5 February 2016

Niko-Niko Mini - Charcoal kini milik Aku. hahahah..


Alhamdulillah, tak sangka dapat gak memiliki sebuah bucket bag yang hangat diperkatakan. Yela fast selling kot selepas di launch. Gigih aku tunggu depan laptop pepagi semata-mata nak booking order. Apakan daya sepanjang hari macam server down ataupun internet problem ataupun website diorang tengah trending. So orang ramai berpusu-pusu menerjah. Niko-Niko Mini #perfectbucketbag dilancarkan pada 14 Januari 2016 pada jam 11 pagi. Sometime • By Asian Designers is a bag specialist company yang berkolaborasi dengan Asian designers dan fashion icons yang dipilih untuk menghasilkan satu ciptaan bag yang exclusive dan menjadi trending pemakai masa kini. 

Nampak setengah jam awal aku dah bersila atas kerusi kerja aku semata nak click "Add To Cart". Tapi malangnya naseb tak menyebelahi aku. (merajuk sentap dan semestinya sedikit sumpah seranah) bengang kot... hari-hari ngko buat countdown kot semata nak tunggu hari jadi. End up apa pun tak boleh.


Tapi syukur alhamdulillah tuah harimau nampak dikaki tuah manusia siapa tahu. Bertuah badan, Satu pagi nan indah, dapat paperbag gedabak atas meja. Thank you dear!! memahami sangat. OOOOOhhhhmaiiiiGod!!! mimpi sampai kebulan sebab bag idaman berada dalam gengaman. 


Jangan tanya lah camne riaksi dan perasaan aku time tu. Nak je jerit. Tapi mikirkan dalam opis aku mampu jerit dalam hati. Argghhhh... seronoknya. Mals citer banyak nak blanja bag Niko-Niko Mini kepunyaan aku untuk tatapan korang sekalian.


Ok skang boleh tido dengan nyenyak. Lepas ni nak aim bag Christy Ng plak. Macam best je tengok material. Satu lagi design yang ringkas yang mana semua tahu PEREMPUAN memang suka campak segala khazanah didalam satu bag. Dalam bag ada bag gitu.


p/s : Pada aku bag mahal atau murah tak menjadi kepentingan, pada aku apa yang penting keselesaan dan kualiti sesebuah material. Kalau setakat bayar mahal tapi tak tahan lasak tak guna jugak. Biasanya aku memang tak spend sangat untuk handbag selain jam yang kini dah cecah koleksi ke 17 aku. Dan aku rasa Harga jam aku lebih jauh tingi dari bag-bag aku(sebab ia tahan lasak). Apa yang aku nak katakan kat sini, tabik spring to those talented designer yang mencipta bag yang berkualiti kelihatan exclusive tapi jauh lebih murah dan mampu milik oleh semua lapisan pengemar fashion. Tak kisahlah orang gaji besar atau gaji kecil. Harga bag korang memang super. The best thing tentang product diorang memang selling fast dan manjang stock habis. Dahtu bila dah terlepas satu session mula lah lebam nak tunggu next batch ada balik. Lepas ni buat lah stock bag banyak-banyak ok. Supaya kes tadi tak berulang lagi kat aku.

2 comments:

.::: Princess MOMOY :::. said...

momoy tahu feeling itu. Hahaha... so sweet la cik abg comel. tahu kehendak isteri dia.

wong meimot said...

Momoy- hihi momy pun paham fefeling tu khen.. hahah excited momoy oiii

Cuba Klik tengok apa jadi!