2 December 2015

Review : Maybelline Candy Wow -Peach


Ok just gonna be a quick review one and its about Maybelline Baby Lips - Candy Wow 



Maybelline Candy Wow -Peach


sapuan pertama pada kulit belakang lengan.


Sapuan pada permukaan bibir untuk 3 kali calitan.


FORMULA BAU
Formula yang dihasilkan dengan warna lembut dan ringan. Salah satu fungsi pelembab bibir terbaik bagi mereka yang mengalami masalah kulit kering. Penyapuan lancar dan rata pada permukaan bibir menjadikan ia kemasan yang berkilat / basah pada bibir. Sturktur kalir air dan warna agak samar-samar melainkan dengan sapuan kerap, setiapkali apply.

PIGMENTASI
Boleh dikatakan ia menghasilkan sapuan yang litup penuh menjadikan bibir kelihatan seksi dan munggil. Cuma untuk menampakkan warna setiap candy lips wow, korang kena lah buat sapuan yang kerap. Barulah warna ia akan kelihatan.

Keseluruhannya ia adalah bahan terbaik untuk melembabkan bibir disamping membekalkan vitamin pada bibir. Tapi untuk warna ia agak tidak keterlaluan, semestinya menjadi kegemaran remaja masa kini. terutamanya yang dibangku sekolah. Untuk harga seunit RM19.90 boleh didapati di semua store Watson/Guardian berdekatan korang.



0 comments:

Cuba Klik tengok apa jadi!