TravelLog Sarawak Day2.

by - October 09, 2015

Letihnya, memang malas nak update tapi nak jugak update walau takda orang nak baca pun celoteh aku ni. Semua tentang kisah percutian aku ke Sarawak hari tu.
Masa time nak fly tu tertiba schedule flight delay la plak. Setengah jam kot. Sudahnya memang kepetang senja la aku sampai Kuching. Sampai dalam jam 4petang, dan aku baru tahu yang sana waktu siang dia pendek. Mana tak pendeknya pukul 6 petang dah macam 7 malam. Dan aku juga baru dapat tahu jam 9malam ibarat detik 12 malam. Kira semua aktiviti takda la. Bukan macam KL ni tak tau bila sing dan malamnya.


Pais ikan bulu dibalut dengan pucuk mengkudu dan pucuk singken



Udang galah masak sambal


Udang galah lagi....


Udang galah masak ketuk serai


Paling sedap untuk pertama kali cuba Laksa Sarawak. Sedappp woiii..

Sesampai sahaja ke rumah kak Ruby kami dihidangkan dengan juadah bagi aku pertama kali cuba makan iaitu Laksa Sarawak. Jujur cakap memang sedap wooo.. baru aku tahu. Tekstur kuahnya berempah berbeza dengan kuah laksam atau laksa Penang. Yang pasti kalau ditambah sedikit cili potong memang ummphhh… Pahtu Kak Ruby kenduri Udang galah malam tu. Memang makan sampai lebam lah. Puas hati. Udang galah masak sambal, udang galah masak ketuk serai dan dan ikan bulu  bakar balut daun mengkudu pucuk singken.(pelik kan?? Aku tak makan sebab aku memang tak makan ikan pelik selain kembong).


Cili Hantu in da houz

Keesokannya, Kami dihidangkan dengan nasi goreng belacan sama udang kering+ikan bilis gemuk. Ohh please kenapa sedap sangat air tangan kak Ruby ni. Apa yang dia masak aku makan dengan berselera bertambah lagi. KG aku jangan ditanya. Tawakal moga-moga lepas waktu tu tak mencanak. Sayuran pelik yang aku kenal untuk pertama kali dipanggil sayur pucuk midin dan juga buah pengalaban. Buah pengalaban ni biasanya diorang peram buah jeruk, makan bersama nasi. Cara menhidangkan dia masukkan ikan bilis perah asam limau sama cili potong. Tapi tekak aku takleh trima kot huhu. Paling menarik Cili Hantu.


Aktiviti pertama kami pada hari ke dua di kuching adalah, menaiki bot untuk menyeberangi sungai kuching untuk merentas ke kampong sebelah. Dimana tempat ni popular dengan panggilan WaterFront. Tambang RM0.50 sekepala. Pengalaman yang tak boleh lupa. Excited dan seronok sebab gigih ngko pikul stroller anak ngko masuk dalam bot kan. Mampu?? Sampai orang tu cakap “kitak kuat” tak silap akulah.. bila tanya kak ruby tu lah maksudnya. Azriel takyah cakap lah excited die tengok air sungai seinci je dengan bot. macam nak masuk air pun ada dalam bot tu. Hahah tapi sebab seronok rasa takut tu hilang. Azriel tak habis habis cakap kat aku “mommy …fish..fish..” memang pantang Nampak air semua dia panggil fish. Sampai buaya pun dia panggil fish sebab buaya tu lepak dalam air. Hurm.. sabor jela.



Gambar bukti aku naik bot bawak stroller..







(Abaikanlah muka aku yang tak semnggah tu. Dah kepanasan serta keletihan camtulah..selekeh)

Sampai di Waterfront kami singgah makan dan survey kedai kek lapis Sarawak antaranya Mira cake House, Asma Cake House dan adalah lah lagi tak ingat. Sebab aku pergi port yang telah member suggested je. So singgahlah makan kat food court area tepi sungai Waterfront tu. Apa yang aku makan kali ni adalah menarik dan belum penah jumpa. Rasa dia semestinya lain dari masakan kebiasaan kat Semenanjung. Korang tengok saja gambar pun dah tau memang lain dari Semenanjung punya taste.


Mee Kolok (Approved) Sedap.. Macam wantan mee je pun tapi ada sup.


Bihun belacan (rasa macam makan bihun berkuah jeruk pala Pak Ali) sedap  gak..


Nasi Goreng dabai ( yang ni aku tak suka sebab rasa dia macam makan nasi berkuahkan minyak Gamat) hihi..


Mee Tsunami

Lepas tu kitaorang gerak pergi ke Museum Kucing, dimana venue museum bercantum dalam satu bangunan Dewan Bandaraya Kuching. So untuk sesiapa yang ingin ke sana korang Waze je Dewan Bandaraya Kuching. Comfirmed korang akan di bawa ke museum kucing ni. So macam biasalah nama pun muzium kucing, sah-sah semuanya tentang kucing, asal usul spesis dan habitatnya. Yang tak tahan tu Azriel boleh takut dengan patung-patung kucing yang gabak kat sane. Asek akut-akut katanya. Padahal kalau kucing real, lunyai dibelasah kucing tu. Hurm.. apa daa.. Lagi kat muzium ni, kucing pun ada kubur tau. Mampu??!!kelas kau. Kucing tu ada sejarahnya sebab tulah sampai diorang semadikan dia sebagai tanda peringatan dalam muzium tu.













Bila dia tarik tutup stroller camni tandanya dia takut lah tu. Hurm.. no comment lah diq..



Mampu kucing ada kubur kot..



Suka na buat muka.. stress mommy ngan kamu ni.



Tak paham aku sebab Azriel tak penah statik. Taknak duk diam asal nampak giant cat je die tutup mata dan cakap mommy akut....




Gambar kenangan bersama anak kak Ruby

Oklah cukup lah dulu liputan hari pertama dari Samarahan ke Kuching ke WaterFront ke Musium Kucing dank e Samarahan balik. Nanti next update untuk hari ke dua aku post plak nanti yer.

You May Also Like

0 Comments

Powered by Blogger.