Mintak nyawa.. syukur dengan apa yang ada sekarang.

by - July 25, 2016



Assalamualaikum, perasan tak lately aku jarang atau lebih senang paham takda update any entry, alahai bukan sebab malas, tapi banyak sangat lah hal dan kejadian dalam masa yang berdekatan. Banyak sangat nak dicerita dan sampai tak tahu kat mana nak start.

Serious aku letih sangat-sangat lately, dari puasa sampai lah ke raya dan dengan preparation assignment yang bersepah, yeahhh Alhamdulillah finally siap after a while lecturer dah bagi tempoh untuk kau buat research tapi gigih kau abaikan dan buat boolayan dengan instruction tu. Kelas plak boleh lah setting hari ahad, bila yang schedule sabtu boleh plak lecturer tak dating. Macam-macam hal. Takpe semua dah siap sekarang get prepare for Final Exam.. yerrr FINAL EXAM kau!! Giler lah bila lah otak ni nak rehat. Belum citer kudrat. OMGgg… 



Hurm lumrah lah kehidupan, hadaplah nak hidup kena lah kerja kenalah bertahan dengan apa yang kena hadap. Alhamdulillah dari segi kerja syukur bertambah tambah baik dan insyaAllah akan bertambah baik untuk akan dating.

Life seharian bersama keluarga … yer.. schedule terlalu packed sampai pejam celik pejam celik Azriel dah besar dan boleh bercakap (walau kadang aku tak paham) tapi yang penting dia dah tau nak bodek dan buat manja-manja aksi untuk elakkan diri dimarah. Part paling best hari-hari akan beraksi ala-ala boboiboy nak bertukar je.. Fengsannn.. sakit woo kalua die mula angkat penumbuk dan acah-acah lemparkan kuasa aura spera kuasa 5 die. Layankan aja. Paling tak pun dia akan membebel… mintak kita berlakon pengsan atau tido. Hurm..


jangan kacau tengah focus ni..


Dalam masa yang sama jugak ayah ada masukkan aku dalam group whatapps keluarga belah kelantan pakcik makcik spupuspapat yang mana aku tak rapat tapi sebab ayah cakap kami orang tua dah xlama hidup, taknak putus hubungan dan tak kenal ahli keluarga. So aku ok jela. Baca message dalam tu dalam loghat Kelantan. Wow.. padahal aku memang sah-sah orang Kelantan (tapi tak duduk sana) kadang gelak sorang dan buat-buat paham bila baca. Malu nak Tanya takut nanti kena sembur. Tak sedar asal usul hahahha… Nak buat camne selepas 30 tahun skali baru balik Kelantan tu pun dah ada anak satu. Pahtu tengok pakcik makcik aku dulu muda sekarang jangan citer. Hampir tak kenal. Aiyooo dah nak buat camne acara atau kenduru harapkan makayah je yang balik. Kami adik beradik jarang amik port. Bila dah jadi macam ni mula lah.. blur ubi kau. Silap haribulan selisih dalam mall pun tak cam.

InsyAllah Raya haji akan datang ni aku balik. Hahaah memandangkan ayah ada buat qurban kena lah awak balik yer. Walau cuti raya sehari je tapi kena lah apply paling tak pun 3 hari. Hurm… kita tengok ape rase beraya kat Kelantan during Raya Haji. Orang kata meriah.

Hurm.. Apa lagi lah nak di ceritakan adalah.. banyak sangat. Produk pun banyak yang blom update dan review lagi.. kena lah tunggu bila betul betul free yer. Pahtu..pahtu.. oklah cukuplah dulu nak settlekan CandyCrush ni awatlah stress nau challenge yang die buat.. macam nak baling phone je (salah satu penyumbang stress) 


You May Also Like

0 Comments

Powered by Blogger.