27 August 2016

Indonesia Corner Fast Food Johor.

Jika korang ke Johor, korang wajib singgah sini. Antara pitstop yang wajib dikunjungi untuk menajmu selera terutama sekali waktu makan tengah hari. Pertama kali aku ke Johor atas urusan kerja. Seharian hadap back to back meeting dan site visit, akhirnya kami diperkenalkan dengan Indonesia Corner Fast Food Tampoi. 


Ruang entrance yang nampak exclusive terfikir juga, nak spend untuk makan tengah hari di restoran yang kelihatan cozy ni. Dalam kepala mesti budget harga mesti tahap bayar guna kredit card ni.


Suasana dalam restoran sedikit kelam kabut dan riuh memandangkan waktu aku pergi time tu, waktu lunch. orang ramai dan kelihatan staff semua busy hantar pesanan ke setiap meja pelanggan. Di iringi muzik bagai terasa di bali.



Klasik rekaan serta dekorasi dalam restoran ni. Bangan lama dan antik serta gambar kenangan para celebriti yang datang kesini dipamerkan sebagai tanda kenangan.


Mula order mengikut kehendak tekak.



kailan ikan masin RM8.50


Golden Crispy RM5 (yang ni aku pilih dan memang tak menyesal sedap sangat oiiii)


Ikan terbang RM18


Ayam belado hijau RM17


Jimbaran kari prawn RM27 (kari dia tak rasa macam kebiasaan kari yang aku biasa makan, yang pasti memang sedap)

Image result for cumi cumi goreng garing indonesia corner fast food

Cumi cumi goreng RM15

Total aku makan untuk 5orang semuanya RM125 termasuk air dan nasi tambah, Can you imagine? bapak murah.. dahla sedap.. dan setiap hidangan adalah sangat banyak dan sedap tak menyesal datang sini. Next site visit kena datang lagi. Yang pasti golden crispy aku nak beli dan tapau bawak balik hihi

Bagi yang berminat untuk tahu lebih lanjut boleh layari laman website rasmi mereka, kerana mereka juga ada menyediakan perkhidmatan catering Indonesia Corner Fast food 

Alamat Restoran Address
No. 1,Jalan Bayu 2, Taman Perindustrian Tampoi Jaya, 81200 Johor Bahru. Johor.
(07) 232 8366 HP012 735-0075


0 comments:

Cuba Klik tengok apa jadi!