12 September 2015

Asam pedas ayam power Melaka by SDTKC

Kali ni aku nak share resepi asam pedas ayam power Melaka by SDTKC. Sebenarnya aku tak penah buat asam pedas.sebab tak tahu apa bahan yang perlu dimasukkan, ngat leceh buat asam pedas Melaka ni. Rupanya.. Celah gigi je bahan. Seperti yang korang tahu asam pedas ada 2 cara pernyediaan. Satu style utara yg ada daun kesum, bunga kantan, dan lagi satu ada serai dan belacan. So asas tetap sama menggunakan cili,bawang,garam dan asam jawa atau asam keping.

Yang aku nak share asam pedas melaka, sepertinya selatan style lah nampaknya.

Bahan-bahan

Bahan (A)

Ayam/daging tetel stgh kilo

Bahan (B)

2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2 ulas bawang merah
1 inci kunyit hidup
1 inci belacan (dibakar)
5 sb cili boh/serbuk cili

Bahan (C)

1 kpg asam kping. (Rendam dlm air bagi kembang)
2 batang serai

Garam,gula secukup rasa.

Cara-cara

Bahan (B) dikisar lumat dan ditumis hingga garing dan naik bau. Pastikan betol2 kering dan garing yer.

Seterusnya masukkan bahan (A) dan dibiarkan hingga tumisan meresap kedalamnya sepenuhnya. Tambakan sedikit air kerana ayam/daging memerlukan lebih masa masak uutuk empuk.

Last skali masuk bahan (C).. Tadaaa siap dihidang

2 comments:

Masziah Mamat said...

Woww....first time dengar ade asam pedas ayam....biasa asam pedas ni ikan jer,,,,ooo...org melaka memang buat asam pedas dgn ayam ek sis...hihiii

Cmne rase yer...

ComelComot said...

Masziah- alamak saya pun tak tau ni resepi kawan jugak. barangkali dorang mereka kot. kot bosan dengan ikan diorang try lak ayam. rasa die.. hihi macam asam pedas ikan jugak. tapi guna daging ayam.. sedap lah jugak. ikut resepi kwn tu seketul ketul hihi. nt cuba lah

Cuba Klik tengok apa jadi!