16 March 2016

Off to Penang untuk site visit.



Minggu lepas aku ke Penang sebab ada site visit dan meeting dengan recipient under aku punya portfolio. So kat sana aku kena visit 2 company lah, Naseb baik dua company ni dekat so senang lah nak cari. Cuma yang tak bestnya hadap jammed kalah K.L kau. Meeting habis jam 4 petang , disebabkan aku ke Penang balik hari so flight balik aku kul 8.40 malam. Kebetulan kitaorang parking keta dalam SunShine Mall. Kata kawan aku SunShine mall ni kira mall paling cikai lah kat Penang. Dah alang-alang meeting abis jam 4 pahtu plak Flight balik jam 8.30 malam, Bangunan sebelah airport je. So kitaorang just lepak dalam tu jela tunggu masa nak berlepas. Kitaorang sempatlah layan bowling seframe. 


Kebetulan dah lama sangat terniat kat hati nak jumpa someone yang aku kenal melalui FB. Dulu kenal pun melalui Kelab Ibu Mengandung. Kira kenal serasi kat situ. Kitaorang kenal melalui alam maya, alam cyber je. Tapi dari perkenalan macam tu , rasa macam serasi dengan dia. banyak kitaorang share pasal anak dan pasal masing-masing. Tak pernah sekali jumpa. Dari masing-masing sarat mengandung sampai masing-masing dah sedia meletop anak dah boleh bercakap kot masing-masing. Alhamdulillah, dia lah yang banyak guide sepanjang kat penang walaupun jumpa disaat akhir waktu dah nak berlepas tu . Dia pun keje hari tu, guide kitaorang via mobile je.


Maafkanlah view boss aku yang bajet model tu.. motif sebenar sign board kedai tu yang aku nak tunjuk aku makan lunch kat sini lah. Harga sangat lah murah untuk 3 menu kat bawah ni kitaorang bayar total termasuk minuman RM37.90


Mee Goreng Udang En Fazil punya


Kueh tuew tomyam aku punya


Mee Udang En Azizul punya

Lepas habis meeting petang kami singgah makan kerang bakar kat padang kota. Taste dia so..so jela but still boleh telan.





Yang nilah rojak yang macam buat guna tapak kaki tu. Presentation cantik, tapi rase bole humban laut sebab tasteless. Naseb RM5 je. sebab aku amik tauhu 4ketol + epingan soya goreng. So next time sape-sape pegi padang kota jangan makan kat kedai pasembor yang betul-betul tepi tebing laut. Sebab memang tak sedap.


ABG boleh layan dalam cuaca panas ok lah RM5


Masa ni jalan jammed, stress panas sume ada.. dahla kepenatan. Dah tua-tua ni.. tenaga dah takda lah ,, adoiyaii


Finally jeruk Penang courtesy by Ibu Sakinah  


Hari tu kat Penang panas, lepas meeting pagi kami cari lunch makan kat Mee Udang kat mana tah boss aku bawak, Tapi dalam Penang lah, Aku takda lah rasa mee udang tu sebab aku tak makan mee kuning. Layan tomyam saja lepas lunch kami sambung meeting. Bila abis meeting tu kitaorang sempat ke padang kota . Kekonon nak merasa rojak dan ABC. Tapi hampa.. rojak die macam buat guna tapak kaki. Tak sedap. Naseb aku amik tauhu je so harga RM5 jelah. ABC RM5 juga. so takda rase ralat sangat membayar.

Balik airport untuk makan malam kitaorang makan dinner kat Nasi Kandar Line Clear. Memang Clear sebab kasi lump-sum Total bayaran RM75.90 untuk 2 nasi penuh+1 separuh 3ekor anak sotong+1 ketol ayam+sepotong ikan+telur masin dan kuah campur.  Sakan dorang charged, padanlah baik sangat service dia.


So sikit gambar yang sempat aku pakse  boss aku tolong snapkan gambar. Mahap Boss mak orang ni memang suka bergambar. Nak simpan kenangan kat Penang.




Taaraaaa.. Nilah Ibu sakinah yang aku ceritakan tu. Alahai kurus kedekiang je orangnya tinggi lampai dan lembut je budi bahasa. Thanks Ibu sudi jumpa walau kejap.

2 comments:

Diana Rashid said...

saya 11 tahun dok penang memang cakap makanan kat penang ni susah nak jumpa yang sedap.lagi2 kat padang kota tu..dah la mahal semua nya...Rata2 yang berniaga kat situ tak reti masak pun,depa berniaga sebab kat situ tempat ramai orang berkunjung.tempat terkenal..tempat yang orang akan datang bila mai penang ni..

jadi kalau niat nak mai padang kota semata2 untuk makan , baik lupa kan je la..hahahah

wong meimot said...

Diana Rashid-tula mana lah tahu kan kita pun bkn dr sana, memang tak patut perniaga sekarang buat camtu. berniaga semata mata demi kepuasan sendiri.

Cuba Klik tengok apa jadi!