arab, Bollywood dan urban





Macam nak giler tengok semua koleksi,,sebab semuanya cantik-cantik dan harganya tersangatlah berpatutan. 



Seorang yang peramah, mudah mesra dan mencintai hasil kerjanya sehinggakan beliau mampu menerangkan dengan terperinci setiap inci gubahan idea yang digayakan model-model bertugas.







Latest product dari MYIDESIA adalah "inner HeadBand" dimana ia mempunyai ciri unik yang membawa identiti Myidesia yang dikenali dengan "Ratu Inner Nect No. 1 Malaysia". Dimana terdapat botton yang boleh dilaras mengikut ukuran kepala wanita dan mudah untuk dipakai. Juga MYiDEASIA ada mengeluarkan "Inner Jubah" dan "inner Blouse" yang mana ia amatlah selesa yang direka khas menggunakan material kapas yang mampu menyerap peluh serta memberikan kelesaan maksimum kepada pemakai. 

Semoga perniagaan Aisha Wong akan terus berkembang serta berjaya untuk masa akan datang. Bagi yang ingin mengenali lebih dekat dan mengetahui tentang produk boleh terus ke http://myidesia.com/ @ www.zalora.com.my/myidesia FB: www.facebook.com/myidesia IG:https://www.instagram.com/myidesia/ Website official aisha wong : http://aishawong.com/ atau bagi yang ingin terus ke boutique Address: 1-7, Jalan Dagang Besar, Taman Dagang, 68000 Ampang, Selangor, Malaysia.







Terima kasih untuk Goodies bag yang super awesome ni!!! 




 

This entry was posted in

0 comments:

Cuba Klik tengok apa jadi!