21 October 2015

Dia Suami Luar Biasa

Hah baca tajuk pun dah macam bajet goodgood je. Tapi Itulah tajuk entry kali ni. Maaf yer bukan niat nak bersikap masuk bakul angkat sendiri yer. (apa ada hal baku ngko kan, memang lah kena angkat sendiri bukan ada maid pun nak tolong angkatkan) dah tak yah nak merapek sangat.
Dia suami luar biasa. Sape tu?? lah lagi mau tanya haruslah en suami.. lama kan aku tak bercerita tentang perihal dia. Kena lah syorok sikit perihal dia, takkan setiap kali nak kepochi.. kang ada yang sound aku lagi. Nak veragak, nak nunjuk laki. Macam dia sorang je ada laki. Hahaha haruslah..


Ok berbalik kepada tajuk asal. Kenapa dia luar biasa??? Korang sendiri aware kan, alah yang mana dari list rakan FB aku lah.. yang aku was admitted last 3 weeks sebab kecederaan lutut yang serious. Yer serious tak serious lah, sekarang dah masuk minggu ke 3 dan aku masih berjalan menggunakan tongkat. The worst part adalah bila dah lutut nak bengkok xle lurus dan sebaliknya. nak berjalan untuk jarak 4meter (keluasan ruang tamu) pun amik masa.. bak kata pepatah "semut jalan lagi laju" (haipp aku taknak gunakan pepatah "SIPUTVAVI" tu macam tak sopan.. ecehceh.. (padahal rajin je mencarut hahahah)

Dah selama tempoh tulah en asben banyak membantu dalam menguruskan rumah tangga. Kira aku gantung lesen as a wife & mother lah kejap sehingga melepasi tempoh rawatan. Owh sebelum tu aku bakal menjalani pembedahan lutut which is its can be called "major surgery for ACL". Gasak lah aku sengsara selepas tempoh tu, sebab ubat bius tak selamanya tahan sakit, yer dak? Itu yang telah dimaklumkan doktor. So selamat menempuh tempoh tersebut yer Mel.

Selamani kerja-kerja menguruskan rumah, kemas,masak,basuh kain, jemur lipat, masak.. kira semua lah termasuk anta dan amik anak aku yang akan buat.  "Wei laki u buatpe? takkan tak semua u buat??" Hah yela sume aku yang buat. Pertama kenapa aku buat sebab , kalaupun aku suruh dia buat sudahnya aku kena abiskan dalam erti kata lain...tak memenuhi tahap piawaian kepuasan aku. Bab anak lak.. Yer sebab umah baby sitter one way jalan nak g keje. So i drove the car untuk anta anak skali ke BS. Tapi sekarang......

Semua tu dia yang buat. masak,kemas,basuh,jemur,sapu, hurm.. walau tak berapa sempurna kira rumah kami tak penah kotor dan semak, anak alhamdulillah terurus, syukur finally dia willing to cebok his lil bunny. Nah!!hambek bubu skali buat semua u tapau. hahahah... Aku dari sofa jauh merenung sambil gelak dalam hati.. kesiannya lah hai bila tengok en asben men kejar-kejar ngan Azriel bila bab nak cebok , nak pakai pampers dan nak pakaikan baju. Naik rimas lak aku bila tengok dia pujuk si anak tapi anak tak layan, malah digelak dan lari dari dedi.. alahai anak.. Kalau ngan aku dulu.. Nah! sekali teriak je "Azriel sit!!Azriel sini!Pakai baju!Pakai pampers then said what?! trus anak aku jawab "Acih" or "teuwh" (maknanya thankyou) hurm.. Sabar lah dad...

