15 February 2016

Review : Ola Bola Movie




Ola Bola yang diilhamkan dari peristiwa sebenar ini akan membawa penonton dari pelbagai bangsa untuk sama-sama merasai semangat bersatu hati dan muhibah. Kisah yang penuh ikhtibar ini akan membawa penonton melihat semangat, keunikan dan kekuatan yang terdapat dalam kepelbagaian bangsa di Malaysia
Filem ini mendapat sambutan yang menggalakkan dengan kutipan mencecah RM8 juta setakat 13 hari mula ditayangkan dan merupakan filem tempatan dengan kutipan tertinggi bagi tahun 2016.Pengkritik filem menyifatkannya sebagai filem Malaysia bertahap lima bintang yang menyentuh emosi
Korang dah tengok filem OlaBola? aku dah.. layan giler. moment dalam hall buat cerita tu lebih menarik. mana taknya semua kaum kot dalm tu. majoriti boleh dikatakan masyarakat cina dan india. Wah.. terasa patriotik sangat.Over kan?? Eh tapi betul lah, ko penah masuk panggung tengah menonton tu tiba-tiba ramai-ramai tepuk tangan? ada penah bila tengah tengok movie sekali beramai-ramai jerit goal..goal........ fuhhh meremang bulu roma kau. Terasa sampai betul message jalan cerita ni. Bagaimana semangat sukan yang yang diluahkan oleh setiap pelakon. Starting citer pun dah gelak sakan dengan aksi si pemain simpanan (Ah Chai) yang berfikiran positif dalam segala hal terutama sekali semangat kesukanan yang dia ada. Gigih training siang malam tanpa henti walau dipermaikan/ ketawakan rakan seperjuangan tapi dia tetap utuh dengan harapan satu hari dia akan dipilih untuk turun padang bermain bersama rakan-rakannya.(8 tahun jadi pemain simpanan kot) akhirnya berjaya dipilih turun padang. Pahtu ayah si muthu tak habis-habis dengan temper dia dan asek suka tarik telinga adik-beradik muthu secara bergilir (time ni ketawa sampai keluar air mata kau) nengok citer ni. Dalam filem ini terlalu banyak mesej termasuk persahabatan,,kerjasama,kehidupan dengan pelbagai kaum hubungan antara pasukan negara dan penyokong buatkan aku rasa inilah kualiti jalan cerita yang dinantkan selamani.

Shot movie yang sangat cantik. Nampak real macam kita memang ada pada zaman dan tahun tu. effect yang canggih dan terkesan pada sesiapa yang menonton. bayangkan macam mana dia boleh buat view, scene kat funfair, stadim yang super season tu dan juga pakaian semua orang dalam movie (appearance) paling penting gaya rambut zaman tu.. rare siyot... suka lak tengok. Banyak-banyak pelakon dalam ni aku suka tgk Ali. Ohmaigaddd kenapa mamat ni tiba-tiba nampak comeii.. hahahah Ah Chai memang tak leh blah kelakar tahap tahlah.. tengok muka dia pun dah nak gelak. Tauke tu handsome sangat tak kuasa mak nak taji peminat lain. Cukuplah Ali je. hihihi.. cop..copp.. Muthu pun boleh tahan. Tapi takleh blah ngan rambut afro ala elleycat tu hahahha.. (sorry..sorry) tapi lakonan awak mantap Muthu!!.Pelakon wanita dia semua cantik lagi flawless wooo.. walaupun si Beauty pun cantik + clmsy +funny.

Pada aku inilah salah satu movie yang boleh diiktiraf oleh semua masyarakat dan kaum dari semua fahaman, sebab filem ni banyak memberikan kita ingatan dan ikatan erata antara kaum tanpa menghiraukan budaya dan kepercayaan setiap mereka. Kasih sayang dalam kekeluargaan dan persahabatan serta sokongan tiada tolak banding bila mempertaruhkan maruah negara dalam perjuangan sukan. Walaupun mereka tidak dapat ke Olimpik game disebabkan oleh isu boicot tapi semangat yang ditunjukkan oleh semua pemain dan terutama sekali penyokong. Bagaimana seorang ayah sanggup datang dari jauh untuk mencari 3 anak kecil yang menjadi die hard fan abangnya.(Muthu) . Seorang adik yang dulu sentiasa menyalahkan abangnya kerana pilihan hidup yang harus dia lalui akhirnya membuka hatinya untuk memaafkan dan menerima ketentuan takdir dengan hati yang terbuka. Serta nilai persahabatan antara Eric dan Ali yang sebelum ini bergaduh disebabkan no jersey 10 yang dulunya milik Syamsul. Formatting seorang coach dan kapten dalam pasukan yang banyak mendorong team menjadi pasukan yang kuat dan mendapat sokongan semua penyokong dari semua lapisan. 

