Lekakan dia dengan mainan lego block.

by - December 07, 2015

Paham-paham jelah Azriel ni, dari mula-mula detik pembesaran, kitaorang dah biasakan dia dengan Ipad. Yer aku tahu ramai yang bising sebab terlalu dedahkan dia dengan gadget seawal usianya kini. Tapi apakan daya itu je yang mampu lekakan dia. Kalau takda Ipad mahu huruhara bila kami melepak atau makan kedai. Azriel dengan Ipad memang tak dapat dipisahkan, asal bukak mata mesti word yang mula keluar dari mulut "mommy ppepet" yup doggy skit bunyinya tapi setakat ni itu je yang paling clear dia boleh sebut IPAD=PPEPET. Belasah jela janji mommy paham..


Sebab aku aku dapat MC pun lama, so dapat lah tengok dia membesar depan mata. Seronok kadang kelakar. Ada je ayat yang die sebut, akan buatkan kami ketawa tak berhenti. Yang aku nampak pada Azriel ni, dia bukan seorang yang mudah putus asa. Kalau tak dapat buat sesuatu atau tak berjaya selesaikan sesuatu, sedaya upaya dia akan buat sampai menjadi. Which is its a good thing bout him. Don't give up in what he did. Bravo!!! 


Lately aku banyak perkenalkan dia dengan physical toys, yang mana kanak-kanak boleh merasa,melihat dan membina dengan sendiri. Maksudnya. Bukan game yang ada dalam gadget lah. Macam gambar tula . Aku bagi dia lega dan dia bina sendiri tower, mengikut kreativiti yang dia fikirkan. Seronok tengok dia bila berjaya buat sesuatu menjerit "mommy dadaaaa... (tadaa.. suppose to) yes!!pice!!=suprise!! adoiyai.. bahasa dia.. congak habis..


Usaha tangga kejayaan. Tau tak tower tu dah tak boleh tegak, gigih gak nak cantum bikin tinggi.


Jaga-jaga takut tower runtuh.


Sementara tu, pelbagai bentuk tower yang dia bina. Yang penting tak penah putus asa. Kreatif lah jugak bagi kanak-kanak seusia dia. Kira bolehlah lekakan dia dengan lego block ni dalam sejam dua. Lepas tu aku akan tukar dengan flash card and back to Ipad again. Sebab Azriel tengah kemaruk dengan CarPolly Series. Budak-budak sekarang.. Kita dulu gaban dengan hero lalat je tau. 



bentuk ketiga


bentuk keempat


last design yang dia berjaya buat. bendera tak penah tinggal.


You May Also Like

0 Comments

Powered by Blogger.