29 August 2016

Farewell untuk Dak Izzudin



Makan-makan di MinMax Restaurant, PNB Darby Park kali ni, dipayung sepenuhnya oleh Tuan Hafizi. Hihihi.. makan sampai lebam. Masing-masing nafsu naga. Jiwa macam membela. Makan tak hingat, Nampak je badan kecik, tapi bila bab makan semua taknak kalah. Bagi aku macam biasalah, selera tak berapa nak ada lah lately ni, factor cuaca ditambah dengan keadaan tekak aku ni macam ilang deria rasa plak.
Nak aku bagitahu setiap nama menu ni?tak payah Tanya sebab aku memang 100% lupa dan tak tau pun. Semua menu pilihan ni bebudak ni je yang memandai pilih, aku ngan Adda tolong ngap je. Pahtu masing-masing mula lah bersilat bila nak suap makanan kena capai pakai chopstick. Masing-masing ketawakan sesame sendiri, sebab macam-macam style sepit Buddha dorang buat. Lantak lah sudahnya buat macam Tuan Hafizi cucuk saja makanan tu, janji sangkut dan selamat masuk mulut. Hahahah…














Untuk Din,
Semoga diluar nanti akan terbuka luas pintu rezeki dan dimudahakan cara dalam apa jua yang kamu buat ya. Kalau kelapangan dating lah lepak ngan kami-kami ni selalu, selagi kami sume berada kat Cradle ya. Jaga diri dan semoga maju jaya.



p/s : Semua food kat sini boleh dikatakan menepati citarasa perut dan tekak aku. Cuma kaya puff yang macam lempeng tu kureng sikit. Rasa sedap lagi kat CGS kot.

0 comments:

Cuba Klik tengok apa jadi!