Pada aku kalau yang belum tengok wajib tengok. Boleh rasa tau feel dalam cerita tu. detik-detik penting scene memang seakan real yang penting kami dalam hall bersorak ibarat sedang berada dalam stadium yang berlansung perlawanan secara LIVE suntikan semangat tercapai walau hanya menonton dan tak lalui sendiri. Rahman (Bront) pengulas sukan yang kerap membuatkan kita tergelak tiba-tiba. Sebab olahan dan ulasan sukan yang disampaikan adalah telus dan secara lansung. kelakar some more sebab siap mengulas sambil beraksi. hahahah.. sume keluar, Bruce Lee lah ..keperitan dan kesakitan while his hit tangan sendiri. Camne aku nak cakap ek.. memang citer ni sampai ke hati tau. Dalamnya tersirat rapi ikatkan perasaan yang susah nak digambar.ada tangisan ada ketawa, gembira kecewa dan ada jugak geram nak marah tapi semua dicantas baik oleh dialog bersahaja si Ah Chai. Omaigadddd.. aku kena repeat tengok.


Dan apa yang menarik tentang filem ini, siapa sangka penonton yang datang beli tiket terdiri dari semua kaum, Yela filem melayu mana nak dapat sambutan sangat betul dak? Tajuk pun "OlaBola" . Tapi Walau dah 2 minggu tayangan boleh dikatakan panggung penuh. Kami berkongsi rasa dan semangat yang sama dalam satu Hall. Sebelah sit kitaorang terdiri dari satu keluarga dari kaum cina. Siap bawak anak kecik macam aku gak lah dia nonton. Bayangkan siap bawak anak kecik yang suka buat free show depan audience. Naseb baik anak aku still boleh dengar kata lagi. Tapi tu sume tak halang mood kitaorang nak tengok citer OlaBola. Apa yang turut menarik, legenda bola sepak negara, Datuk Soh Chin Aun atau dikenali sebagai Tauke turut dibawa ke set untuk babak di studio bersama produser TV. Giler tak giler penangan OlaBola ni sebab aku sememangnya bukan kaki bola dan lagilah tak tahu apa-apa pasal bola boleh terjebak sama tengok filem ni. dan dapatlah kenal langenda bola sepak tahun 1780. Eh..eh tauke dah tua masih cute. Paling sebak dan buat mata aku berkaca bila producer TV tu untuk pertama kali jumpa Tauke (original tauke)aku sebak kot.



Pada yang belum tengok korang wajib pegi tengok, kalau tak jugak sempat tengok korang kena tunggu Astro First kua nanti. yang pasti aku nak repeat tengok, banyak kali tengok pun tak puas. Mungkin citer ni buatkan aku rasa sesuatu. Rase apa? adalah.. Ada gak aku survey kat kawan-kawan yang dah tonton. Ada yang cakap out of expectation, maybe they though citer ni semata pasal bola sepak kot. Pada aku itu bukan lah isu besar pun. Sebab kalau yang betul-betul menghayati jalan cerita OlaBola ni mesti akan teruja dan enjoy dengan skrip yang ringan dan jalan cerita yang mudah difahami. Ia mampu menyatukan semua kaum dalam satu rumpun. Bagi aku itulah matlamat yang kita inginkan bila semua boleh berkumpul bersorak dan menyokong antara satu sama lain demi sebuah semangat dan maruah. 


tunjuk ticket bukti dah pegi nonton ya..


girlfriend/bff/sisterhood/scandal


Kekasih gelap hamba yang bambam

 kekasih kami dunia akhirat yang banyak songeh.


p/s :

Wikipedia

Ola Bola merupakan sebuah filem bertemakan sukan arahan Chiu Keng Guan dan dibintangi oleh JC Chee, Luqman Hafidz, Saran Kumar Manokaran, Marianne Tan, Katrina Ho, Bront Palarae, Taufiq Hanafi dan Frankie Lee. Filem ini mengisahkan mengenai kegemilangan pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia sewaktu berjaya memasuki Sukan Olimpik Moscow 1980. Filem ini dijangka bakal ditayangkan kepada umum pada 28 Januari 2016.

Sinopsis

Kisah Ola Bola bermula ketika seorang wartawan bernama Marianne yang ditugaskan untuk membuat kajian tentang pasukan bola sepak negara yang telah mencipta nama pada era 80-an dahulu yang mana ketika itu nama Malaysia dalam sukan bola sepak begitu digeruni oleh pasukan lawan khasnya di rantau Asia. Marianne mula merasa bosan dengan kerjayanya dan membuat keputusan untuk berhijrah ke England. Sebelum dia meninggalkan negara, dia membuat keputusan untuk menyiapkan tugasannya buat kali terakhir. Namun, dia menemui suatu perkara yang ternyata mengubah hidupnya.

Mengimbau kembali ketika awal era 80-an, pasukan bola sepak negara ketika itu berdepan dengan cabaran apabila pemain-pemainnya mempunyai perbezaan pendapat dan tidak sehaluan sehingga menyebabkan kekalahan dalam perlawanan penting. Keadaan semakin rumit apabila hampir setiap pemain mempunyai isu dan masalah masing-masing. Walau bagaimanapun, mereka hanya mempunyai satu peluang untuk beraksi di persada mata dunia. Jadi, barisan pemain harus mengetepikan hal peribadi demi mengharumkan nama negara. Ketika semangat kembali menyemarak dalam diri, pasukan negara sekali lagi diduga dengan satu cabaran yang mematahkan semangat mereka dan harapan negara.

2 comments:

alya chan said...

nanti kena tengok sebab ramai cakap best cite ni. good info :D

wong meimot said...

Alya Chan-mmg best giler percaya lah awak takkan menyesal .macam saya akan repeat hihi

Cuba Klik tengok apa jadi!