29 November 2015

Tak sangka itu adalah rancangan terakhir arwah. Semoga ditempatkan dikalangan orang beriman Pak Yus.

Alfatihah . Tak sangka Juara Parody tu adalah rancangan/hiburan terakhir arwah buat peminat. Tak akan ada lagi kedengaran lawak "Boleh Tuju Lagu arwah"





Pelawak Yus Jambu atau nama sebenarnya Yussry Bin Edoo, 39, telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi kira-kira jam 12.15 tengah malam di Hospital Selayang akibat serangan jantung.

Perkara tersebut disahkan sendiri oleh rakan karibnya juga salah seorang ahli kumpulan Jambu, Tauke menerusi laman Instagram miliknya.

“Salam semua kawan2 dan sahabat2 jambu saudaraku yussry bin edoo @pakyuih @yus_jambu76 telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi di hospital selayang akibat sesak nafas minta kawan2 sedekahkan AL-fatihah kepada arwah,” dipetik menerusi kapsyen foto yang dimuat naik Tauke.

Yus atau panggilan mesranya, Pak Yus dilaporkan meninggal dunia di dalam kereta ketika perjalanan pulang ke rumah selepas selesai menjayakan program ‘Raja Band’ di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Anak seni kelahiran Kangar, Perlis ini memulakan kerjaya seni dengan menyertai Sinaran Pasport Kegemilangan pada tahun 2001 sebelum mula menempah nama dalam bidang komedi tanah air apabila diumumkan juara program Raja Lawak musim pertama pada tahun 2007.

Sumber : Astro gempak

p/s : Damailah di sana..Semoga Allah menempatkan rohnya bersama sama org yg beriman..Amin Al fatihah

0 comments:

Cuba Klik tengok apa jadi!