16 December 2015

Puaka si Celupar



Assalamualaikum lama betol aku cuti sakit. Yela bulan lepas kan aku jalani pembedahan lutut aku klik bagi nak tahu lanjut . Bukan senang dan ia memerlukan kesabaran tahap tertinggi bila aku harus lalui tempoh-tempoh kesakitan paling tenat. Sehingga kadang-kadang menadikan aku seorang yang pemarah dan kadang-kadang aku aan menangis sendiri kerana tiada kemampuan untuk menjalankan sesuatu keje rutin dengan sendiri. Yer aku tak minta dan ini memang dugaan dan ujian yang Allah bagi pada aku supaya lebih beringat dalam melakukan apa-apa keje. lagipun sakit tu kan mencuci dosa. Tapi korang tahu tak ada juga segelintir umat manusia yang masih tak paham dan buat-buat tak paham dalam erti kata lain sengaja mengadakan cerita ibarat kesakitan yang aku alami ini adalah dibuat semata-mata. Celaka lah mulut hawau yang ngata aku tu. Ngko tak rasa dan ngko takkan penah tahu apa sakit yang aku kena hadap.



Yer siap ada yang boleh compare lak sakit nak beranak lagi sakit. Aku ni sakit lutut je bukan sakit nak mati.. Memang celaka lah juga mulut si anu pembawa mulut. Macam sial mulut ngko kan??hahahah nampak tak kang aku dah carut.. ingat aku nak cover ke..Hello kalau sakit lutut aku ni takat toreh kulit jahit simpulan sembat belut leher baju kurung aku tahan datang gak keje. Masalahnya ini adalah major surgery dan lagi plak lutut aku memang kena tebuh. Tahu tak tempoh penyembuhan bagi lapisan kulit dan tulang adalah berbeza? Hah itulah tak tahu bertanya jangan jadi bodoh sombong dan plak membawak kepada wabak mulut puaka yang mencanang cerita tanpa fakta. Ini info yang aku dapat dari seorang doktor dan juga ahli physio sendiri. Luka jahitan pada kulit amik masa paling lama pun 2 minggu itu pun lebih-lebih sikit kalau-kalau luka masih berair atau ada infection yer. Untuk tulang macam kes aku atau sebarang tulang yang patah tebuk dan seangkatan dengannya adalah 6 minggu. Woi 6 minggu baru elok. itu kalau betul-betul elok dan betul cara jagaannya. Dan bukan sewenangnya untuk beraksi apatah lagi nak bergerak sesuka kaki je. Mau sakit pada bahagian dalaman masih terasa.

Seksa sakit lagi terasa bila nak ke tandas atau nak bergerak pun kena minta bantuan orang. Belum lagi orang tengok tapak tangan yang setiap kali bergerak kena guna tongkat. Cagu woi tapak tangan. keras macam kulit mati, dek kerna pegang tongkat. Puaka betul mulut si celaka kan?? siap boleh imagine lak camne aku nak beromen ngan laki aku dalam keadaan camne. ketahikan apakah yang korang cuba gambarkan ni?? tak malu ke?? apa jadah sampai kesitu topik aku di utarakan.. ish.. banyak betul masa terluang korang ek?? Apakah ngko rasa kebahagiaan yang ko hado skang akan kekal tanpa sebarang ujian. Woi masing-masing lain rintangan ujiannya. Jangan dicanangkan kehidupan orang tak baik tuh. Dosa tau.. Mak tak redho nokss..!! Aku bersyukur sebab suami aku sangat memahami dan sangat caring during my recovery period. Korang takda hak nak jadikan isu aku sakit sebagai topik bualan sampah korang. Please get a life ok. jangan suka sangat duk judge orang. 

