25 July 2015

Raya 2015 Part 2

Cerita raya 2015 taklah gah macam raya sebelumnya. Semuanya disambut ala kadar, memandangkan mak dah tak sekuat dulu. Tetap juga kitaorang buat ia nampak meriah. Mak walau tak sihat tetap juga lah kami paaksa dia join kemeriahan raya. Nak dia rasa detik hari raya. Taknak dia tertinggal satu saat pun. Nampak je mak macam sihat dan mampu tersenyum, tapi kami tahu dia lemah dan tak sekuat dulu. 

So nak meriah kena ada Azriel.. baru lah sambutan nampan win!!!Kalau ada mat Adam dan Meyland kan baguih, tapi dua anak sedara aku ni tak dapat balik beraya memandangkan ibu masing-masing bertugas pada hari raya berlansung (giler betul company dorang ni kan?) tak perihatin betul.. ishhh.. dah kurang lagi kami adik beradik tahun ni. Takpa.. ada azriel dah macam 100orang meriahnya.

Entry sebelum ni semua hanyalah gambar tanpa sebarang caption kan? yang kali ni.. sipi-sipi sikit sebagai kenang-kenangan. Yang pasti gambar-gambar ni bakal aku cuci saiz 18R untuk di framekan, seperti kebiasaan tahun-tahun sebelum. Hah banyak bukan.. yang gambar tahun lepas pun aku tak gantung-gantung lagi. sebab malas nak paku dinding. Tapi cuci tetap nak cuci sebab nak simpan sebagai kenangan bercetak. Bukan sekadar dalam album FB.



 Bersama mak aku, seorang ibu yang kuat dan tabah dalam melawan penyakitnya.. Angah sayang mak sangat-sangat!!!!


Part ni paling best..bukan sahaja kanak-kanak oraang tua pun suka sebab sesi ni, semua anak-anak nak menunjukkan kuasa nilai duit raya yang mampu disumbangkan kepada orang tua. Ternyata aku jatuh ke tangga ke dua sebab kali ni adik aku kat sarawak tapau habis nilai tertinggi contribution duit raya to our parent. Thank you Yonie. Sonyum lebau makayah aku.. hihi..



Ok nilah budak yang kitaorang cakap-cakapkan tu. 1 orang die = dengan 100 orang. suara dia macam guna speaker.. jeritan dia mak aih cam guruh, belum tengok dia melompat berlari 100meter seminit dalam umah.. riuh rendah huru hara dibuatnya. Paling huruhara en suami lah.. sebab azriel suka aci-aci buat sesuatu yang kitaorang rasa membimbangkan.  Paling tak leh blah semua kucing yang ada dalam umah takut nak masuk umah sebab takut kena gomol ngan ini budak.. tu dia..abang kawasan katakan... 



adik bongsu perempuan hamba yang baru abis blaja. keje kejap tapi amik keputusan behenti kerja sebab tolong jagakan mak kat kampung. Mulia sungguh hati kamu dik, angah mintak maaf tak dapat sama-sama jagakan mak. awak wakil kami adik beradik perempuan yang jauh ni yer... Semoga rezeki awak melimpah ruah kelak. 

0 comments:

Cuba Klik tengok apa jadi!