12 August 2016

Demam Pokemon Go



Semua orang termasuk aku sendiri tengah gila ngan Game Pokemon Go ni. Tolong... tak kisah kat mana henpon sentiasa kat tangan, bukan kata duk selfie tapi gigih duk tangkap pokemon. Mane tah rase IN ngan game ni sebab semua manusia tengah gilakannya.
Mulanya aku tak heran sangat dengan game ni, tapi bila kau mula layan dahtu kawan-kawan rajin plak update siap tanya "eh kau dah level brapa?" oklah mula rasa tercabar. Gigihlah tengah kau buat disbursement paper kejap kejap kau curik masa larik ke toilet (ok sebenarnya kau lari ke lokasi yang mana terdapatnya pokemon yang rare untuk dijadikan hasil tangkapan dan menaikkan level kau. Dahtu kena hati hati juga kalau mana pokemon yang kau tangkap tu, jangan sebarangan bazirkan PokeBall. Bila nak top up alahai susah juga woo.. mula lah kena cari pitstop yang disenaraikan, buatkan tempat tu jauh dari kawasan kau. nangs lah kejap sebab kena stop main.. atas sebab PokeBall dah habis.


Dahtu sanggup ke kau nak beli plak walau die offer $0.99 hakikatnya kalau convert agak2 duit kita dah berapa. Malah aku... baik duit tu aku buat beli make up,hihi..So sekarang gigihlah aku join Kelab Pokemon Malaysia. nampak tak,, gigih sangat. (tu pun selepas member aku mono racun join facebook pokemon malaysia) hurm tak tau lah bertahan sampai bila, kalau ikutkan aku bukan kaki gamer yang tegar, setakat ni masih setia dengan candy crush jela. Tu pun layan bila dah xtau nak buat ape, atau nak buat mata mngantuk.


Setakat ni aku masih level anak bilis untuk pokemon go ni. Tak tau lah sampai bila aku mampu bertahan untuk jadi pengkap tegar pokemon go ni. Bagi yang dah level sifu sifa.. hakak wished you luck!!


Maaf boss saya dah cuba fokus tapi setan punya pokemon die boleh lak datang bertengek sambil buat-buat muka kat workstation saya..... 

0 comments:

Cuba Klik tengok apa jadi!