4 January 2016

Permainan Harga PALSU!

Ni pasal aku keluar hujung minggu lepas cari barang elektrik untuk hadiah wedding kawan aku dan husband. Gigih lah kitaorang marathon dari carrefour EonBig WangsaMaju ke Puchong. Sampai sana macam biasa terjah apa yang nak di pilih. Pastikan hadiah yang nak diberi tu berikan kesan pada penerima . Lagipun asben cakap pemberian ni bagi mengenangkan kebaikan diorang datang wedding kitaorang dulu. 


Beria lah en asben duk ngankut barang satu-satu dan bila tengok harga hurm.. takda beza pun.




Pening jugak bila buat pembandingan harga, sebab harga kalau di ikut takda offer lansung. Camne tu??


Yang tak bestnya permainan harga gila apakah? bila lama sangat kat ruangan elektrik tu, tergerak hati en asben belek tag harga di balik tag harga PROMOSI!. Banyak lah korang punya promosi. Harga tag harga (NP) Normal Price sama dengan harga offer??!! apakah??!! memain ke hape ni? agak-agak lah. So makna kata apa yang aku banyar adalah sama je dengan harga Asal! tang mana yang dikatakan OFFER TODAY ONLY!? kalau kat tag tu dari mula letakkan harga yang asal.. Jangan menipu customer boleh tak? tak baik tau. Dengan zaman gawat dan berGST bagai ni. Kasihan lah sikit kat kami-kami ni. So bawah ni bukti yang sempat aku snap lah masa proses pemilihan barang tu.





Aku rasa pekerja tu lupa nak keluarkan tag sebab memang jualan awal tahun ni diorang nak target sale lah tu. Tapi ini yang kami dapat tau. Terima kasih untuk kelalaian itu.. Macam ni pun ada ke??

0 comments:

Cuba Klik tengok apa jadi!