18 November 2015

My Tesco Online Review

Tak pernah terpikir perkara macam ni jadi kepada aku. Tapi tulah nak bersedia dah terlambat. Takpa dah nak jadi kan redha jela. Seperti post2 aku yang sebelum ni. Banyak perkara yang menjadi tugasan dan rutin aku diambil alih sepenuhnya oleh en suami. Well said bertahan lah wahai en suami. Kesian juga tapi apakan daya aku tak mampu nak buat semua tu untuk masa sekarang. Nak bergerak pun masih mengaharapkan bantuan.. (jaga-jaga cik salmah).


Kisah kali ni, adalah pasal pampers anak dan juga juga barangan dapur.Ok kebiasaanya en suami bertanggungjawab tentang barangan lauk basah dan seangkatan dengannya. Aku plak bila ke groceries sah-sah lah beauty cubicle yang akan aku terjah. So makna kata hanya aku yang akan perasan gel mandian, sabun basuh ubat gigi dan barangan azriel yang dah habis. Masa sehat dulu. Kat opis je aku beli barangan tu. Tapi dah jadi camni nak tak nak en suami kena buat. Tapi masalahnya dia tak familiar barangan apa yang perlu atau tak. biasanya kalau kami ke Tesco bersama-sama akan pilih barang apa yang perlu dan en suami akan tanya pendapat aku sebelum nak beli apa-apa. Kiranya sama-sama tanya lah ok ke tak, nak ke tak, penting ke tak sebelum membeli gitu. Tapi dah jadi camni kena lah en suami buat sendiri which is bab botol susu, punting susu, sabun botol dan sebahagiannya barang dapur tak dapat dibeli sebab isau silap beli kang bukan boleh senang-senang return nak-nak barang cairan ni.

Jadi aku telah menggunakan perkhidmatan yang selama ni aku ada installed Apps nya dalam phone tapi tak penah nak guna. Hahahaah..Yela manjang ko duk beli belah kat tempat keje je kan. sekarang haruslah guna nak nak tengok juga bagus ke tak function Apps ni. Apps yang aku maksudkan ni adalah MY Tesco Online.




Lepas install akan keluar camni lah so, kalau belum register bolehlah register mengikut email yang korang slalu guna.



Kalau ada offer dia akan keluar pop up product offer dan mostly harga offer memang jauh beza. So nak beli apa je pilih je nak ke section mana. Pahtu korang tick je mana yang berkenan di hati. Dan ia banyak membantu aku yang tak bole darive untuk keluar belanja barangan rumah.


Lepas dah pilih barang by section yang aku nak tu, harus lah check out kan, tapi kena book date dan masa sebab bukan diorang boleh hantar hari yang sama, sebab kebanyakkan date yang available dah siap di booking oleh orang lain, Untuk barang aku the next 2 day after ordered made lori Tesco datang umah siap depan pintu umah.


Resit dan senarai barang yang aku beli. Owh ya.. barang mana yang aku tick masa nak order tu, kalau takda diorang akan replaced dengan barang lain. Pahtu cost bayaran pun akan berkurangan mengikut produk yang ditambah atau dikurangkan.

Nampak tak kaki bertongkat je aku handle order. Sepatutnya perkhidmatan MY Tesco Online ni, staff dia tak dibenarkan berurusan sampai ke dalam rumah. Memandangkan keadaan aku yang tak mngizinkan diorang masuk. Tu pun atas kebenaran aku lah. Lagipun adik ada temankan aku. Kalau aku sorang memang tak lah.



Senang citer perkhidmatan ni banyak membantu aku dalam kendalikan barangan yang aku nak beli tapi tak boleh keluar. Eh apa dah belit-belit aku cakap. Senang citer perkhidmatan ni sangat berguna pada mereka yang tak ada masa untuk keluar beli barang dapaur atau malas untuk beratur bayar dikaunter dan juga malas untuk drive ke destinasi. Apa susah benda dihujung jari sekarang.


p/s : embayaran haruslah menggunakan debit kad, credit card atau seangkatan dengannya. Kalau cash diorang tak ambil yer.







3 comments:

Putri Amell said...

best aps ni bole di cuba.

ComelComot said...

boleh sangat dan ia banyak membantu

Putri Amell said...

senang lah xyah nk kuar..dah la jln jam..kte online je trs smpai dpn pintu rmh kan.,

Cuba Klik tengok apa jadi!