Movie Review : "The Hustman Winter's War"

by - April 26, 2016

Last Friday crocs committee buat "Crocs Movie Day Out. So semua staff kena pegi tengok movie. Ko mampu? After Friday prayer semua staff berkumpul kat KLCC untuk nonton reramai movie "The Hustman Winter's War". 


Nanti aku Review ok sementara tu nak belanja gambar lah dulu buat cuci mata-mata yang mengantuk tu.


Scene penting before enter the the hall.. bukan ape aku ni dah termelting dengan mamat Chris Hemsworth ni.. Omg apehal lah mata ko cantik nau..kalah pompuan... ohmahngaihhh..


 Sebelum tu melantak lunch dulu ngn adik-adik manis kacak ni, yela harapkan kunyah popcorn tak boleh kenyang yer.


My hottest stuff kegilaan ramai.. Loges dan sweety lil girl Dak Sheera. Yang penting kedua gadis ni sangat sempoi dan senang ajak borak. Sume topik asal keluar terus huru hara. Nanti kita lepak lagi.


Tiket beratur.. Boleh dikaakan panggung di conquer Cradlelians obviously.. 



Filem arahan Cedric Nicolas-Troyan ini menceritakan tentang nasib The Huntsman (lakonan Chris Hemsworth) dan Queen Ravenna (lakonan Charlize Theron), yang asyik dalam sebuah hubungan percintaan yang sangat mencabar. Sementara itu, ratu jahat Ravenna (Theron) telah berjaya dikalahkan oleh pedang Snow White, dia diam-diam memerhatikan bagaimana kakak perempuannya Freya (Blunt) harus menderita atas pengkhianatan dan telah meninggalkan kerajaan mereka.
Freya mempunyai kuasa ajaib iaitu dapat membekukan musuh-musuhnya, ratu yang masih muda itu telah menghabiskan waktu beberapa tahun ditempat yang jauh dalam sebuah istana musim dingin untuk membesarkan sebuah kelompok huntsmen.
Ketika Freya belajar setalah kematian kakaknya, dia segera mengumpulkan tentara yang masih dimilikinya untuk membawa cermin sihir (Magic Mirror) sebagai satu-satunya yang tersisa untuk mendapatkan kekuatan darinya. Tetapi setelah dia mendapat tahu bahawa Ravenna ternyata dapat dibangkitkan, adik kakak itu terancam dengan kekuatan kegelapan yang belum pernah ada.

Review Movie :

Bagi aku secara jujurnya, berpuas hati dengan jalan cerita, walaupun pada awalnya sedikit confuse bila Sara mati katak kena bunuh dengan partner in crime dia. Part tu aku sedih.. berkaca lah jugak mata ni.. mane taknya orang kesayangan mati tertikam depan mata kot... bajet imaging laki aku la kekonon. Pahtu scene org kerdil yang tak habis-habis gaduh-gaduh manja tu. Pahtu scene laki bini si Sara dan Brighton tu acah-acah taknak hakikatnya masih sayang. "kekal bersama selamanya dalam hidup atau mati" ayat manis-manis orang bercinta sampai mati. Part adik beradik si(Snow Queen) Freya dan Ravenna (evil Queen), part kuar kuasa 5 spera kuasa tu hebat.. die bakar ko bekukan..power tuh. hahaahha . Untuk aku lah aku bagi rate 4.5 bintang. Mungkin aku suka dengan citer-citer dogeng kot. Sebab mostly yang buat review dorang tak berapa suka. Lagipun memang aku follow dari part hustman yang mula-mula tayang. Dahtu citer magical ni, kalau tak magical dah xlogik memang bukan magical lah. Kira alam fantasi dari segi sound effect dan juga mutu audio semua power. Binatang pelik dan dunia khayalan memang dah kena dengan genre cerita sebab fairy tale alike. So macam ada sambungan je, tak sabar tunggu next hustman ngasenya. Tapi xtau bila tu..
Bagi yang belum tengok kena tengok sebab citer die boleh dikatakan enjoy, ada aksi, pahtu bagi kanak-kanak kureng sikit lah sebab ada scene comolot tak berenti tu. Hahahah jenuhlah makpak kaber mata kepala anak kalau pegi nonton sekali. over all. Aku enjoyed!!!!

You May Also Like

0 Comments

Powered by Blogger.