2 June 2016

Tercapai hajat makan Durian

Last 2 weeks aku balik Gemas. Tujuan asal nak balik Rompin tapi sebab family aku last minute dapat call dari kampung Kelantan bagitahu nenek tak sehat so dorang kena balik tengok. Memandangkan ni nenek jauh dan kami tak berapa kenal sangat. Dah bertukar plan balik jela Gemas. Dalam duk lepak teringat kat durian huhu.. Asal bukak FB orang update makan durian, durian murah, sambal tempoyak duyan.. OMG!! Dugaan apakah ni. Sekarang bukan musim nak nak kalau ada pun mahal macam pe tah.
Mungkin aku manjang duk sebut nak makan durian MIL kesian terus laju2 deal ngn semua adik beradik ipar duai untuk makan durian kat A Famosa. Apa lagi bercahaya biji mata hitam (joget keriangan lah sedap kott). Pencarian tidak mengecewakan bila stall yang depan A famosa masih bukak walau kami sampai waktu tu dah jam 6.30 petang. Nampak tak kegigihan tu..?

 

Huhu musang king.. Finally!!! Got you!! Yumyum

 

Huhu anak anak buah yang hanya jadi pemerhati during duyan session. Tak paham sebab diorang tak makan.. Moden sangat lah kan bau doyan takleh diterima idung dan tekak dorang. Termasuklah anak aku skali.. Siap sound aku.. "Mommy unsuk" sambil buat tangan tutup idung.. Ishhh!! Pang kang over tau azriel ni.

Sedapnya sampai skang masih teringat akan kesedapan lemak lunak isi duyan duyan ni. Makan lah sampai lebam sampai tak hingat dunia sampai tersadai (rase2 3 biji ada kot aku makan) amik kau kempunan mengalahkan orang mengidam.

 

Oh my duyan.. Kalau ayah aku ada ni boleh jadi gang sebab dia pun hantu duyan.. Sedapnya.. Tenkiu MIL sebab sudi memenuhi hajat menantu yang banyak hal ni. 😁😁😘😘.

0 comments:

Cuba Klik tengok apa jadi!