15 August 2015

Janji lulus,,jangan lah repeat.. STRESS kot.


Konon-konon study lah sangat hakikatnya.. krohhh..kroohhh..bzzzz....

Minggu yang memenatkan, memandangkan aku telah mohon cuti selama 1 minggu bagi menyiap sediakan diri bagi menhadapi final exam yang telah pun aku duduki 2 hari lepas. Alhamdulillah soalan semua aku jawab dengan rasa tawakal dan berharap lulus. nak kata cemerlang memang tak lah. Tapi kalau boleh tak nak repeat sem. Letih menghabiskan masa tua dengan repeat paper.

Lah kata amik cuti seminggu takkan harap tawakal je. Tak kisahnya, MIL aku alami cedera bila dia jatuh bilik air di rumahnya. Paham saja orang tua ni, bila sakit taknak bagitahu. Niat taknak menyusahkan anak-anak, end up kesan dari jatuh tu MIL demam panas dan akhirnya kesan dari jatuh tu juga pinggul MIL bengkak dan peha dia kebas. 

Alahai ini yang selalu merisaukan aku, orang tua duk kampung bersama cucu-cucu yang masih kecil. So nak dijadikan ceritanya, memandangkan aku on study leave, aku tawarkan untuk menjaga MIL kat kampung. Semua buku aku angkut bawa balik kampung dengan niat boleh lah aku menelaah. ecehceh.. bajet best student sangat hahahah.. EH lupa nak inform yang ipar aku semua keje, dan diorang baru lepas amik cuti panjang. Along (ipar) aku baru je anta tender letter which is dia akan berhenti kerja dan menjaga MIL kat kampung sepenuhnya. Paham-paham jela bila dah tender nak prepare documents untuk hand over, memang wajid datang keje. Kang boss tu banyak bunyik dan kata amik kesempatan. Takpelah aku pun cuti. So aku amik tanggungjawab jaga MIL aku. Sementara diorang dapat cuti.

Sudahnya aku tak study, maybe sebab letih kot. Dahtu tengok buku pun tak lalu, bangun pagi-pagi memang niat konon-konon nak study. Tapi haram..hahahah aku lagi slera tengok katil. Dahtu kesudahannya. aku masuk exam hall dengan harapan soklan yang keluar adalah apa yang aku belek kejap-kejap during aku bawak kereta. Stress tak ingat tapi dalam masa yang sama tak senang hati MIL masih tak elok-elok dari sakitnya.

Dan kesahnya.. lepas tamat 2nd paper aku lepak lah dengan budak sekelas aku dan juga rakan subject yang sama-sama ambil. Diorang pun stress, mana taknya sungguh diorang study selama berhari-hari soalan yang keluar sangatlah mengecewakan. Kalau diorang stress pulun study takleh jawab apa tah lagi aku yang bukak buku 5 second terus tutup balik sebab bantal memanggil-manggil. Please lecturer..prof cikgu what so ever yang marking paper aku tuh. Tolonglah bagi markah kasihan yang mana kalau boleh aku tak perlu repeat paper untuk next semester. Kawan aku Zain and the gang tertiba ajak layan movie, sebelum tu lepas habis exam jam 11 pagi. kitaorang makan breakfast skali lunch. Lepas tu baru g tengok movie kat Wangsa Walk. Release lah kejap dari segala stress yang aku duk ngase skang.


0 comments:

Cuba Klik tengok apa jadi!