DUOYA FIBRE BIG MASCARA WATERPROOF LONG LASTING EXTENSION MASCARA

by - March 06, 2016

Assalamualaikum, kali ni aku nak review tentang "DUOYA FIBRE BIG MASCARA WATERPROOF LONG LASTING EXTENSION MASCARA"


Aku adalah pemilik kepada 2 pasang mata besar dan berbulu mata panjang. Tapi sayangnya bulu mata aku "bebal" ketegaq tahap dewadewi sebab tak reti nak lentik/lentur walau setelah diulangi dengan eyelash curler. Kadang-kadang tension sebab, gigih dikepit kesudahannya bulu mata putus, tercabut ataupun tertanggal bersama mascara waterproof yang biasa aku apply. Dan lagi masalah utama bulu mata aku ni, bila dah pakai mascara haruslah nak nampak kepuk-kepuk tebal macam pakai bulu mata pelesu. Tapi haruslah cari yang kualiti, tahan air dan paling penting nampak cantik lepas apply. Yang problemnya semua tu ada pada kebanyakkan mascara yang aku penah cuba, satu masalah terbesar adalah fibre mascara yang suka nau gugur dalam biji mata aku. Dahla aku ni 24 jam kadang memang pakai contact lens. kang tak pakai buta plak. Time tulah paling sengsara, sebab biji-biji habuk fibre masuk in between selapuk lens dan lapisan mata. Sakit weii, merah mata.. haruslah puasa pakai lens, gagahlah pakai spec nenek2 datang keje. Terus aku nampak mokcik-mokcik. Stress..

Sejak tu aku amik keputusan malas dah apply mascara sebab takut perkara tadi berulang, sebab sakit die terlalu sengsara untuk direcall. So kebanyakan harian aku ke office cuma apply eyeliner je kat mata. NO MORE MASCARA!! 

Satu hari tu aku ada ternampak satu satu review yang buat aku kagum adalah feedback semua customers berpuashati dahtu plak, dapat tahu kenalan aku sendiri yang jual mascara ni. Teruslah aku halo-halo dia bertanyakan tentang mascara DUOYA FIBRE. Banyak yang aku tanya, mesti kawan aku stress sebab banyak tanya, bukan apa tahu jela produk ni tunjuk testimoni yang best-best je. Kadang tak tahu sesuai ke tidak ngan kita. End up feel regret plak kan. Tapi alhamdulillah bagus kawan aku ni, rajin melayan soklan sengal ubi aku ni. "tenkiu MOMOY"!!. Selepas tengok gambar dan feedback dari customer dan ditambah pula dengan keterangan produk dan tips rahsia pemakaian mascara yang betul oleh Momoy, lelaju aku order satu. Nampak!!??Terjebak sudah.. Payment done!! tunggu barang sampai lah plak..


Laju betul. malam tu bayar esok dah dapat. Amboi service die laju betul. pakai jet ke apa hantar barang. Siap dapat GIFT lagi. Bracelet manik warna kesukaan aku. (suks,suka,suka..sambil nari2)


Nampak tak menyempat..Terus pakai kat tangan..(gigih) cute..siap ada brandtag lagi.


 Terus bukak packaging keluarkan dari kotak dan snap.. nak tunjuk kat sender bukti barang dah sampai dengan selamat dan exactly sama macam dalam gambau(hihihi)


Esokkannya laju-laju apply. Nampak tak beza kedua belah mata aku tu? belah kanan korang aku apply mascara DUOYA ni yang mata sebelah kiri korang tu aku tak apply pun. Nampak tak?? tak nampak jap aku ZOOMMM in!!


jelas tak?? tebalkan bulu mata tu, siap terlentok lentik lagi.. tak guna curler pun.



Tengok bulu mata aku tu je.. mata juling aku tu jangan ditenung kang lain lak jadi.. Tebal kan?? lentik lentok elok lak tu. Pastu kan bila aku apply tu, sapuan die lancar je, takda stuck ataupun kadang kan sesetengah mascara cepat kering mengeras pahtu melekat antara satu sama lain. Tapi yang ni tak. Yang part paling aku suka, tang fibre dia tak gugur berterabur masuk mata. Elok je salut eyelash aku kekal sampailah aku basahkan guna air. Ada yang best lagi.. sila scroll lagi ke bawah yer..


Guna tisu basah, ataupun basahkan bulu mata guna air paip biasa tu pun boleh, sekali lalu kat bulu mata tu terus tertanggal. Mata tak lebam, pedih ataupun kulit kat kelopak mata jadi pedih-pedih kesan tenyehan tadi. Sebab fibre mascara ni senang tanggal. Tak caya lagi??


Tengok ni.. satu sisa mascara pun tak tinggal, kalau kebiasaan mascara yang waterproof tu, jenuhlah ko menyental sampai ada yang tertanggal bulu mata setiap kali cuci. Kalau hari-hari cuci.. nah!! botaklah bulu mata takda sume dah tercabut dengan sisa mascara cuci tadi.


Nampak tak kepanjangan dan kelentikkan bulu mata aku tu. Kagum tak?? kan..kan.. Padahal bukan aku pakai ulangkali pun, 1kali celup dan 3x calit kat setiap lapisan bulu mata kanan dan kiri. hasilnya.. Vass sangat..


Oklah citer banyak pun tak guna, korang suka? minat nak cuba? nak tanya sebarang pendapat dan pandangan boleh terus hubungi dan sila pakat ramai-ramai FOLLOW IG beliau  MOMOYCOUTURE  atau Whatsapp terus ke Mobile No Momoy 014-5445 951

kelebihan mascara ni yang aku nak ringkaskan bagi korang senang paham pasal DUOYA FIBRE BIG MASCARA WATERPROOF LONG LASTING EXTENSION MASCARA adalah ;

  • Waterproof
  • Fibre mascara
  • Senang untuk di cuci
  • Mata tak hitam dan tak comot(tak bertukar jadi panda)
  • Memanjang dan melentikkan bulu mata(takpayah guna eyelash curler)
  • Fibre tak jatuh dan kekal terletak(takda drama nangis mata masuk habuk)
  • Kandungan Vitamin B5 untuk melebatkan bulu mata 
  • Tak mudah cair atau pecah
  • FRIENDLY WUDHU (Basahkan guna air dan cuci mascara guna jari pun boley)
  • Tak berketul dan bergumpal

So aku bagi rate 10 BINTANG!!! sebab DUOYA FIBRE BIG MASCARA WATERPROOF LONG LASTING EXTENSION MASCARA Bagus!!!THooRBaeKKKK...!!



You May Also Like

4 Comments

Powered by Blogger.