27 December 2015

Star Wars The Force Awaken 2nd Azriel's Movie


Tak teringat lansung nak snap gambar Azriel time ni sebab Azriel dalam stroller nyenyak tido so kami lak pikir, baik takyah kacau.. huhu.. walau ni 2nd movie Azriel masuk panggung. maafkan mommy Azriel,, mommy terlupakan kamu sebabkan keeksaitekan mommy yang melampau setelah 2 bulan tak keluar tengok dunia.. whahahahah...


Posing haruslah.. kata nak nengok wayang citer Star Wars kan..


Thanks to en suami sebab belanja kami tiket wayang dan popcorn saiz besar set.


Sedikit Sipnosis tentangnya.

Star Wars: The Force Awakens (bahasa Melayu harafiah Perang Bintang: Kebangkitan Kuasa) merupakan sebuah filem berbahasa Inggeris yang mula ditayangkan pada bulan Disember 2015.

Star Wars: The Force Awakens ini telah dihasilkan di bawah arahan pengarah J. J. Abrams.

Filem ini merupakan filem Star Wars utama yang ketujuh, yang dibintangi oleh Harrison Ford, Mark Hamill, Carrie Fisher, Adam Driver, Daisy Ridley, John Boyega, Oscar Isaac, Lupita Nyong'o, Andy Serkis, Domhnall Gleeson, Anthony Daniels, Peter Mayhew, dan Max von Sydow. Siri ketujuh ini dikeluarkan oleh Lucasfilm dan Bad Robot Productions. Filem ini diedarkan ke seluruh dunia oleh Walt Disney Studios Motion Pictures, The Force Awakens berlatarbelakangkan lebih kurang 30 tahun selepasReturn of the Jedi (1983). Kisahnya berkisar tentang perjuangan Rey, Finn, dan Poe Dameron bersama kumpulan Resistance, yang dipimpin oleh Rebel Alliance. Mereka menentang Kylo Ren dan First Order, yang merupakan pewaris Empayar Galaktik.



Ringkasan bagi yang tak pernah layan star wars (takut-takut mana tau korang taknak paham so aku copy kan dekat sini sedikit jalan cerita ni.



Lebih kurang 30 tahun selepas kemusnahan Death Star yang kedua, Luke Skywalker, yang merupakan Jedi terakhir, menghilangkan diri. Sebuah kuasa ketenteraan yang dikenali sebagai First Order bangkit daripada sisa kemusnahan Empayar Galaktik dan mahu menghapuskan Luke dan Republik. Kumpulan penentang, Resistance, iaitu sebuah lagi kuasa tentera yang disokong oleh Republik dan dipimpin oleh adik Luke, Leia Organa, mencari Luke untuk mendapatkan bantuan menentang First Order.

Juruterbang kumpulan penentang Poe Dameron bertemu dengan ketua kampung Lor San Tekka di planet Jakku untuk mendapatkan peta ke lokasi Luke. Tentera Stormtrooper di bawah pimpinan Kylo Ren memusnahkan kampung itu dan menangkap Poe. Droid BB-8 kepunyaan Poe melarikan diri dengan peta tersebut, dan terserempak dengan pengutip besi buruk bernama Rey di sebuah penempatan barang buruk. Ren menyeksa Poe dan mendapat tahu tentang BB-8. Tentera Stormtrooper bernombor FN-2187, tidak dapat melakukan pembunuhan mengikut perintah First Order. Dia membebaskan Poe dan mereka melarikan diri dalam sebuah jet pejuang TIE yang dicuri. Poe menamakan FN-2187 sebagai "Finn". Pesawat mereka jatuh di Jakku ketika bertempur dan Finn dapat menyelamatkan diri. Finn bertemu Rey dan BB-8, tetapi First Order menjejaki mereka dan melancarkan serangan udara. Mereka bertiga melarikan diri dari planet Jakku dengan menggunakan kapal angkasa yang dicuri, Millennium Falcon.

