16 October 2015

Sarawak Travellog Day3


Muka mengantuk anak bujang sebab mommy dah kejut awal pagi untuk ronda pasar Serikin.

Ok untuk hari ke tiga kami, gigih bangun seawal jam 5 pagi, memandangkan sana kan cepat siang, so kul 5 pagi pun dah macam jam 6 pagi, dah terang. Aktiviti kami pagini tentunya ke Pasar Serikin. Apa yang menarik kat pasar ni kebanyakkan barangan kraftangan yang dihasilkan dari kayu jati dan kayu kayan yang berbau harum hanya dijual diampaian tikar lereng deretan kedai je. Tanpa kedai ber aircond mauhun berbumbung. Harga jauh skali murah berbanding di KL. 








Yang menariknya lagi sayur kat sini sangat menarik pelik dan juga segar. Kat Semennanjung kita dilarang petik periuk kera lagi-lagi dijadikan barangan jualan. Kerana ia ada nilai yang tinggi dan hidupan yang kian pupus. Tapi di Pasar Serikin ni periuk kera dijual dengan meriah kerana masyarakat disini menggunakan pokok ini sebagai pembungkus ketupat mereka. 


Sayuran hutan yang jarang dijumpai di semenanjung


Orkid liar


Pucuk midin yang kebanyakkan cara masakannya adalah goreng bersama belacan.. ummphhh sedap


Ulat sagu..eeuuwww.. geli wei besar2 ibu jari tak gamak nak makan. harga sekor ulat sagu ni RM5. Sekor yer.. Masyarakat sini makan sebab katanya banyak khasiat.. Takpelah bagi free pun tak gamak nak telah huhu..


 Buah mahkota dewa.. camne makan setahu aku diberitahu buah makan ulam bersama nasi.


Siput.. euwww... geli.. xmakan.. huhu


Buah lada hitam muda


Pokok paku uban sebab ada putih-putih macam sawang atas daun2 pucuk paku ni.


Rasa tak puas berlegar dan menjamu mata, kerana kebanyakkan barangan sangat cantik, seni pembuatan yang halus dan yang penting jauh lebih murah dari jualan online sekali pun. Macam biasa peluang yang ada aku tak lepaskan untuk dapatkan koleksi kain songket puakumbu yang menjadi trend masa kini. Murah rasa nak jerit. 


Buah kristal- rasa macam buah laici


Jagung merah..


Buah teras - nak macam buah salak kan.. tapi buakan yer.


Pokok lada hitam


Sayur rebung


Selepas ke pasar Serikin kami ke Taman Buaya yang dipanggil "Jong's Crocodile"








Jong Crocodile, Kuching Sarawak merupakan taman ternakan dan simpanan buaya daripada yang kecik kepada buaya yang ternama. Buaya adalah haiwan reptilia yang hidup di dalam air. Ibu buaya adalah lebih ganas daripada buaya yang lain. Induk buaya betina rata-rata menyimpan telur-telurnya dengan dibenamkan pada tanah atau di bawah seresah daun. Dan, induk tersebut menunggu dari jarak sekitar 2 meter dari dalam air. Di musim bertelur buaya amat buas menjaga telurnya.(Buaya muara, Buaya air tawar Irian, Buaya sepit)

keseluruhan dunia terdapat 23 jenis habitat buaya (termasuklah seluruh famili Crocodilian, Alligator, Gharial, serta Caiman). Dari semua jenis tersebut, Buaya Muara Crocodilus Porosus adalah yang terbesar, dan penyebaran buaya muara adalah di perairan Indonesia dan Australia, serta negara negara lain sekitar Indonesia (Menurut pakar biologi Adam Britton, penyebaran Buaya Muara terdapat mulai dari perairan laut India dan Sri lanka di Lautan Hindia hingga Fiji di Lautan Pasifik). Pelbagai buaya yang ada terdapat dalam taman ini kecuali buaya air masin.

Sejarah atau mitos Bujang Senang

Bujang Senang ialah nama seekor buaya yang mendiami Sungai Batang Lupar di Sri Aman, Sarawak, Malaysia. Buaya ini yang dari spesies Crocodylus porosus berukuran 20 kaki panjang dan mempunyai jalur putih di belakang badannya. Bujang Senang dikatakan berumur 50 tahun.


Nilah rangka bujang senang yang dikatakan banyak buat onar dan membaham mangsa di sungai Batang Lupar Sri Aman Sarawak.


Buaya ini dikatakan bermaharajalela di sungai ini sejak tahun 1941.Tidak diketahui berapa ramai orang yang telah menjadi mangsa kepada buaya ini, tetapi pada 20 Mei 1992, seorang wanita berbangsa Iban bernama Dayang anak Bayang telah menjadi mangsa Bujang Senang di Sungai Pelaban, anak Sungai Batang Lupar. Sekumpulan penembak tepat polis dan pemburu Iban telah berjaya menembak mati Bujang Senang setelah berusaha selama 4 jam pada 22 Mei 1992 dengan menggunakan senapang khas 'short gun'. Mengikut hasil pertanyaan berkali kali aku kepada orang yang menjaga dan juga kakak sedara aku, replika tengkorang yang dipamerkan bukan kepunyaan bujang senang. Kerana mereka percaya bujang senang bukan senang ditumpaskan dan mereka yakin Bujang senang berasal dari buaya jadian yang mana pemilik Bujang Senang itu memiliki ilmu kebatinan yang tinggi.

Bujang Senang dikatakan adalah binatang jelmaan, kononya jelmaan seorang pahlawan Iban bernama Simalungun.dia dibunuh dan disumpah menjadi buaya lalu dia bersumpah akan membunuh semua keturunan yg membunuh dia.

Meremang bulu roma bila Kak Yah citer part ilmu2 tu. Mau taknya gambar-gambar yang ditampal di dinding muzium tu mengerikan menunjukkan keadaan mayat yang telah lunyai di baham buaya (Bujang Senang). Kebanyakkan yang menjadi mangsa baham buaya adalah mereka dari golongan masyarakat asli atau orang sungai. Tengkorak Bujang Senang kini dipamerkan di Taman Buaya (Jong Crocodile Farm) di Siburan, Kuching, Sarawak.

Waktu makan telah di tetapkan iaitu pada jam 11pagi dan 3petang. Buaya buaya di taman ini akan di beri makan. Apabila perkerja di tempat tersebut hendak memberi makanan. Mereka akan membunyikan loceng di pondok tempat memberi makanan. Apabila memdengar bunyi loceng tersebut buaya buaya akan datang ke tempat tersebut untuk mendapat makanan. Makanan itu akan di gantung pada tali yang telah di sediakan. (Nampak buaya disiplin sangat bunyi loceng memaksud waktu makan)


Leka tengok buaya gergasi manjang tembok berebut makanan





Tapak Kolam ikan Arapaima- Memang besar kot ikan tu elok je lalu bawah jambatan yang aku duk berdiri sekarang.. Setakat ni penjaga kolam kata dia tak penah serang manusia lagi. 



gambar kenangan bersama keluarga disarawak.


P/S : tunggu travellog hari ke 4 plak nt yer.

0 comments:

Cuba Klik tengok apa jadi!