30 January 2016

Demam SHA&SHAH fanatik dengan si Syatila Melvin terus gayakan shawl cara veliau.

Gara-gara tergilakan drama SHA&SHAH maka terjebaklah mencuba fesyen tudung si Cantik Syatila Melvin tu. Alamak kenapa die sempoi sangat cantik paling penting suka tengok dia berlakon bersahaja dan ada gaya-gaya boyish at the same time dia bold dan manja. OMGGGG!!! Bila tengok si Kamal Adli tu dah jadi naik segan. Pepepun aku suka dengan gandingan mereka berdua yang bajet cute romantik.(aummmm) . Tapi bagus betul lah Syatila ni berlakon, sempoi dan tak kaku. Aku sukaaaaa... Kalau ikutkan aku tak penah kenal pun sapa pemilik nama Syatila ni. Tapi bila dapat tau dia bakal isteri saheizy. Seorang bersahaja dan bercharacter sempoi memang kena lah ngan dia. Dahlah putih cantik lak tu. Huhuhu.. skang aku dah bole istihar yang aku peminat dia skang hihihi. Dalam banyak-banyak scene dalam citer tu aku suka tengok masa part jadi best friend ngan masa iqamat baby tu. Nangis jap tau terharu.. Gara-gara terpukau dengan kecantikkan si Syatila ni gigihlah gayakan shawl macam dia pakai masa dalam rancangan MELETOP. 


Instagram media by syatillamelvin - macamana #shadanshah tadi?😍depa kata boleh putuih kaki la potong kaki la,betoi ka?😍🙈





Tapi kenapa hampeh je ngupa aku.. huhu.. pelik plak, Takpelah last tu je aku pakai lepas ni tak kot, macam xsuai. Betul lah orang cakap, kalau retis pakai tudung saji pun dah nampak fashionista stylista cun kebabomm kalau awak-awak golongan tepi pinggiran kakisan air tangguk ni.. hahah macam mokcik cleaner lah jawabnya hahahah... adoii.. . Apa yang penting skang ni, Syatila Melvin memang sempoi bakhang.


Taaaraaa... makcik cleaner Cradle uolls..



hahahah gelak golek-golek aku tengok muka aku ni.. tapi aku tahankan jugak gaya camni sampai abis waktu keje..Tapi kalau ikutkan gaya ni paling sempoi, sebab kemas terletak melekap elok kat muka, tapi itulah macam tak kena je ngan aku. 

0 comments:

Cuba Klik tengok apa jadi!