5 July 2015

Baju melayu Azriel 2015 made with LOVE by Mommy

Hunting for Azriel's baju raya. Untuk semua ibu di dunia semestinya nak yang terbaik untuk anak masing-masing. Tak terlepas dengan aku jugak. Dah jadi tradisi sejak berkawen dengan en asben, bila tiba bulan Ramadhan dah 2 minggu tempoh berpuasa kitaorang akan hunting for baju raya. Dan semestinya tradisi dari dulu, cari baju en asben dulu. Aik?? apasal lak baju asben bukan abju aku? Yer sebab asben aku ni jenis cerewet ya amat. Haruslah cari baju kain warna dan harga yang mengikut piawaian yang dia hadkan untuk baju melayu yang dia hanya pakai setahun hanya beberapa kali tu. Kalau nak spend sampai sampai ratus-ratus untuk sepasang baju melayu katanya tak berbaloi. Lain lah kalau die selalu ada majlis protokol yang perlukan attend. So cari punya cari jumpa sudah yang dia berkenang. Owh lupa nak inform yang kitaorang memang style tak penah rancang warna apa nak pakai untuk setiap kali raya. Apa yang berkenang di hati trus kitaorang sambar je. So baju en suami dah jumpa. Niat dihati memandangkan azriel dah besar, haruslah dah boleh beli baju melayu siap untuk dia. Sekali warna nak matching yang exactly the same color yang en asben pilih memang takda, Nak tak nak en asben mintak akujahitkan lah jugak baju untuk si teruna kami. Hahahahha.. verangan Mak Temah tak yah jahit menjahit kekonon sekali kena gak, sebab nanti baju daddy dan Azriel tak sama. Asben aku lak, kalau baju anak tak sama macam dia, selagi tu lah dia akan cari yang seketol sebijan sama. Kata anak bapak kan?. "contoh sesi cari sampin" exhausted gak lah nak bagitahu yang corak dan warna dah seakan sama, tapi mata dia still gak nampak tak sama aku #layankansaja.

Kos yang diperuntukkan untuk sepasang baju ni

RM10.90 semeter (untuk sepasang baju azriel hanya perlukan 1mter setengah sahaja)
RM3.00  Benang
RM1.00  Butang baju.

* kalau beli kat luar mau-mau RM40 keatas jugak lah kosnya.. betol tak??

So sesi potong motong jahit bermula... stay tune


OK #projekraya baju Azriel.


Dah siap potong.... kita bakal tengok step seterusnya.. sekian..


Part poket paling susah bagi aku sebab baju budak kecik ni sedikit kekok..sebab kecik anggat..



Sambung pesak dan lengan baju..


sambung apa yang patut di sambung.. and Finally..

;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;;
;

;






P/s : Ni baju melayu Azriel yang ke 4 aku jahitkan untuk dia. Heheh.. bangga aku sebab Azriel dah start pakai baju melayu sejak umo 3bulan lebih.. gegeh mommy buatkan untuk anak kesayangan ni. Daddy surely the most happiest daddy sebab baju sangat dondong dengan si teruna dia.

3 comments:

.::: Princess MOMOY :::. said...

comelnya
untung lah pandai jahit
mcm mana dear boleh jahit eyh
yg momoy tahu dear start dengan jahit baju kurung ikut buku kan

tapi b4 tu dear ada pergi kelas jahit or training dari mama ke or sape2 ? share sikit
envy sangat tau

.::: Princess MOMOY :::. said...

comelnya
untung lah pandai jahit
mcm mana dear boleh jahit eyh
yg momoy tahu dear start dengan jahit baju kurung ikut buku kan

tapi b4 tu dear ada pergi kelas jahit or training dari mama ke or sape2 ? share sikit
envy sangat tau

ComelComot said...

Momoy- huhu tq yunk. tapi kan, comel mmg xda g kelas pun, betol2 blajar dari buku. mak pun ada cakap cuba pahamkan kat buku nt lame2 akan paham sendiri. pahtu blaja buat baju guna kain perca lame2 kalau ada minat insyaAllah akan boleh buat punya. cml pun banyak kena blajar lagi.

Cuba Klik tengok apa jadi!