Azriel first Movie dan Movie Review "AntMan"

by - July 27, 2015

Azriel 1st movie, wah tak sangka sangat selepas 2 tahun, dapat balik aku menjejakkan kaki ke panggung wayang. Lama tak lama lah, 2 tahun kot, selama aku disahkan pregnant. Yela betul kata orang masa bujang tula kalau nak enjoy buat ape pun kena buat, jangan pikir-pikir, kalau nak pergi mana-mana pun kena pergi. Sebab bila dah ada anak, berangan lah ko nak kemana-mana pun, sebab ketika tula ko takda lenggang ala catwalk jalan kat walkway. Sebab masa tu gigih ko carry bag susu anak yang dalamnya ada pampers, air dan baby food. Huhu.. bukan senang nak jadi ibu ni tau tak.. Dahtu dengan segala mak nenek yang tergantung kat badan ko dengan nak tolak stroller agak-agak ko masih ada hati tak nak masuk tengok movie dalam wayang? memang tak lah. Belom lagi nak jangka apa peel yang bakal aanak ko buat dalam hall tu. Haru kalau anak ko melalak dan ganggu konsentrasi masyarakat yang tengah layan citer.


Tapi kali ni berbeza, Sebab ipar ada skali, dorang lah punya planning nak bawa anak masing-masing layan movie, bagus betul dorang ni, aanak kecik-kecik dah ajar masuk wayang. Bagus kot so next time in future anak ko takda lah jakun, macam zaman aku kecik-kecik dulu mana nak ngase semua kemudahan dan kecanggihan yang ada skang. So aku follow jela keta dorang, carpool gaak yang best, tak perlu bersesak nak cari parking. 

Kami layan movie kat One Segamat, yela Gemas ngan Segamat kan sebelah-sebelah je, berjiran kata ko. Sampai sana Along dah bagitahu nak booking citer AntMan. Citer superhero dari koleksi The Marvels. Bagus betol lah dioraang ni, semut yang sekecil kuman tupun boleh jaadi jalan citer, the best part mampu jaadi hero dan kegilaan kanak-kanak. mana taknya dalam cerita ada pelajaran yang boleh anak-anak juga parent pelajari. Mengetahui asal silah semut dan jenis setiap satu. fungsi dan kekuatan masing-masing. Sungguh Agung ciptaan Allah. Unik dan ternyata terliti kajiannya.

Ni masa sebelu masuk hall, posing-posing dulu ngan abang dan kakak sepupu dulu. Haruslah pose kat backdrop Antman punya poster kan. Tengok jela gelagat Excited abang bamba tu, suka sangat buat muka bila orang nak snap photo dia.


See.. kan aku dah cakap,, skali lagi untuk next pose dia tetap juga buat muka. hahahha suka tengok budak-budak yang riang nak tengok movie. comel..asing-masing tak sabar. Untunglah korang ek, zaman kanak-kanak maklang dulu stakat en tenteng je kat padang blakang umah nenek dulu. Nak pegi nengok wayang memang takda lah, tupun 1st time asuk wayang masa umur 14tahun. Korang umur 3 tahun dah layan movie. Nak-nak si Azriel umur 2 tahun dah masuk wayang..dasyat..


Skang pose ngan moy lak, sebagai kenangan mommy yang bawak kamu masuk wayang untuk pertama kali. Owh.. daddy time ni takda sebab temankan Wan kat umah, sebab Wan tak larat nak ikut kami keluar jalan, so daddy tolong jagakan Wan, dan bagi kita chance berjimba.. (krikk..krikk,,krikk)


Tengah duk iklan kami wiefie ler dulu.. maklong ni bagus apa je aktivi kitaorang buat esti dia akan snap gambar, so adalah kenangan.

and.......finally...























Hero mommy tewas, citer baru nak start..mintak mommy pangku.. sudahnya pelan-pelan tutup mata..and.... krohhhhh Bzzzzzz.... tido pulak dia.. then lastly mommy yang layan movie.. gelak nak kua anak tekak sebab ada scene yang kelakar, tapi si hero ni tido nyenyak macam sedang baring atas tilam Vono kan.. untunglah muat lagi landing atas mommy.. suam-suam kuku tu yang buat dia lena tido kot.




P/s : Aku ratekan movie AntMan ni 10BINTANG. kesan cgi yang canggih dan jalan cerita yang rigan dan sesuai ditonton seluruh isi umahtangga.



You May Also Like

2 Comments

Powered by Blogger.