30 July 2015

Beraya dan lepak di Ayer8 Putrajaya

Minggu lepas kitaorang pegi beraya umah pakcik aku di putrajaya. Lepas layan borak dan minu kopiarab secawan dua, pakcik aku ajak makan-makan dan hirup angin petang kat Presint 8 Ayer8 Putrajaya. katanya kat sana banyak food stalls yang hidangkan macam-macam variant taste untuk pengunjung. Dan bila sapai sana, tepat dia emang best, sebab sambil korang layan food yang ada sambil menikmati permandangan sekeliling dimana semua satll ni facing tasik. So korang boleh view jambatan masjid besi dan semestinya hot ballon punya park. Cantik damai dan sesuai untuk mereka yang sukakan kedamaian. Kat sini juga ada kedai untuk kanak-kanak yang dipanggil Bubbles and Beans Cafe yang mana para ibubapa boleh chit chat sampai lebam while si anak occupied untuk layan bubbles gergasi. tak sepat plak aku nak snap sebab secara jujurnya waktu tu Azriel lebih tertarik pada hot ballon yang dah ada di udara dari giant bubble yang Bubbles Beans ni produces. Hurm..



Tapi Aku pilih Slera D Timur sebagai tempat lepak, memandangkan kitaorang tak jumpa nasi lagi sepanjang hari. tadi kat umah pakcik kitaorang melantak kerepak dan biskut raya je. Tak kena nasi untuk en suami rasa tak lengkap hidup. Dan plak sepanjang bulan puasa kitaorang tak jumpa lagi nasi kerabu yang boleh diterima tekakni. Itu pasal pilih kedai ni.



Sorry food yang pakcik makcik aku order termasuk lah en asben aku tak snap pun sebab diorang dah melantak sebelum aku nak capture gambar tu.. so yang aku je masih terselamat. Tu pun lepas aku tinggalkan kejap untuk belikan azriel belon, en suami dah kacau kedudukkan kelapa sabal tu. ishh.. saja je usik.. (Tapi rasa die owesome!!!). Dan Nasi kerabu ni termasuk dalam main dish diorang. 


Nak kata harga tu, boleh tahan lah tapi kalau hari-hari makan sini mau kopak gak wallet aku kang. Main dish die murah je RM10 tapi yang lain-lain harga ikut hidangan lah. Air plak RM4 keatas. Tapi yang pasti tak mengecewakan sebab rasa yang sedap dan portion die gabak besar kot. 1 portion macam makan untuk 2 orang. 


Nampak tak muka bosan si Hero ni. Dia cranky nak turun pijak tanah ler, bila tengok raai kakak-abang yang duk en kejar-kejar.



lagi buat muka comei.. huhu.. melting ngan anak sendiri..


pose ngan mommy semestinya. Tapi harap maklum sebab hero mommy bukan kaki #photpgedik cam mommy.


Tapi kalau korang nak datang aku nasihatkan datanglah lagi 2 bulan ke sebab kaki lia tasik ni tengah buat renovation, ape yang nak ditambah tak tahulah. So tak brapa nak cantik sangat lah bila datang tengok dekat. Dari jauh yes.. cantik. Sebab tula azriel melalak bila aku tak bagi dia berlari kat sini. Sebab kawasan die tak selamat la..banyak besi-besi dan batu-batu. (Lenkali kita repeat la azriel ek)




Nila hot ballon yang aku cakap tu. Azriel suka sangat ngn belon ni. Aku dapat tahu nak naik ni RM50 per head. Pahtu ko pusing-pusing lah atas tu sampai lebam.




p/s:Len kali kena datang lagi sebab haritu tak puas, dahtu plak pakaian tak proper, kalau datang pakai sneakers ke kasut jog dan tshirt baru best sket.

4 comments:

Fara Queen said...

Cantik nya mommyyy dia! Pliz share tips nak cantik macam mommyy !!! Hihi. Nyum3 sedap nasi kerabu. Kita pon asal usul orang pantai timur jugak

ComelComot said...

Cik Fara ni. Awakpun cantik bijak lagi, takpe kita sama2 share ape yang patut utk bag lagi cantik ek..

Yeahhh.. best kan jadi org pantai timur..yg best sy suka budu.. budu is the best yeahhh!!!

Liza Licha said...

this place is very near to my house :) hihi..
belum pernah makan kat kedai tu lagi. maybe next time

ComelComot said...

u should try Liza.. sedap gak, view pun menarik..

Cuba Klik tengok apa jadi!