Satay Station yang mengecewakan. Sekali ni jela aku datang lenkali NEVER!!

by - January 25, 2016

 Konon adik aku nak belanja kitaorang makan dinner. Dia teringin nak makan Satay katanya. Kalau boleh syaratnya Satay tu nak besar gemok dan sedap. Dalam kepala aku takda pikir lain, haruslah Satay Station. Mengikut pengalaman sebelum ni, Satay Station memang besar isi setiap cucuk. Berbaloi lah kalau nak order stakat sepuluh cucuk tu dah boleh nisbahkan 10:20. Harga pun berbaloilah nak bayar dengan portion yang di served. Tapi..


RM13.00 isi boleh tangguk banyak kali nak jumpa. harapkan kuah je banjir (banyak).


Satay ayam 15 cucuk (RM.090) dan daging 10cucuk (RM1.10) tapi korang tengoklah isi setiap cuck, jauh betul beza dengan satay aku makan dulu. Kenapa lah kejam nau hidang makanan dengan harga tak patut. Beragak lah sikit. Harga macam tu dengan saiz satay camtu, buat lekat celah gigi pun belum tentu .. baru gigit dah ilang.

  Bab air minuman plak, banyak ais dari air. Sampai hati betul. Ni orang kata berniaga macam nak buat tambang flight pergi Haji.


Yang ni Mee Rebus, adik aku cakap mee rebus dia tak sedap lansung. Telan jela sebab lapar.


Nah harga dia amik kau. Nasi putih pun sampai RM2, air kosong lak RM0.50. Jus buah korang tengok RM5.90. Bukan nak berkira tapi kalau kedai dan presentation hidangan tu menarik dan ada hiasan takpa jugak. Ni setakat macam makan kat kedai makan masakan panas biasa. Apalah buat naya kat pelanggan macam ni. Tak baik tau tak? Memang kitaorang dah BOIKOT Satay Station Ampang Water Front ni. Giler!!!Belum lagi kira waiter dia.. muka ketat jer. Lain kali bang kalau  pelanggan datang masuk kedai senyum, layan berbaik sikit pelanggan tu kan rezeki dan gaji korang. (naseb abang yang kipas satay tu peramah dan mesra pelanggan).

p/s : Doa aku moga owner ni cepat kaya dan dapat pegi balik haji setiap tahun. Kot yer pun GST beragak lah dengan harga dan size hidangan. Kadang-kadang bila kita ada niat ikhlas berniaga sambil beramal dan sedekah insyaAllah pelanggan tak putus-putus doakan kita. Dan paling penting customer dari cerut mana pun akan datang kedai kita sebab kenangkan service, size hidangan dan harga yang logik untuk santapan.

You May Also Like

3 Comments

Powered by Blogger.