29 September 2015

Sempena Hari Kopi Antarabangsa dan cerita aku dan kopi untuk pertama kali.



Sape suka minum kopi? Hakikat dari awalnya aku bukanlah pengemar kopi. Biasanya aku hanya akan minum green tea atau teh biasa tu je. Tapi di sebabkan officemate aku bagitahu kopi ni sebenarnya ada juga kebaikkannya. Terutama untuk kecantikkan. Baik untuk dalaman juga luaran.

Aku sendiri ada kisah dengan kopi ni. Sebab ikutkan orang tanpa usul periksa. Gagah lah ngko cari serbuk kopi untuk dbancuh buat minum. Kata dengan opismate kalau aku amalkan minum kopi tanpa gula atau kurang gula boleh membantu mempercepatkan metabolism badan. Katanya. dan juga bagi tenaga untuk tubuh badan yang cepat letih. gittew..

So untuk pertama kali aku bancuh secawan untuk aku. Aku cedok 4sudu besar kopi dan 2 sudu kecik gula. gigh lah telan. konon nak sihat. konon untuk kulit yang cantik dan kononnya boleh kurus. Mampu?? minum lah aku pun tapi takdalah sampai habis. Sudahnya menjawab lah kan. Dibuatnya aku tak boleh tido untuk 2 malam berturut-turut. Melilau mata aku sebab tak boleh lelap. Gila lah macam makan dadah kott. Padahal bukan banyak pun aku minum . Bertenaga memang bertenaga tapi masalahnya sampai tak boleh tido itu memang sangat bermasalah. Adoiyai.. comel..comel..

Lepas hari tu. Aku citer kat opismate aku bantai dia gelakkan aku. So dia ajar cara nak bancuh. Kata dia paling senang beli je kopi sachet lagi senang tak payah nak tapis habuk bagai. Rendam dan minum terus. So since that day aku dah mula belajar minum kopi. Dan terbukti dengan mengamalkan minum kopi pahit atau kurangkan gula boleh mengurangkan berat badan. Mungkin sebab fungsi kopi tu sendiri yang memanaskan badan dalam masa yang sama membantu pembakaran lemak secara senyap dalam tubuh badan. Ini antara kebaikkan kopi yang ramai tak tahu, termasuk aku. So skang aku dah tahu aku share lah ngan korang.

1. Hidup lebih Lama (yang ni takdalah aku percaya sebab ajal maut,jodoh,rezeki Allah yang tentukan ler)

Satu kajian yang dijalankan oleh Institut Kanser Kebangsaan di US mendapati orang yang minum kopi pada kadar keperluan biasa setiap hari, hidup lebih lama berbanding orang yang tidak. Ini adalah berpunca daripada antioksidan yang tinggi dijumpai semulajadi dalam kopi. Kopi juga dapat mengurangkan ketagihan seseorang terhadap rokok.

2. Mencegah Penyakit (Yang ni betul juga)
Dalam kajian yang dijalankan di Univeristi Harvard pula, penyelidik mendapati meminum kopi 1 - 3 cawan sehari boleh memberi faedah kepada kesihatan anda secara dramatik. Sebagai contoh, pengambilan kopi boleh mengurangkan risiko diabetes (kencing manis). Selain itu, dapat juga mengurangkan risiko penyakit Parkinson sebanyak 80%, kanser kolon sebanyak 25% dan kanser payudara sebanyak 40%!

3. Bersenam (betul sangat-sangat sebab tu badan boleh loose weight kott kalau amal dengan cara yang betul)
Sebelum anda bersenam di gim atau di rumah, lebih baik anda mulakan nya dengan meminum secawan kopi. Ini kerana, selepas minum kopi, badan akan mengeluarkan hormon endorfin. Endorfin akan meningkatkan lagi prestasi anda serta dapat bersenam dengan lebih baik lagi. Kafein dalam kopi juga dapat meningkatkan tenaga.

4. Kemampuan Kognitif Lebih Baik (Mau otak tak berfungsi baik. Kalau lepas minum mata ngko melilau macam kena dadah hahaah)
Meminum kopi pada kadar yang betul (1-3 cawan sehari) boleh meningkatkan kemampuan kognitif anda. Penyelidik di California telah menjalankan ujian memori jangka pendek kepada individu. Dikatakan kafein dalam kopii dapat menghalang pembentuk plak beta-amyloid dalam otak, sekaligus menjadikan otak berfungsi dengan lebih baik. Penyakit Alzheimer mungkin boleh dirawat jika ini ada kebenarannya.

5. Mencegah stroke
Kajian yang dijalankan di Jabatan Perubatan Keluarga di Seoul, Korea mendapati penurunan risiko terkena stroke adalah sebanyak 25% bagi peminum kopi sekurang-kurangnya 1 cawan sehari. Manakala kajian di Finland pula mendapati penurunan sebanyak 12% untuk risiko stroke jika individu mengamalkan minum kopi 4 cawan sehari.


6. Kesihatan yang lebih baik (memang bahan antioksidan yang baik selain teh hijau)
Terdapat lebih kurang 1,000 antioksidan yang terdapat dalam kandungan secawan kopi. Antioksidan ini boleh memberi manfaat dalam pelbagai cara. Antaranya adalah dapat membantu menyingkirkan toksn yang mungkin menyebabkan kanser, dapat meneutralkan radikal bebas yang boleh menyebabkan badan anda cepat naik dan masalah kesihatan yang lain.

7. Mencegah Penyakit Gout ( No komen. Sebab ramai je pengemar kopi kena gout. Camne tu?)
The Nurses' Health telah mengkaji ramai jururawat wanita selama 26 tahun megenai penyakit gout ini. Keputusan menunjukkan jururawat yang kerap meminum kopi sehingga 4 cawan kopi berjaya mengurangkan risiko untuk terkena sakit gout. Antioksidan dalam kopi mengurangkan insulin dalam badan, sekaligus menurunkan tahap asid urik; penyebab kepada sakit gout!

Apapun Memandangkan hari ni adalah "Hari Kopi Sedunia"yang disambut pada 29 September setiap tahun. Aku nak ucap Selamat Hari Kopi Sedunia Semua!!!!.


  

0 comments:

Cuba Klik tengok apa jadi!