Ingat aku nak sangat ke duduk umah dengan segala benda perlukan bantuan. Kalah anak raja kot. sampai stress dibuatnya. Makan tak boleh sebarangan macam korang. Untunglah korang tak merasa sakit aku ni. Dan bagi yang tanya aku awat lama sangat nak sembuh? Woi aku ni bukan atlit yang mana disediakan instructor yang akan monitor aktivity physio hari-hari macam atlit negara. Dahtu facilities  yang ada kat umah aku pun bukannya seperti sebuah gym. So paham-paham lah. Aku bukan disediakan seorang pakar diet pakar segala jenis pakar macam seorang atlit negara untuk sembuh cepat macam Aidil Zakuan. So paham-paham.. pantang cara mak-mak kat kampung makan itu ini tak boleh takut menanah lah berair lah xkering lah xleh bengkok lah.. semua guna youtube dan juga nasihat physio seminggu sekali aku attend. So paham-paham kan sikit dan tolong absorb sikit ilmu yang aku nak sampaikan tentang ACL ni. Belum aku cerita meniscus aku yang ada sedikit luka tapi naseb doktor dan examine dan tengok masih sempat diselamatkan. Apalah bongok dan cetek sangat ilmu korang. tempoh penyembuhan yang betul2 tanpa tongkat adalah 3 ke 4 bulan bergantung pada ketahanan lutut setiap individu. nak-nak aku situa yang dah berumur pahtu pompuan lak tu. Kalau atlit negara pun 6 bulan masuk padang dan korang jangan tak tahu sekali mula masuk padang selepas 6 bulan ada kebarangkalian akan mengalami kecederaan yang sama jika pergerakkan agresif terjadi balik. So paham-paham lah aku ni tergolong dalam golongan mahaen yang tak disediakan semua kemudahan itu.Paham!!??

Dan ini jawapan dari Kevin Zahri sendiri tentang ACL dan tempoh penyembuhan serta cara menangani dan penjagaan yang melibatkan ACL injury/surgery.

Firstly, apabila mengalami ligamen terputus, pastikan anda berhenti daripada aktivity yg membebankan lutut kanan anda. Once anda dapat “green light” daripada doktor untuk menguatkan balik lutut kanan anda, physiotherapy (ataupun fizikal terapi) its the best solution.
Physiotherapy melibatkan aktiviti/semanan fizikal to relieve pain, regain range of movement, memulihkan kekuatan otot and kembalikan anda to normal activities of daily living.
For me, I would do the following (for your knee recovery)
– mulakan dengan gerakan lutut/kaki anda throughout the entire motion. Pastikan there is no severe pain and gabungkan dengan slight stretching
– selepas itu, gunakan latihan tanpa beban seperi squats, lunges untuk terus menguatkan lutut. Slow jogging ataupun fast walking pun bole.
– over the weeks, kekuatan lutut anda patut kembali. di sini anda bole slowly meningkatkan weights untuk terus kuatkan lutut anda lagi.
Notes:
– proses kembalikan kekuatan lutut (akibat ligamen koyak) mengambil masa yang lama…mungkin 4-6 bulan atau lebih. Make sure anda mula dengan perlahan dan peka terhadap reaksi lutut anda.
– selalu membuat check-up with your doktor to monitor your progress.
– pemakanan yang lengkap amat penting untuk membantu pembinaan semula otot & ligamen. So eat balanced dan kerap (5-6 kali sehari)
– supplement jointment seperti glucosamine monochondroitin sesuai untuk membantu proses pemulihan.
– be patient. ligamen tears take time to heal.

So selepas membaca ni harap paham tau jangan men bedal je cara penceritaan tu kat orang. salah info tu. Silap diviralkan dan orang ramai duk burukkan mangsa yang ko canangkan.. bayangkan berapa banyak pahala si mangsa dapat. Ngko dapat apa?? alamak lagi mau pikir ke?? dapat apa yang setimpal dengan perbuatan ngko lah. Di dunia mungkin selamat tapi di akhirat belum tahu. Cuba lepas ni belajar cara hidup tanpa bercerita tentang benda takda fekdah sebab end up takda keberkatan pun dari apa yang ngko dah kerjakan. Aku?? maafkan halalkan semua apa yang korang perkatakan. Taknak aku bermusuh dan kumpul musuh. Dahla aku sendiri insan yang banyak dosa. tambah lak dosa bencikan korang..ishhh.. taknak aku.. tak hingin aku jumpa korang kat akhirat kira.. aku anggap kita ni kosong-kosong ek.. (eh macam hari raya lak)

P/s: #kecekalan hati aku untuk tahan sakit lutut bila tekan pedal minyak dan break keta masa sesi latihan memandu tempoh hari. Yela nak cepat baik sebab bendalir otak aku kian membeku sebab terkurung dalam rumah yang takda cahaya matahari.

Cuba Klik tengok apa jadi!