5 March 2016

Tak Kahwin Lagi, Tapi Entri Nak Gatal-gatal.(sharing is Caring)


Sudah lama gua tak coretkan satu dua benda dekat belog ni. Al-maklumlah. Nanti kena review dengan orang pula. Entri takde info tak bagus kan? *letak hujung jari tangan di dada, mata pandang atas, mulut herot sikit*. Bukan tanak update, cuma busy. Biasalah, orang penting macam gua. Semua benda nak yang berlaku, gua kena ada. 


Macam barua angkat bakul sendiri. Kahkahkah. 


Kalini gua nak kongsi satu benda ni. Gua ada baca dekat notes fesbuk seorang rakan. Nak juga share sini. Benda-benda ilmiah ni elok kongsi. Lepas tu boleh tukar-tukar pendapat ye dak? 


Notes di fesbuk tu gua olahkan sikit ikut cili boh gua. Tambahkan sikit Ajinomoto. Baru sedap membaca ya dak? Lama dah gua baca. Ni gua tulis apa yang gua ingat lah.


*****


Ada satu kelompok siswa dan siswi sedang melakukan kelas tambahan di fakulti mereka. Ada yang dah kahwin. Bekerja. Ada yang siang bekerja, malam belajar. Ada yang siang malam belajar. Ada yang siang melangut, malam belajar.


Kelas hampir tamat. Jadi pensyarah tu pun berkemas-kemas.


"Apa kata harini kita main satu permainan sebelum pulang? Permainan minda, jiwa." menusuk kalbu juga pensyarah ni. Permainan jiwa tu. Ramai juga perlajar dia dah fikir bukan-bukan. Lu'olls jangan ingat gua nak tulis cerpen lucah pula sini. Positif sikit otak tu.


"Saya nak seorang pelajar saya datang ke depan membantu saya. Boleh? Kalau boleh yang dah berkahwin." 


Ada seorang lelaki ni dah tepu agaknya. Dia angkat tangan selaju mungkin. Dia malas nak bermain permainan tu. Dia agak dia ke depan untuk menulis markah di papan putih ala-ala kuiz sekolah menengah agaknya. Mungkin kuiz untuk budak-budak bujang, dan dia fikir tak layak nak bermain kuiz itu agaknya.


"Nah, ambil marker pen ni. Tulis no 1 hingga 10."


Pelajar itu pun tulislah no 1 hingga no 10. Mungkin ada 10 soalan dalam benak pelajar itu berkata.


"Sekarang, kamu tulis 10 nama orang yang paling dekat dengan kamu."


Okay. Rupa-rupanya dia yang kena main permainan tu. Tercelaka jugalah dia. Jadi dia mulalah tulis nama di papan putih itu. Dari anak, isteri, ahli keluarga, sehingga ke jiran sebelah rumahnya yang selalu bagi dia dan isterinya kuih muih untuk di tukar.


"Sekarang, saya mahu awak potong 2 nama yang tak berapa penting bagi kamu."


Jadi, pelajar itu pun potong lah nama yang dia rasa tak berapa penting. Jiran tetangga.


"Potong lagi 2 nama."


Dia pun potonglah nama teman sekerjanya.


"Hurm, apa kata buang lagi 2 nama yang tak berapa penting."


Pelajar tu tengok muka pensyarah tu dengan muka bingung. Dia potong nama teman-teman baiknya. Dan sekarang yang tinggal hanya dua orang ibu bapanya, isterinya dan anaknya.


"Apa kata buang lagi 2 nama?"


Pelajar tu bingung. Kusut. 


"Permainan apa ni tuan?"


"Buat sahaja."


Kelas yang mulanya bising kerana menyangkan akan ada permainan yang menyeronokkan mula senyap. Ada beberapa pelajar perempuan yang muka risau. Gua pun tak paham. Bukannya dia yang main.


Pelajar itu tunduk ke bawah. Kemudian ke atas, dan perlahan-lahan memotong nama ibu bapanya.


Ramai yang terkejut dengan keputusan itu. Dah macam main Who Wants To Be A Millionaire dah dia punya cuak. Pelajar itu menarik nafas panjang-panjang. Dalam hati berdoa agar permainan itu tamat serta merta. Yang tinggal nama isterinya dan anaknya.


"Baiklah. Kamu buat dengan baik sekali. Syabas."


Pelajar tadi menarik nafas lega. Berakhir sudah.


"Jadi apa makna semua ni tuan?"


"Hurm. Apa kata kamu potong lagi satu nama."


