9 April 2016

Stay Strong mak... Angah Sayang Mak!!



Aku ni belajar apepun tak berapa nak masuk, sebab asyik teringatkan mak. Esok mak akan jalani pembedahan jantung untuk kali pertama. Sebelum ni dia bermasalah dengan kesihatan paru-parunya yang hampir rosak kerana kesan dari lambat kesan punca penyakit, dan sekali lagi Allah menduga kekuatan mak dengan kegagalan jantungnya berfungsi secara normal. Esok adalah pembedahan besar bagi beliau dan esok juga merupakan exam final aku untuk first paper... dah berhari aku cuba buat revision tapi susah nau nak masuk. sekarang aku try je salin banyak kali nota-nota aku dengan harapan aku boleh jawab esoknya. Alahai beratnya ujian Allah bagi pada mak. Harapan aku semoga mak dapat kuatkan semangat dan bertabah dalam menjalani ujian tu nanti Yes!! aku tahu mak aku seorang wanita yang kuat semangat dan tabah. Sebab tu ayah selalu bagitahu kami adik beradik yang mak adalah wanita pertama dan terakhir dalam hidup dia yang paling dia sayang. Sebab mak melebihi semua kelebihan wanita kat luar sana.

Mak stay strong ok. Doakan angah boleh jawab untuk exam paper esok. dan hari seterusnya ok... 

kami adik beradik sayang mak sangat-sangat. Sepenuh hati kami.

# Ibu, berjuta kisah telah engkau ukir indah menyapa Jiwa. Hanya doa yang mampu ananda haturkan, Semoga Emak senantiasa dalam LindunganNya, semoga Tuhan mengampuni segala Dosa Ibu. Dosa yang terukir demi hadirkan mimpi ditiap renggekanku

4 comments:

zeera lily said...

semoga allah kurniakan kesihatan yang baik untuk ibu awak.. aamin

hyde dea said...

kopikat muka mak ni....
GWS makcik, rehat bebanyak.
minta cucu 1 lagik dkt comer :P

wong meimot said...

Zeera lily- trima kasih awak.. aamiin

wong meimot said...

hyde dea- hahah mana x tumpah kuah kalau bukan ke nasi kan?? tq awak!!! haahha 4 tat not for now lah awak.. fengsan

Cuba Klik tengok apa jadi!