Perkara aku rasa paling luar biasa ialah, Azriel mintak susu memalam eh silap bukan malam kul3/4 pagi.. Aku hanya cuit je en asben "Buuu.. tolong buatkan susu anak". Dengan mata mamai terus bangun dan buatkan susu. kagum jap aku.. Yela aku pun memang tak berdaya nak bangun bertongkat bagai. Perkara lain yang aku rasa en suami luar biasa bila dia terus cebokkan anak once dia tahu anak dah poopoo.. U got me man.. Wah... bagusnya.. camtulah baru daddy cool. Dulu masa aku sehat.. hahahha jenuh merayu siap ada scene merajuk sebab duk men chop tunjuk sape nak cebokkan ank. Sekarang... daaaa... sorry again dad. U memang kena tolong kali ni. I can't bengkok my tubuh even bertahan berdiri menggunakan satu kaki. 

Ada satu malam tu aku nak ke dapur, bila aku ke dapur nak basuh tangan dan tongkat terjatuh dari sandaran, dan menumpahkan air teh panas ke kaki dan peha yang aku buat. Jangan cakap lah. Aku menjerit panggil en asben sampai ke sudah dia tak datang. sambil mengesok je lah aku lap air manis tu. Aku lak? berlalu masuk bilik diam sedih terasa semua. Masa tu aku asyik pikir bukan-bukan . Sedih lah apa korang tahu. Nak lari dari air tumpah pun tak mampu. panggil orang minta bantuan tapi takda feedback. Bila en asben datang dengan muka selamber ajak makan. Aku trus tenking dia "Apsal I panggil U tak jawab?!" Trus en asben jawab " I Solat lah masakan nak jawab panggilan u?" trus dia berlalu masuk bilik. Dan malam tu kami tak jamah pun dinner. Dan masa tula aku terpikir "betul jugak tengah sembahyang kot takkaan nak sahut panggilan"dah tu masa aku jerit panggil en asben pun, aku takda lak jerit "TOLONGGG AIR PANAS TUMPAH" dan suami lak patut masa masuk ajak aku dinner soalan pertama keluar dari mulut dia sepatutnya "KENAPA U PANGGIL I?" tapi tula dah nak jadi emo memasing masa tu kan. Terasa bersalah juga. Tapi tula mungkin aku rasa stress dan helpless kot sebab yela 3 minggu dalam umah. henpon ni ada je, laptop ada je. astro ada je internet tanpa had lagi lah. Tapi kebebasan bergerak tu takda. beku jap semua anggota tubuh badan termasuk otak. But Dad!, mahap yer for last last last nite.

last but not least Next week will be my day for the whole day dalam operation theater. Doakan semua berjalan lancar yer. Dan moga-moga sembuh dalm tempoh sebulan tu siap boleh jalan, boleh berlari boleh lompat dan bole kejar Azriel semestinya. Sebab lepas tempoh tu I nak pegi window shopping sepuas hati merawat otak i yang lama membeku. Kerja opis semestinya haruslah menimbun sedang menanti. Maaf boss. lepas ni u bole bagi saya keje banyak sebab saya tahu saya cuti lama.

En asben! thank you so much!!! All the best to u  "MR Mommy Challenge"  during my recovering period!! cayokkkk u can do it.. gambatehhh..!!!!

5 comments:

Faiiza Mohamad said...

best baca posting ni.. good luck next week yer.. nk follow blog nie..

nnt ader mase jengok2 la blog faiiza
http://faiizaonfleek.blogspot.my/

ComelComot said...

trima kasih Faiiza.. alhamdllh.. sy bknlah penulis dan penyampai yg bagus tapi tula menulis men ikut sedap jari je ni.
ok done follw urs.. jumpa lagi nt

simpleMe said...

semoga awk cepat sembuh..dan operation berjalan lancer.
Alhamdulillah ada husband y ringan tulang membantu :)

ComelComot said...

Simple me- trimakasih awak~
Syukur.. Tak sangka gak. Dulu xbrapa nak ringan. Hihi mgkin walaupun sy sakit tapi rahmat yg Allah gantikanbdgn suami jdi seorg yg rajin n terlebih romantik dgn lagak bangga dan ego die tu hihi.

Abam Kunyit said...

terima kasih .

Cuba Klik tengok apa jadi!