9 December 2015

Layan Azriel main Play Doh

Ok kali ni permainan berubah lagi, dari main pasir, then lego block dan sekarang tanah liat atau bahasa moden Play Doh (dough). Zaman kita kanak-kanak dulu, main tanah liat yang kerbau berkubang je. Kanak-kanak zaman sekarang moden sungguh. Siap tanah liat tu bewarna warni lagi. Tak busuk dan hanyir macam tanah liat dulu. siap bau sweet je. Kalau tanah liat sana, mula lah jumpa cacing lah atau sebarang hidupan yang tak sanggup nak bayang (grrr..geli). So nak bagi Azriel merasa juga macam mana rasa bila pegang play doh ni. Nampaknya dia seronok. Aku beli kat DIY je. Jadilah untuk buat mainan si kecik. Sebab bila korang tengok pada penghujung gambar ni, keadaan playdoh yang bermacam warna akan bertukar jadi warna pelangi.



Aku beli yang set play doh untuk buat aiskrem ada 6 color set doh, 2 mould, 5con, 1 scoop, 2 icecream stick dan 1 spatula RM29.90


Bermulalah aktiviti cedok-cedok aiskrim..


Tak payah ajar, barangkali dia dah biasa tengok dalam youtube la tu. Tau je setiap mould tu untuk apa.


Hasil pertama dari Azriel tapi mommy tolong press sebab budak-budak takda kudrat orang dewasa nak buat bentuk.


Korang nampak tak sedompok doh yang Azriel buat kat atas rak con tu.. hahah.. Kalau aiskrem betul dah meleleh dahtu..


Show me your ice cream.. sambil dia cakap "mommy daadaaaa" (mommy taadaaaa)..


Dah mula buat onar selepas sejam lebih main play doh.. dan akhirnya



Play doh tadi dah jadi 1 adunan dan lagi warna warni.. Selamat beli kat DIY je. Kalau beli kat ToysUs mau mommy asingkan balik campuran doh tu. (hahaahha gurau..tak kuasa mak).



Video Azriel bersama aiskremnya... Layan..

6 comments:

Putri Amell said...
This comment has been removed by the author.
Putri Amell said...

betul kata awk,,zaman dlu maen tanah liat je..tu pn kne prgi tepi paya korek2 tnah..hihihihi..ank zman skrg brntung semuanya dh mden.

Putri Amell said...

betul kata awk,,zaman dlu maen tanah liat je..tu pn kne prgi tepi paya korek2 tnah..hihihihi..ank zman skrg brntung semuanya dh mden.

Pretty vrach said...

hihi..hari tu ade beli gak untuk wardina..lepas tu die potong2..die tabur satu rumah .wakakkaka

wong meimot said...

sakan putri amell koman sampai 3x hihi. btw tq singgah

wong meimot said...

pretty vranch - hahahah itu memang kegemaran dorang ML. kita mak2 ni tahan jela tlg cucikan. tapi puas hati sebab diorang enjoy kan?

Cuba Klik tengok apa jadi!