Kelas mula bising kembali dengan bunyi bisikan-bisikan. Dah macam bisikan apa dah.


"Tuan?" pelajar tu berkata. Pensyarah tu senyum lalu memberi isyarat untuk pelajar itu potong sahaja satu nama. Agaknya nama siapa yang dia potong? Anaknya? Isterinya?


Pelajar itu memotong nama anaknya. Lalu terus bergenang matanya. Dia tertuduk. Pensyarah tadi datang dan menenangkan pelajar itu.


"Ini hanya permainan." katanya sambil menenangkan pelajar itu.


Setelah keadaan kembali normal. Pensyarah tu bertanya kepada pelajar tadi,


"Kenapa bukan orang tua kamu yang penting? Dia menjaga kamu sejak kecil? Makan, minum. Tempat tinggal? Duit poket. Hantar kamu belajar. Dan kenapa pula tidak anak kamu? Itu kan darah daging kamu? Isteri? Boleh di cari lagi kan?" tanya pensyarah tu.


Gua syak, saiko habis pensyarah ni.


"Dalam masa yang singkat. Saya berfikir. Antara beberapa orang yang terpenting dalam hidup saya, saya perlu buat keputusan. Masa berputar pantas. Sampai satu masa, ibu bapa tak mampu teman saya untuk satu jangka masa. Mereka menjadi lebih tua jika saya tua. Mereka akan pergi juga. Dan semasa saya menjadi tua, anak juga semakin membesar. Membina hidup sendiri bersama keluarga mereka. Dan saya fikir yang mampu tinggal bersama saya, faham saya, teman mengharungi hiruk pikuk noda dunia sementara ini, ialah isteri saya. Dia lah peneman hidup seperti Adam dan Hawa di buang dari syurga ke bumi."


*****


Apa kata lu'olls?


Bagi gua lah yang belum berkahwin dan umur baru setahun jagung selalu tengok drama swasta TV untuk buat ulasan pasal pasangan berkahwin, gua rasa sangat rugi untuk lelaki yang tak menghargai Isteri depa.


Isteri? Dari isterilah adanya lu. Iaitu mak lu. Dari isterilah jadinya darah daging lu. Iaitu bakal anak lu atau anak lu. Dia kendong anak lu sembilan bulan. Ingat mudah? Malas gua nak cakap banyak-banyak pasal kendong mengendong ni. Macam tipikal sangat. Ramai sangat orang cerita. Heh.


Gua ada baca satu lagi artikel satu ketika dulu,


Isteri lah yang memberi segalanya sebagai peneman terbaik semasa kita di dunia. Dia menguruskan rumah, anak, pendapat yang bernas. Menyediakan makanan, baju. Dan dialah yang selalu ada ketika orang lain sibuk dengan agenda mereka.





Belanja gambar pakwe skit


Dan walaupun sampai mati, gua yakin, isteri yang betul-betul isteri sanggup jaga lu. Walaupun lu sakit tak boleh jalan. Nafas pun semput-semput. Tangan nak makan pun terketar-ketar. Angin selalu sangat ada dalam badan. Dia lah yang akan bersedia mengurut belakang badan buang angin. Menyuap bubur mekdi ketika kita demam. Dan kalau ada rezeki, InsyaAllah, dialah sentiasa bersedia yang akan menghembuskan kalimah syahadah di telinga ketikanya lu nak pergi jumpa Tuhan.


Gua ada baca satu ayat. Hadis atau kata-kata pujangga pun gua tak ingat.



"Isteri ialah tulang rusuk sang suami. Jagalah ia dengan baik. Janganlah cuba nak luruskannya. Sebab tulang rusuk yang sememangnya bengkok itu, kalau cuba di luruskan, akan patah nanti."


Lebih kurang macam tu lah. Haha. Celaka nak gugel balik pun tak jumpa. Yang kat bawah ni je yang gua jumpa. Boleh lah share dekat lu'olls. Potongan hadis dan ayat al-Quran.


RASULULLAH saw bersabda, yang bermaksud: “Dunia ini penuh perhiasan dan perhiasan paling indah ialah wanita solehah.” (Hadis riwayat Muslim).

“dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa ia menciptakan untuk kamu (Wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir”. [al-Rum: 21]


Jadi apa pendapat lu'olls pasal game tadi?

P/S : petikan asal dari tuan Terfaktabdotblogspotdotcom
This entry was posted in

0 comments:

Cuba Klik tengok apa jadi!