7 December 2015

Review : Cyber Color Eyebrow Pen


Dulu masa mula-mula belajar make up tak penah kesah pun pasal kening. Padahal masa tu dah trending MUA bentuk kening tinggi rendah atau tebal. Lama kelamaan terdetik nak belajar bentuk kening sendiri. Tapi sebelum tu aku tak malu nak bagitahu, brow pencil pertama aku guna adalah dari DAISO. Hahaha nampak.. try error dulu. Kalau tak pandai dan tak jadi memang dah awal-awal niat nak stop. Tapi makin di train tangan ni. makin menjadi plak. Apa lagi mula lah cari yang yang elok sikit. brand kedua aku guna dulu eyebrow pencil dari ETUDE HOUSE. Dan akhirnya semakin pandai dalam melukis kening. Mula lah plak guna yang pallete. Boleh dikatakan bagi aku satu kepuasan bila dapat make up muka sendiri. Make up dengan aku memang tak dapat dipisahkan. Aku bukanlah seorang yang suka make up tebal. Tapi cukuplah sekadar asasnya. dan muka tak nampak pucat. Dan pensil kening adalah alat make up terpenting, bagi memastikan kening kelihatan rapi dan terbentuk cantik.

Untuk entry kali ni aku nak review Cyber Color Eyebrow Pen. Beli kat SASA Jusco area rumah. Harga RM29.

 
bentuk asas dimana ada mata pencil dan juga dibekalkan berus pada hujung nya. Seperti asas tata rias kening, calitan dan menyapu rata menggunakan berus bagi menampakkan ia natural.


Yang bagusnya mata pensel yang matte memudahkan sapuan. Lembut pada permukaan kulit tahan lama dan tidak comot.


Result sapuan pada kening. Tidak terlalu terang dan gelap. Nampak natural je kan. 


0 comments:

Cuba Klik tengok apa jadi!