Minum pati kunyit untuk kecutkan rahim dan keringkan darah.

by - June 12, 2016

Ingat lagi dengan entry tentang keguguran aku yang terbaru kan? Dah semestinya aku kena berpantang. Berpantang plak betul-betul macam orang pantang beranak. Hakikatnya aku hanyalah keguguran tapi ini adalah keguguran ke 3 dan kandungan aku sudah matang (fizikal tu dah ada). Disebabkan pendarahan aku yang semakin galak dan kerap, sehingga aku mengalami hipoligsemia dan kadangkala gelap mata, rasa nak pitam, sampai kena kerap ke klinik jumpa doktor. Padahal uri dah keluar selepas 14 hari. Tapi pendarahan berlaku kian kerap. Doktor ada je bagi ubat tambah darah tapi tak jalan kot sebab sehari dalam tempoh 24jam aku tukar pad 5-7 pad untuk 3 hari berturut turut. Akhirnya doktor mintak aku refer hospital. Ke HUKM lah kita. Lepas buat pemeriksaan lanjut alhamdulillah doktor sahkan rahim aku dah clear mungkin pendaran yang berlaku adalah saki baki darah kotor sebelum ni. Cuma keputusan penuh ujian darah belum dapat diketahui. 17hb ni baru kena call balik dan tahu result. Mak cakap kalau nak pulihkan rahim/kecutkan rahim elok minum pati kunyit. So gigihkan asben buat pati kunyit guna ibu kunyit.


Kunyit yang telah di blend. (zaman dah maju tayah gigih tumbuk. masuk mesin blender suda)

Kebaikkan kunyit bagi kaum wanita.

  • Agen antiseptik + antibakteria semula jadi, berguna dalam pembasmian luka + terbakar

  • Apabila digabungkan dengan kembang kol, ia telah terbukti dapat mencegah kanser prostat dan menghentikan pertumbuhan kanser prostat yang sedia ada

  • Menghalang kanser payudara daripada merebak ke paru2

  • Mengurangkan risiko leukemia terhadap kanak2.

  • Boleh menghalang dan memperlahankan perkembangan penyakit Alzheimer dengan menghapuskan penumpukan plak amyloyd di dalam otak

  • Boleh mencegah daripada berlaku dalam pelbagai bentuk kanser yang berbeza

  • Anti-radang yang bekerja tanpa kesan sampingan

  • Boleh membantu dalam metabolisme lemak dan membantu dalam pengurusan berat badan

  • Telah lama digunakan dalam perubatan Cina sebagai rawatan untuk kemurungan kerana ciri2 anti-radang, ia adalah satu rawatan semula jadi untuk artritis dan artritis reumatoid

  • Meningkatkan kesan chemotherapy drug Paclitaxel + mengurangkan kesan sampingan

  • Harapan kajian sedang dijalankan ke atas kesan kunyit pada barah pankreas

  • Menghentikan pertumbuhan saluran darah baru di dalam tumor barah

  • Sangat pantas dalam penyembuhan luka2 + membantu dalam pembentukan semula kulit yang rosak

  • Boleh membantu dalam rawatan psoriasis dan lain2 keadaan kulit radang
Nutrien yang paling menarik dalam kunyit ialah Curcumin kerana ia dapat memerangi KANSER + penyakit Alzheimer. Nutrien curcumin di dalam kunyit ditugaskan sebagai agen anti-radang yang sangat baik. Selain daripada curcumin, kunyit mengandungi paras yang tinggi zat besi + sederhana tahap vitamin B6 + kalium. Semua vitamin dan mineral adalah sebahagian daripada diet yang sihat + seimbang.


Korang jangan tanya aku apa rase minum pati kunyit ni. Yang penah minum je tahu akan rase yang perghhh tak leh blah. Dmi nak sembuh ku relakan jua. OHMMGEE!!! tahan napas tutup lobang hidung dan siap sediakan vitamin Charms anak sebagai back up dan kopi pahit secawen.. (dah boleh bayangkan rasanya??) . Sebenarnya kalau kat kedai sekarang dah ada jual yang siap paket. Lengkap dengan pelbagai perisa dan campuran. Ada kunyit asam lah, kunyit madulah macam-macam lah ubatan campuran kunyit dijadikan jus atau serbuk minuman bagi penyembuhan sebaragan penyakit terutama luka dalaman. Bagus kalau amalkan tapi 1 minggu sekali cukuplah sebab kaau kerap atau pengambilan berlebihan darah boleh kering kontang lak. Itu dah penyakit yer tuan puan.

P/s: Alhamdulillah dengan sekali minum nampaknya darah aku makin berkurangan. syukur.. Thank you asben .. buatkan air kunyit yang u katakan buat dengan kasih sayang. (Hahahah.. tapi die punya taste memang OUT tak macam gulai masak lemak cili api u da) ...terrible...

You May Also Like

4 Comments

Powered by Blogger.