29 July 2015

"1st Segment by Black Queen"

Dalam duk belek-belek entry baru yang blogger dah post, tergerak hati klik kat satu article ni. Zass trus tertarik nak join, segen yang siple dan beserta hadiah lagi. Aku pun pertama kali jejak page Cik Black Queen ni. Bila aku start journey kat page dia, wah..menarik dan sweet jugak orangnya. Terus minat nak put her page in my reading list group. Hemoh-hemoh..


Ok berbalik kepada tajuk entry yer. Black Queen ni dikenali sebagai Fara enganjurkan satu segmen yang dinamakan  "1st Segment by Black Queen" dimana sesiapa sahaja dibolehkan untuk sertai dan ....mengenai aku secara ringkasnya nama betol aku Comel@Hartini Azhar. Asal Klantan+Siam+KL= Warganegara Malaysia. Untuk pengetahuan korang itu nama dalam IC dan surat beranak aku yer bukan nama glamer.Tak kose mak nak sesaja letak nama tu.kang ada yang muntah hijau. Yer dah ngamai yang termuntah bila dengar nama aku ni. Dah nak buat camne. ayah dah bagi. Paling kesian laki akulah.. salam ngan tok kadi kena sebut nama penuh aku tuh, jenuh lah satu ngumah gelak besar. (takpe aku tak sentap dah 30tahun kot nama tu tersemat elok kat data peribadi aku. So secara ringkasnya tentang aku..

Pembersih+ teliti = Yer itu sangat aku, tahap kebersihan aku, kalau buat ape-ape je berkali-kali basuh tangan dan lap tangan guna wet tissue. Rasanya kalau lah benda di tonyoh hari-hari cam aku basuh tangan mau hakis kulit dan daging. Kat rumah takyah citer 10 minit skali mesti aku akan menyapu, tak kisahlah sampai nampak atau habuk kuman. Sebab aku sangat alergik habuk atau benda kotor. Dan tak heran kalau ayah gelarkan aku DBKL pantang habuk. penyapu 24jam kat tangan. Workstation aku kat office pun clear, walaupun banyak barang dan dokumen tapi tersusun. Tapi kadang aku careless juga dalam buat keje.. huhu (dah tua agaknya)

Banyak cakap + sporting+lasak+Chembeng = yer nampak macam sombong bajet good-good dan garang. Sebenarnya itu bagi yang tak kenal rapat aku. Cer kalu kenal aku. Mau ilang kemaluan (eh carut lak) mau hilang keayuan korang sebab aku sangat giler-giler and sometime quite kasar kot. En asben cakap aku cam gangster hurm.. itulah susah nau nak jadi anja gedix ni.. kang kalah Ayda Jebat lak kang. hahah Takda la.. itu memang sikap originality aku sejak azali yer. Cakap bebaik boleh lah sampai nak cari aduh tu tak pernah lagi. Yer-yer korang kena kenal aku dulu.. aku meang suka bercakap lagi-lagi bab kecantikkan dan petua. (macam acik-acik sangat kan?) tapi itulah aku. Nampak je macam boyish tapi suka melawa yer.. Bab chembeng yer.. seluruh keluarga aku tau aku salah seorang anak dorang yang digelar ratu air mata. Nak buat camne hati aku ni selembut taufufa.. mudah sangat tersentuh. Tengok citer kartun pun boleh nangis kalau scene sedih jela.. kalau yang kelakar memang aku gelak tercabut bumbung la.


Kecantikkan+petua+amalan sihat = Yer aku sangat particular tentang apa yang aku makan dan ape amalan yang aku amalkan setiap hari termasuklah supplement, vitamin dan produk kecantikkan. Lagi-lagi bab make up.. ohhhmaiGod!! Heaven sungguh kalau cerita tentang make up produk, dan tak kisah lah kalau aku sanggup spend untuk perkara-perkara ni. Walaupun drugstore pun tetap aku suka walau ia mendatangkan kebaikkan dan effect yang bagi bila apply. Walau nampak urban aku tak lupa untuk amalkan petua-petua dulu kala maca minu air pahit. minum madu dan kurma merah dan sampai sekarang aku rajin makan jamu. Sebab makin lama kita makin tua deknon. Urat saraf banyak yang dah longgau dan masuk angin harus lah makan ubat-ubat cengitu. Mak yang suruh amalkan, kalau harapkan aku memang takkan tahu kesan kepada badan in future nt. So the evident is in here.. i came out dgn beauty entry untuk setiap produk yang aku sendiri guna.

Rasanya stakat ni kot. kang banyak kang Cik Fara malas nak baca. Korang plak bila lagi?? jom join.. alah suka-suka je apa salahnya.

Syarat-syarat penyertaan seperti..
  1. Terbuka kepada semua Malaysian Bloggers, lelaki dan perempuan
  • Buat entry bertajuk "1st Segment by Black Queen"
  • Dalam entry ni kawan2 kena describe tentang diri korang dalam satu perkataan, dan huraikan sekreatif mungkin , pendek2 pon takpe :)
  • Link kan entry Fara ni http://bungalovexx.blogspot.ru/2015/06/segmen-blog-black-queen.html dan letak banner kat atas ni okay 
  • Follow blog Fara 
  • Kalau dah join nanti komen kat bawah ya
  • 2 Pemenang Utama dan 3 saguhati akan dipilih berdasarkan entry segmen yang paling kreatif dan memikat hati Fara. 
  • Segmen bermula dari 11 Jun 2015 , tamat 11.59 malam 10 Ogos 2015
This entry was posted in

2 comments:

Fara Queen said...

halooo dear, thanks so much sebab join!! like this entry a lot. haha. Goodluck ya ;))

ComelComot said...

eh..eh Cik Fara jenguk kita.. tenkiu yunk. Salam perkenalan.. love ur entry too..

Cuba Klik tengok apa jadi!