16 January 2016

Happy Newlyweds #jijulwawa2016


Dalam sejarah hari ni, bersiap untuk ke majlis kenduri dengan masa 1 jam. Ini gara-gara en asben yang tiba-tiba buat keputusan untuk ke majlis kenduri si Jijul ni. Azizul ni aku kenal dah lama, kalau ikutkan dia kawan en asben satu tempat keje, tapi dah selalu sangat lepak sesama, dan penah si Jijul ni berkawan dengan kawan pompuan aku dulu. Tapi tula jodoh tak menyebelahi mereka. Putus di tengah jalan. Lepas tu Jijul merana kejap dan berjumpa kembali kekasih baru, akhirkan mengikat ikatan pertunangan. Tapi itulah kita berusaha Allah yang tentukan segala, mengikut kehendakNya. Sekali lagi Jijul putus pertunangan. Lepas tu Jijul tukar tempat keje, lama lah juga tak jumpa dia since aku pregnantkan si Azriel. sampailah ni hari nikah sanding dia, barulah aku jumpa dia. Jijul ni kira orangnya baik, baik tak baik bayangkan dia hadiahkan aku mesin jahit masa wedding aku dulu. Mesin jahit mahal lagi. So kena lah aku datang dan tengok dia masa hari bahagia dia. Bertempat di FRIM Kepong Villa Aromantika Frim. Alhamdulillah cuaca cantik, nak-nak buat dalam hutan hijau, sejuk je. Lauk pun sedap memang puas hati.




Jijul punya taste memang gadis-gadis chubby comey gebu macam ni. memang menjadi aim dia lah. Si dak Wawa ni satu tempat keje ngan en asben, Ni 1st time aku jumpa dia. Akhirnya kawen gak dak jijul ni. Kira penutup lah dari kalangan kawan-kawan aku n en asben yang sama-sama lepak time bujang dulu.


Harus pose ngan kekasih gelap (abaikan keboolatan veliau yang semakin maju kedepan) 


Bersama isteri Banglong dan dakChik dan tuan besar dalam stroller yang malas nak layan kami bergambar.



Banglong dan wife dia yang super pemalu 


Tengoklah tuan besar tu.. Budak-budak sekarang gadget adalah keutamaan, mana nak heran bila orang suruh pandang camera.

#ootd #wedding2016






  • P/s ---> Selamat pengantin baru AzizulhelmyMohamad n wife. Dua2 comey.. pandai jijul cari partner kiutmiut je orgnya😍😋. Semoga korang kekal berbahagia sampai bila2, murah rezeki, dirahmati dan dpt jijul/wawa jr sooner!!😉😊...woohooo...


2 comments:

.::: Princess MOMOY :::. said...

cantiknya comel. MAINTAIN macam anak dara

wong meimot said...

Momoy- biasa2 je. ni dah siap make up patblas lapis mmg lah nampak lawa.. hahah btw thanks momoy (muah ciked)

Cuba Klik tengok apa jadi!