Rezeki hari pertama datang keje, layan Naan Cheese di Restoran Beriani Asif Jalan Imbi

by - December 29, 2015



limpahan cheese berganda lemak..


Ini yang di istilahkan dah mengantuk disorongkan bantal.. Eh betul ke pepatah aku ni..? hentam jela janji korang paham-paham jela. Memang rezeki tu tak kira hari masa dan keadaan. Kalau dah tuhan kata hari tu hari baik bulan baik, tak perlu ragu-ragu lagi bersyukur lah kita. Nak-nak bertambah bersyukur bila ada kawan-kawan yang sempoi. Perut tong dan paling penting makan tak kira waktu. Lepas makan baru nak diet or lepas makan baru bincang malam kang nak joging brapa kilometer untuk hilangkan lelemak yang terrrmakan tadi. Datang pagi Boss Azizul dah payung teh panas kaw kat B1, lunch lak Boss Hafizi lak payung makan kat Restoran Assif Bukit Bintang one of the Pakistan restaurant yang terkenal dengan masakan yang berempah dan pedas. Bagi pengemar kambing, gulai atau masakan jenis grill juga ada terdapat disini. Untuk jenis hidangan western pun ada, cuma telah diolah dan direka bagi mengekalkan tradiri rasa masalah pada setiap hidangan. Senang citer gendang gendut tali kecapi, kenyang perut manyak suka hati. paling famous dia punya cheese naan. macam-macam naan ada juga (baca sambil geleng kepala). Portion nampak je kecik, lepas makan sendat/mengantuk dan malas macam ular sawa lepas telan lembu sekor. kenyang weii. naseb aku bukan pengemar daging tegar dan tak juga suka kambing. apa yang aku layan chicken masala saja. Tetap gak kenyang. Alhamdulillah..

 
Senyum lebar tukar belanja.. thank you Boss nanti sila belanja lagi yer.. kenyang sampai ke malam ni.


 Beria En Wan explain antara menu wajib try kat En Fazil


Yang ni aku punya Cheese naan 


Leman punya Garlic cheese naan


garlic double cheese naan


Chicken masala


Beriani dan acar buah, 



Lamb Shank briani dan beef keema

Malas citer banyak orang dah belanja rezeki jangan ditolak , makan kenyang kenyang dan lepas tu ucaplah alhamdulillah.. terima kasih Bossssssss.... 


Info tentang menu dan harga boleh ke http://www.berianiasif.com/our-menu.php

Website Rasmi : http://www.berianiasif.com/


 
Restoran Beriani Asif

Jalan Padang Walter Grenier, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan 55100, Malaysia
Tel:03-2110-3220
Cell:012-249-8764
Email:restoranberiani_asif@yahoo.com





You May Also Like

2 Comments

Powered by Blogger.