12 July 2015

Bersahur dengan Horlicks® di bulan Ramadhan ini.





Bulan puasa bulan yang penuh dengan cabaran serta amat menguji kesabaran lagi-lagi bagi kita yang bekerja seharian suntuk. Dengan penggunaan tenaga maksimum, kehidratan serta kecergasan mulia berkurang bila menjelang petang. Anak-anak juga mengalami perkara yang sama semestinya mereka sangat mermerlukan bekalan tenaga yang mampu membekalkan sumber tenaga kepada mereka untuk ketahanan tubuh dan juga perut sepanjang bulan Ramadhan.


Apa korang makan untuk sahur?

Macam aku sendiri ada cerita dan pengalaman juadah yang akan aku jamah during sahur. Yela sahur tu lebih afdal kalau kita amalkan. Paham-paham jela bila puasa tapi tak sahur mula lah perut berkeroncong sebelum tengahari. Dulu kecik-kecik mak mesti selalu pesan kat aku yang kita kena bangun sahur. Macam biasa aku ni jenis yang memang tak suka bangun sahur. Dahtu bila tengahari mula lah mintak dengan mak nak buka, sebab tak tahan dahaga dan lapar. Sudahnya aku akan puasa separuh hari je. Sampai lah satu hari mak borak dengan kawan dia yang mempunyai anak sebaya aku. Tapi anak kawan mak aku tu puasa penuh setiap hari.


Mula lah mak korek ilmu bertanyakan apa rahsia dia didik anak supaya disiplin puasa penuh. So satu hari mak bawak aku pergi groceries . Lepas singgah tempat bahagian basah mak tolak troli ke bahagian minuman. Aku masa tu masih kecik, konon mak lak mintak aku bertahan untuk puasa penuh. Sepanjang laluan kat bahagian minuman tu, paham jela lau kawasan minuman mula lah aku merayu dengan mak nak berbuka sebab tengok air dah tak tahan. Sampai lah satu sudut mak amik paket Horlicks. Dan bagi aku pegang. Kata mak air ni sedap, kalau kamu nak minum air ni kamu kena bertahan sehingga berbuka. Tapi aku ni kan budak yang memangnya tak mampu bertahan dengan lapar dan dahaga, mak pasrah dan bancuhkan air Horlicks atas permintaan aku.


Tak tipu rasa dia sedap sangat. Sampai lah waktu sahur mak kejutkan aku sekali lagi, meliat aku nak bangun perlahan mak bisikkan kat telinga cakap “angah taknak minum Horlicks ke?” terus aku bangun, mak dah sediakan segelas Horlicks yang super sedap. Memang Horlicks mak terbaik.. Aku tak jamah makanan lain selain minum Horlicks. Mak sempat bergurau dengan aku katanya “Sedap kan Horlicks mak buat?” harus lah sedap. Ditambah buat dengan kasih sayang. Korang tahu keesokkannya pertama kali dalam sejarah aku puasa penuh. Jujur aku cakap hari tu takda rasa lapar yang melampau dan dahaga. Mak aku adalah orang paling happy sebab treat dia untuk buat aku berpuasa penuh menjadi. Sehingga kini Horlicks adalah menu amalan sepanjang bersahur.

Kebaikkan Horlicks kepada anak-anak untuk sahur

Kebaikkan didalam Horlicks yang dirumus daripada susu, barli, bermalt dan gandum tanpa bahan tiruan dan tambahan campuran bahan awet tiruan. Menjadikan ia adalah bekalan multivitamin serta macronutrien serat yang amat berguna kepada tubuh badan. Horlicks juga mengandungi 23 nutrien penting bagi pertumbuhan kanak-kanak serta sumber tenaga mereka sepanjang hari. Korang tahu tak dengan pengambilan 2 gelas Horlicks mampu membekalkan keseluruhan kebaikkan nutrisi kerana ianya terkandung lebih 80% (RNI) Reference Nutrien Intake seperti Vitamin A, B1 and B22,3 dan 72% of Zink. .Dapat melambatkan rasa lapar juga juga dalam masa yang sama mengimbangi tahap keasidan dalam usus mereka. Sebab tulah aku yakin dengan nutrisi yang ada dalam Horlicks mampu membekalkan tenaga sepanjang hari. Sebab aku dah lalui pengalaman bersahur dengan Horlicks sejak dari kecik. Rasanya sedap dari dulu hingga sekarang tak penah berubah.

Memandangkan sekarang anak aku baru berusia 2 tahun dan mestilah belum sampai masa dia berpuasa pun, tapi aku cuba pelbagaikan cara hidangan Horlicks untuk dijadikan menu dalam hidangan dia. Terbaru aku cuba buat resepi udang celup tepung bersama Horlicks. Memandangkan azriel sangat suka makan sebarang jenis seafood celup tepung. Jadi terbaru aku cuba masukkan 1 sudu Horlicks dalam bancuhan telur dan celupkan udang. Alhamdulillah tak sangka Azriel sangat sukkannya. En asben pun suka. “katanya udang aku rasa sedap dan crunchy.



Cubalah.. mesti anak korang suka.. termasuk korang skali lah.. hihi







Bersahur dengan Horlicks menjadi rutin sepanjang bulan ramadhan sehingga kini.Selain rasanya yang sedap ia juga membantu aku bagi milk booster sepanjang tempoh berpantangkan Azriel dulu.Susu badan menjadi meriah waktu tu, dan aku mampu berpuasa walaupun aku tengah menyusukan Azriel.

Bagi menyokong kempen ini, halaman facebook rasmi Horlicks telah berkongsikan beberapa tips menarik untuk Ramadhan dan memperkenalkan resipi Ramadan / Hari Raya buat ibu-ibu dalam menyediakan hidangan sahur dan berbuka buat anak-anak mereka. Orang ramai juga boleh berkongsi resipi Sahur inovatif mereka dengan memuat naik gambar ke platform media sosial mereka dengan menggunakan hashtag #SahurdenganHorlicks. Selain itu juga para ibu dijemput untuk mengemukakan pengalaman berpuasa menarik anak-anak mereka di laman Facebook.


KONGSI MEMORI PUASA DAN PENGALAMAN #SAHUR DENGAN HORLICKS

Pertandingan media sosial akan berjalan sepanjang bulan Ramadan dan penyertaan terbaik akan dipilih setiap minggu. Lima akan dipilih dalam jumlah dan mereka akan menang bekalan Horlicks selama setahun. Pertandingan ini berlangsung dari 18 Jun - 16 Julai 2015.







Untuk maklumat lanjut mengenai Horlicks, sila layari http://www.horlicks.com.my/my atau https://www.facebook.com/HorlicksMalaysia

Kepada yang berminat, boleh jugalah kalian tengok video yang kiut-miut di bawah ni.. Memang boleh membangkit kenangan dulu-dulu bila baru mula puasa .

(Embed this link: https://www.youtube.com/watch?v=8BVVImB208g)


2 comments:

Fara Queen said...

haloooo sis cantik jelita! Thanks sebab visit blog Fara, keep in touch ya. memang yummy2 sangat horlicks ni, minum secawan rasa kenyang je kan.

ComelComot said...

hello si manis.. betol sangat2 minu secawan boleh tahan sampai petang. dan bagus untuk diet jugak. Awak wajib bekal horlick ni kat sana tau. lagipun antara menu bajet jugak ni.. hihi

Cuba Klik tengok apa jadi!