15 March 2016

Review : BOBOIBOY THE MOVIE


My Nyawa dunia akhirat


Last week ada booking tiket wayang untuk tontonan seisi keluarga (en suami sekali lagi belanja tiket movie+popcorn) , memandangkan duk heboh yang citer BoboiBoy The Movie tu best sangat, tergerak hati nak bawa Azriel pegi tengok. Kalau ikutkan Azriel familiar jugak ngan katun BoboiBoy The Movie ni, yela bila dia layan Youtube, ada je dia duk layan series katun ni.


excited sebab first time dapat duduk atas kerusi sendiri, kalau tak slalu dalam stroller je sampai habis citer.


Hall dia memang besar luas dan puas hati (TGV AU2 Keramat)




Aku beli tiket untuk panggung Family, which is ada kat AU2 Keramat. First time layan movie kat situ, wah besar betul Bangunan untuk TGV semata kat sana. Makna kata ruang legar luar apa tah lagi hall. Aku suka sangat ke situ sebab banyak kanak-kanak, terasa masuk Kidszonia plak. Korang tau dia punya riuh tengelam tribute movie yang diorang tengah promo. Budak-budak reramai berlari sana sini. Ini dah betul-betul friendly ni. Kebetulan aku ni sejak dah ada anak takdalah layan movie kat panggung ni. Sume tunggu kua Astro First, kalau tak pun layan movie download jela. Hahahha. Tapi sebab memandangkan banyak movie katun yang bakal ditanyang tak lama lagi dan sesuai untuk bawak Azriel masuk wayang, terus aku Sign Up new Member untuk TGV Member Club. So Banyak lah kelebihan yang akan bakal dapat, dalam masa yang sama nak tengok citer apa pun pantas, sume booking Online sudah.

Sipnosis : BoboiBoy The Movie.

BOBOIBOY: THE MOVIE
3D Animated Feature Film 90 Minutes
Target Release Date: 26 November, 2015
Rating: U
Produced by: Animonsta Studios
Genre: Superhero, Action, Adventure, Sci-Fiction,
Time: 90 min / 1:30
Age: 7 – 12
Language: Bahasa Malaysia
English

Directed by: Nizam Razak Written by: Nizam Razak

Starring: Nur Fathiah bt Diaz Nur Sarah Alisya
Dzubir b Mohd Zakaria Yap Ee Jean
Mohd Fathi b Diaz Anas Abdul Aziz
Wong Wai Kay

Filem pertama BoBoiBoy ini membawa BoBoiBoy dan kawan-kawannya mengembara di sebuah pulau misteri yang menempatkan sebuah Sfera Kuasa purba daripada Ochobot dengan kuasa yang tidak terperi.

BoBoiBoy akan menentang musuh yang paling sukar, seorang pemburu harta karun asing yang sedang mencari untuk memanfaatkan kuasa daripada Sfera Kuasa ini untuk keperluan sendiri. Perlumbaan antara BoBoiBoy dan makhluk asing untuk mencapai Sfera Kuasa dan membuka kunci kuasa baru. Alami tempat baru eksotik, yang tidak pernah dilihat, penjahat dan kuasa baru dari BoBoiBoy.

Sekumpulan pemburu harta asing bernama Tengkotak telah tiba di bumi dan menculik Ochobot untuk menggunakan ia untuk mencari "Sfera Kuasa" purba yang berkuasa bersembunyi di bumi. BoBoiBoy dan kawan-kawan kini perlu berlumba dengan masa untuk menyelamatkan Ochobot dan membongkar rahsia di belakang "Sfera Kuasa". Perjalanan mereka akan membawa mereka pada pengembaraan yang penuh dengan tindakan, komedi, dan kawasan yang indah.

Nantikan watak watak baru Klamkabot, Bora Ra, Gaga naz, YoYo Oo, Kiki Ta dan Cici Ko.



Anak orang tu kejap duk sit mak dia kejap nak duduk sit apak dia, kejap nagis nak air kejap nagis nak kua, aku tengok dah huru hara, lepas sejam movie tu berlansung, aku Nampak parent yang anak dia tak reti duduk diam tadi keluar. Mesti stress makpak dia. Aku paham perasaan tu.  Hah.. sebok duk sembang citer anak orang kan? Bab anak aku lak, Azriel masa mula-mula Nampak huru hara jugak, tapi bila Movie dah start dia Nampak bertenang di samping kitaorang pancing guna jajan dan pop corn, so eloklah die leka layan makan pop corn dediam kat sit dia. Tapi lama kelamaan huru hara gak kitaorang, sebab dia dah nampak gang kat depan terjerit-jerit siap berlari sana sini. Member nengok je dari jauh dan kemudian join sekaki. So mommy daddy stress kejap. Tapi bila masuk part BoboiBoy berperang tu, terus die focus sebab ada scene tembak-tembak. Terjerit-jerit dia sebut “iyahhh..embakkkk..iyahhh..embak..embak”!!!! lantak lah anak oii janji bahagia. Makcik dia gak yang heaven focus 200% layan Movie.

So kalau ditanya berapa STAR aku nak bagi. Aku rate kan cerita ni 3.5 STAR sebab kalau orang dewasa tengok citer katun camni, diorang rase mengarut dan tah hape-hape. Sebab nama-nama komersil dalam tu tak brapa syiok lah, mengarut sket, kelamkabot lah, yoyooh lah.. hahah.. bagilah proper name sikit baru Nampak standard. Tu jela.. jalan citer semuanya ok. Budak-budak paling suka. Dalam banyak-banyak scene sedih masa part ocobot tu mati (mati kejap jela). Berkaca gak lah mata aku hihi.. aku memang tak leh part-part sedih ni. Mula lah nak feeling.. hahha

p/s : tahnk you dad belanja tiket+popcorn+bawa jejalan.

2 comments:

Cuba Klik tengok apa jadi!