Finn dan Rey terkandas disebabkan Falcon rosak semasa pertempuran kejar mengejar dengan pesawat TIE. Mereka dijumpai oleh Han Solo dan Chewbacca, yang menuntut semula kapal lama mereka, dan membawa bersama Rey dan Finn di atas kapal kargo. Han menjelaskan bahawa Luke cuba untuk membina semula Orde Jedi, tetapi selepas melatih pelajar Jedi, salah seorang daripada mereka menjadi jahat dan memusnahkan semua yang Luke usahakan. Merasakan dirinya bertanggungjawab, Luke hidup dalam buangan. Kumpulan penjenayah menyerang mereka berlima tetapi mereka dapat melarikan diri dengan Falcon. Walau bagaimanapun, penjenayah memaklumkan First Order tentang Han. Krew Falcon tiba di planet Takodana dan menemui Maz Kanata, yang boleh membantu BB-8 sampai ke pihak penentang, tetapi Finn tidak mahu terlibat dan pergi dari situ. Perhatian Rey ditarik ke sebuah peti besi dan mendapati pedang LightSaber yang dipunyai oleh Luke dan keluarganya. Rey mendapat visi yang mengacau fikirannya, dan melarikan diri ke dalam hutan. Maz kemudian memberikan LightSaber kepada Finn untuk disimpan.

Di pangkalan Starkiller First Order, sebuah planet yang ditukar kepada senjata berkuasa yang mendapatkan tenaganya daripada matahari, dan mampu memusnahkan sistem bintang, Pemerintah Agung Snoke mengarahkan Jeneral Hux untuk menggunakan Starkiller untuk kali pertama. Mereka menggunakan senjata itu untuk memusnahkan pusat pemerintahan Republik dan tenteranya, serta mengisytiharkan pengakhiran Republik. Snoke juga memberitahu Ren bahawa untuk mengatasi seruan ke arah Kebaikan, Ren mesti membunuh ayahnya, Han Solo. First Order kemudian menyerang Takodana. Han, Chewbacca, dan Finn, yang menggunakan lightsaber dalam pertempurannya, diselamatkan oleh pejuang penentang dengan pesawat X-wing yang diketuai oleh Poe, tetapi Rey ditangkap dan dibawa ke Pangkalan Starkiller. Ren menyoal siasat Rey, tetapi Rey menentang kuasa bacaan minda Rey. Rey mendapati yang Ren juga menggunakan Force, dan dapat melepaskan diri dengan menggunakan helah minda Jedi.

Kebenarannya hanya aku dan adik pernah mengikuti cerita ni sejak dari episod memula dulu. Tak sangka sehingga kini mereka masih mengeluarkan episod Star wars ni. Memandangkan siri ke 7 dahpun keluar dan aku tidak lepaskan peluang untuk menonton, walaupun dalam keadaan lutut tak berapa sihat. btw dahnak start keje pun so apa salahnya membiasakan suasana luar sementara nak mula keje semula. Kami pegi nonton kat 1 Segamat je. Orang tak ramai dan sangat selesa. Yang penting ini 2nd time Azriel masuk cinema. 15 minit pertama dia tido, lepas tu dah terjaga kira dia layan lah movie sambil makan popcorn. Tapi setengah jam terakhir dia dah mula bosan kot. Bantai di panjat kerusi sambil jerit "abang!!,Abang!!" . Sudahnya dia jerit Daddy adik yak!! adoiyai.. budak ni cari pasal tau. mommy duk layan dorang duk perang tembak-tembak time tu jugak lah dia nak macam-macam. Sudahnya aku ajak adik teman bawa Azrel ke tandas untuk tukar pampers. Sudahnya kami tak duduk kat sit asal, tapi bantai belunjur atas lantar kat couple seat tu, sebab malas nak turun ..lutut aku lak dah sakit sebenarnya duduk terbengkok lama.

P/S ;  Siri kali ni macam star wars bakal muncul dengan siri seterusnya iaitu, kebangkitan cucu darth vader, pelapis luke pun dah diketahui. So pe kata kita tunggu bila Star wars seterusnya bakal muncul. Time tu tak tau lak aku sempat ke idak nak nengok. Aku bagi 5 ***** sebab kesan bunyi dan cgi dia yang super power dan nampak real. Macam kita kat dalam citer tula. 

2 comments:

Yun Sing said...

Macam best je :D

wong meimot said...

Yun Sing- memang best,,, jalan cerita yang berketurunan. Kalau yg follow memang akan kata best. try lah g tengok tgk apalak pandangan awak ttg citer ni nt.

Cuba Klik tengok apa jadi!