18 May 2016

The Lost World of Tambun. 6-8 Mei 16 pt1



6-8 April lepas aku ada terlibat dengan acara Family Day Cradle yang berlansung di Tambun “The Lost World”. Kami di beri penginapan juga di Hotel The Lost World,and Spa, Sunway selama 3 hari 2 malam. Merasa lah yer bercuti kat sini. Kalau saja-saja nak pergi tak tahu bila, mengenangkan ia jauh dah kitaorang memang tak familiar jalan ke arah Tambun ni. Last month aku ada pegi Ipoh kat The Heven untuk Teambuilding punya aktiviti. Then come back again for family day ni. The week before tu aku dari ke Melaka, kisah dan aktiviti yang sama, mandi manda jugak. Blom habis kisah kulit gelap masuk lah ke Taman Tema Tambun ni. Memang karat lah kami anak beranak.

Sampai je tengah hari terus checkin siap ada welcome drinks lagi..fuhh trase macam tourist sangat haha.. over.. Pahtu tanpa berlengah kami terus bergegas masuk ke Theme Park. Taknak bazirkan masa yang ada, Hari pertama dengan lawatan sambal explore kawasan sekitar. Yang bestnya tengok riaksi Azriel yang excited sebab dapat tengok haiwan yang real depan mata. Paling tak leh blah dia Nampak air dan merayu mintak nak mandi. Sungguh-sungguh mintak. Memandangkan dia dah 3 tahun sekarang, bila kita cakap Alhamdulillah masih boleh dengar kata dan paham yang day 1st ni kita just pusing-pusing dulu. Naik train dan layan perminan yang ada di sekitar. Best!! Cuma paham-paham lah bawak anak ni takdalah kau nak bebas macam bujang, nak-nak bila anak kau asyik merenget mintak nak terjun pool. Parah mak kau.. adoiyaii.. (esok baru kita main air yer sayang.. arini kita kering-kering basah peluh je dulu).

Malam BBQ tu acara dimeriahkan dengan Fire Dragon Show (yela kot mandang duk muntah api je) dan juga karaoke yang mana cradlelians yang super talented. Menyanyi sampai lebam sampai hujan turun dengan lebatnya hahahahahah…balik lah kami dalam kebasahan ala-ala memori daun pisang, Azriel macam biasa excited over sebab boleh main hujan. Dahtu tahan plak badan dia tak deman atau selsema.

Malas nak citer lebih detail jom layan gambar lah yer sepanjang kami berfamily day kat sana.















 Pertunjukkan Fire Dragon Show.. ( gila lah xpaham aku elok plak lidah dia tak terbakar)



Esok paginya kitaorang breakfast kat Garden Terrace 

Bermula lah aktiviti air kami

Tapi time ni aku memang tak bawak hp dan xbawak camera sbb main air kan, kang basah lak gadget aku sebab memang tak rancang pun nak terjun masuk air basah-basah ni. Ngat nak mintak en asben je yang layan anak dalam pool hahah.. Tapi sekali dah masuk dengan aku-aku sekali over main air. Padanlah azriel suka sangat dengan air.



Nanti sambung next entry lak sebab lost idea trus bila citer pasal The Lost World ni ..kihkihkih


2 comments:

shazillahsani.com said...

Tengok memang menarik, tetapi belum berkesempatan untuk sampai di sini lagi...handsome anak awak macam Chinese look...hihihi

wong meimot said...

Shazillahsani.com

Thank you awak sudi singgah baca dan komen, alhamdulillah syukur dapat anak sesempurna tu. takpe satu hari nt sy doakan awak pun akan sampai ok. InsyaAllah one fine day hihi.

Cuba Klik tengok apa jadi!